Saturday, December 9, 2006

Dua Wajah [Bab 7]



BAB 7


"ARNIZA, kau perasan tak sejak kebelakangan ni?.” Tanya Fatin sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang ada di bilik Arniza.
“Kebelakangan ini kenapa?.” Tanya Arniza agak pelik kerana soalan Fatin agak tergantung.
“Shahrul lah. Dah jarang bersama Rudy dah sekarang. Dia orang gaduh ke?.” Tanya Fatin lagi sambil mengunyah snek kentang di hadapannya.
“Baguslah kalau macam tu. Aku kalau boleh tak nak mereka berjumpa lagi. Si Rudy tu kalau mampos terus pun taka tau?.” Anggkuh dan penuh hasrat dengki dan dendam tika Arniza meluahkan kata-kata itu.
“Marah betul kau kat Rudy tu ya? Kau pasti ke dia penyebab atau dalang dalam hal ni?.” Soal Fatin agak serius.
“Mestilah dia dalangnya, siapa lagi? Dasar pondan tak guna.” Marah sungguh Arniza melepaskan kata-kata itu.
“Eh, mana assignment kau, kata nak bagi aku pinjam?.” Sambung Arniza.
“Eh, aku lupa lah nak bawa. Kejap ya? Aku nak pergi ambik.” Jelas Fatin.
Belum sempat Fatin keluar dari bilik Arniza tiba-tiba telefon bimbit Arniza berdering. Segera Arniza menjawab panggilan itu.
“Ha, hello, apa kau nak?.” Tanya Arniza agak kasar.
“Siapa nama budak yang perlu saya hapuskan tu?.” Tanya Jamal serius.
“Rudy, kenapa?.” Jawab Arniza.
Fatin yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari rumah Arniza terhenti langkahnya bila terdengar Arniza menyebut nama Rudy. Dia kembali ke pintu bilik Arniza dan dengan senyap telah mendengar pebualan Arniza dan Jamal, pembunuh upahannya.
“Aku nak kau hapuskan dia secepat mungkin. Kalau kau nampak dia sorang-soarang je, kau terus bunuh dia. Kau cuba ekori dia setiap hari. Ada waktu yang sesuai hapuskan dia. Faham?!.” Terang Arniza agak tegas.
Jamal menuruti segala kehendak Arniza. Tanpa di sedari, Fatin telah mendengar setiap perbualan Arniza tadi. Rancangan untuk membunuh Rudy yang di rancang oleh Arniza kini sudah di ketahui oleh Fatin.
Selepas mendapati Arniza telah menamatkan panggilannya, segera Fatin melangkah keluar untuk balik ke biliknya mengambil assignment yang di minta oleh Arniza tadi.
Pucat muka Fatin selepas mendengar perbualan Arniza tadi. Dia tidak menyangka, Arniza sanggup untuk membunuh demi memuaskan hatinya.
Sesampai di biliknya, dia mengelamun seketika. Memikirkan adakah dia harus memberi tahu hal ini kepada Rudy? Persoalan itu mula bermain di fikirannya.
Dia takut akan rasa bersalah jika dia tidak memberi tahu hal itu pada Rudy. Pada masa yang sama dia juga takut persahabatannya bersama Arniza akan terputus jika Arniza mengetahui dirinyalah penyebab rancangannya gagal. Fikiran mula berkecamuk.

SESAMPAI di biliknya, Shahrul terus menghempaskan tubuhnya di katil empuknya. Mengelamun seketika. Air matanya mula terkumpul. Tunggu masa sahaja untuk manitik.
Apa yang di lihatnya antara Rudy dan Anuar tadi masih terbayang di matanya. Kekecewaan terus menyelubungi dirinya.
Dia betul-betul tidak menyangka, Sanggup Rudy bermesra bersama lelaki lain sedangkan dirinya sedang resah menanti jawapan darinya sama ada dirinya atau abangnya menjadi pilihan hatinya.
Fikirannya terus merewang. Dia tidak dapat terima akan perbuatan Rudy bersama Anuar tadi. Hatinya betul-betul kecewa ketika ini.

