BAB 5
"RUDY! Cepatnya jalan. Ada hal ke?.” Tiba-tiba Anuar menyapanya dari belakang.
“Eh Nua, nak hantar makanan ni ha, pada Shahrul. Kesian dia lapar, dah lama tunggu tu. Maklumlah orang patah tangan kan? Susahlah dia nak buat semua kerja sorang-sorang.” Jawab Rudy selamba.
“Ambik berat awak pasal dia ya? Untung Shahrul dapat awak.” Nada Anuar agak cemburu.
Rudy mengerutkan dahinya dan menyenyum pada Anuar. Rudy agak pelik mendengar kata-kata Anuar tadi. Nada seolah-olah orang yang telah putus harapan. Rudy hanya senyum tanpa membalas kata-kata Anuar tadi.
“Kalau saya nak tanya sesuatu pada Rudy boleh?.” Anuar bertanya dengan penuh harapan.
Rudy memandang tepat pada mata Anuar sambil tersenyum manis. “Boleh, tapi kita pergi bawah pokok tu ya? Panas lah kat sini.” Pinta Rudy untuk meneruskan berbicara di bawah pokok besar yang berada di depan pintu masuk asrama untuk berteduh dari terik mentari tengah hari itu.
Sesampai mereka berdua di bawah pokok itu, Rudy menghembus nafas panjang menghilangkan rasa penat. Anuar hanya melihat gelagat Rudy itu dengan senang hati.
“Apa yang Nua nak tanya tadi?” Rudy mengungkit semula.
“Saya nak Rudy jawab jujur ya?.” Rudy mengerutkan dahinya dan terus menanti pertanyaan Anuar.
“Betul ke cerita pasal Rudy dengan Shahrul tu?.” Soalan yang cukup Rudy tak gemari. Dia hanya mampu tersenyum dan tertawa kecil sekali-sekala.
“Kenapa Rudy ketawa?.” Anuar hairan dengan tingkah laku Rudy.
“Anuar, dengar sini” Rudy menolak wajah Anuar tepat ke mukanya. Anuar agak kaku bila di tenung oleh Rudy.
“Cerita tu tak betul sebenarnya. Ada orang yang dengki pada saya” Rudy mengeluh lalu berpaling ke arah lain.
“Tapi terpulang pada Nua, nak percaya pihak yang mana. Saya tak kisah, yang penting saya betul itu sahaja” terang Rudy dan kembali berpaling pada Anuar.
“Lega rasanya” ngeluh Anuar lega.
“Kenapa Anuar beriya tanya pasal ni?” tanya Rudy pula.
“Tak ada la, saya tension dengar cerita macam-macam pasal Rudy. Sakit telinga. Tapi bila dengar penjelasan Rudy, baru Anuar percaya cerita itu adalah rekaan semata-mata” jelas Anuar.
“Terima kasih Nua kerana percayakan Rudy” terharu Rudy bila mendengar penjelasan Anuar tadi.
“Baiklah, saya dah lambat ni, kebulur pulak Shahrul kat rumah tu nanti” Rudy minta beredar.
“Rudy nanti.” Terhenti langkah Rudy, lalu berpaling pada Anuar.
Anuar datang menghampiri Rudy. Rudy agak terpinga-pinga dengan tindakkan Anuar itu. Anuar memandang tepat ke wajah dan mata Rudy. Rudy melawan balik pandangan itu dengan seribu pertanyaan di wajahnya.
“Sebenarnya…” katanya terhenti di situ, Anuar melarikan pandangannya, dan kembali semula pandangannya tepat ke mata Rudy.
“Saya sukakan awak Rudy” terkesima Rudy bila mendengar kata-kata Anuar itu. Matanya di besarkan dan terdiam seribu bahasa.
“Anuar, kenapa…” tak sempat Rudy menghabiskan kata-katanya, Anuar telah menutup mulutnya dengan jari telunjuknya. Anuar melarang Rudy menghabiskan kata-katannya.
“Saya tak nak awak jawab sekarang, saya bagi awak masa untuk fikirkannya” kata-kata yang cukup ikhlas dan tulus lahir dari hati Anuar. “Saya nak jawapannya tiga hari dari sekarang, saya tak kisah jawapannya mengecewakan saya, harap awak dapat pertimbangkannya” sambung Anuar.
“Saya dah lama nak luahkan perasaan ini, baru hari ini ia dapat di lepaskan. Harap awak tak mengecewakan saya?”.Rudy tidak terkata apa-apa. Dia hanya mampu mengikut kehendak Anuar yang menyuruh dia pertimbangkan perasaannya. Rudy beredar dengan perasaan seribu kebingunggan dan tekanan.
Termasuk Anuar, dah tiga orang lelaki yang menaruh perasaan padanya. Fikirannya bercelaru. Bingung untuk memilih. Dia jika boleh tidak mahu memainkan perasaan salah seorang dari mereka. Tapi