TELEFON BIMBIT Shahril tiba-tiba berbunyi. Dia yang sedang mengelamun terhenti lamunannya. Dia terus mencapai telefon bimbitnya lalu mejawab panggilan itu.
“Hello abang? Dah tidur ke?.” Tanya Jazmin agak manja.
“Apa hal call abang malam-malam ni?.” Tanya Shahril serius.
“Ala, janganlah marah, saja je Jaz call. Lama kita tak berbual kan?.”
Shahrul tidak menjawab pertanyaan itu. Dia lebih banyak mendengar dari bercakap. Dia tidak ada mood untuk berbual malam itu.
“Hujung minggu ni abang free tak? Kalau free, Jaz nak abang teman Jaz shopping boleh?.” Pinta Jazmin Manja.
“Sorry-lah Jaz, abang ada hal peribadi nak kenal settle hujung minggu ni kat Port Dickson.” Jelas Shahril.
“Ini mesti nak keluar dating dengan Haznida kan?.” Jazmin mengagak.
Shahril agak terkejut bila Jazmin menyebut nama Haznida.
“Mana Jaz tahu pasal Haznida?.” Tanya Shahril agak cemas.
“Jangan risaulah bang. Jaz tak kenal dia. Tapi Jaz tahu siapa dia. Perempuan yang bertakhta di hati abang sekarangkan?” terang Jazmin.
Lega hati Shahril mendengar kata-kata Jazmin itu. Sekurang-kurangnya Jazmin tidak tahu identity sebenar Haznida.
“A’ah, so, sorry. Abang tak dapat teman Jaz.” Selamba Shahrul menjawab. Tanpa di sedari, jawapan itu akam membuatkan nyawa Haznida akan lebih terancam.
“Tak guna punya betina. Kau masih Still jadi yang nombor satu dalam hati abang Shahril ya?. Bersedialah kau untuk mati hujung minggu ini. Ha ha ha!.” Jazmin gelak serakah sedirian.
Rancangan untuk menghapuskan Haznida akan terlaksana juga hujung minggu ini. Tidak sabar dia ingin menunggu saat itu. Melihat orang yang di benci mati.
Dengan segera dia terus menelefon Hassan, pembunuh upahannya untuk memeri tahu masa dan tempat di mana Haznida akan berada supaya senang untuk jamal melaksanakan tugasnya.

“DAH LEWATLAH Anuar. Awak baliklah blok awak dulu.” Pinta Rudy yang menyedari malam sudah semakin larut.
“Saya nak tunggu awak tidur dulu boleh?.” Pinta Anuar manja.
“Tak apalah, esokkan awak ada kelas kan? Kalau awak free esok. Datanglah sini lagi, em?.” Lesu Rudy melepaskan kata-kata itu.
Matanya mulai berat. Tinggal tunggu masa sahaja untuk terlelap. Anuar menuruti kehendak Rudy itu lalu beransur pulang.
Belum sempat Anuar melangkah keluar dari biliknya itu, Rudy memanggilnya kembali. Anuar terus berpaling ke arah Rudy yang sedang terbaring di atas tilam.
“Terima kasih atas layanan awak hari ni ya?.” Ucap Rudy sambil tersenyum kusam.
“Tak apa, awak tidur ya? Jangan fikirkan sangat pasal dua beradik tu. Ada banyak lagi masa untuk awak fikirkan.” Pesan Anuar sebelum melangkah keluar dari biliknya.
Rudy hanya menganggukkan kepalanya tanda memahami pesan Anuar itu. Dia mengiringkan bandannya, dan membuka dompetnya.
Dia meneliti gambar Shahril yang berada di dalam dompetnya. Kenangan bersamanya dari awal perkenalan sehinggalah mereka bercinta dan pernah menjalinkan hubungan asmara tertayang kembali di benak mindanya.
Mentis air matanya bila mengingat kembali saat-saat indah bersama Shahril itu. Shahril adalah cinta pertamanya. Ikut hatinya, di antara Shahril dan Shahrul ingin sahaja dia memilih Shahril.
Tapi bila di fikirkan balik, Shahrul juga ikhlas bersama dia. Sehinggakan sanggup membahayakan dirinya sendiri semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dari kemalangan.
Fikirannya mula berkecamuk. Pening kepalanya semakin bertambah. Berdenyut-denyut mencengkam kepalanya. Apa yang mengecewakannya, semenjak kejadian dua hari lepas, Shahril dan Shahrul tidak pernah menghubunginya.
Sehingga demam begini pun, mereka berdua tidak pernah datang melawatnya. Sedikit kecewa dia dengan mereka berdua. Shahrul yang yang muncul secara tiba-tiba tadi tidak sedikit pun membuatkan Rudy takut akan perasaannya.
Dia puas bila Shahrul melihatnya sedang bersama Anuar, sekurang-kurangnya ada juga yang sanggup mengambil berat tentang dirinya bebanding mereka dua beradik.
Wajah Anuar tiba-tiba muncul mengisi ruang mindanya. Dia mula tertarik akan budi bicara dan tingkah laku anak muda itu. Sikapnya yang suka mengambil berat tetang dirinya membuatkan dirinya begitu senang tika di sampingnya.
Gelak ketawanya, senyumannya, keikhlasan hatinya dan kemanisan wajahnya membuatkan hati Rudy agak tercuit akan Anuar. Tersenyum sendiri Rudy bila mengingatkan kembali lawak-lawak Anuar tadi. Tanpa di sedari dia terlelap sendiri.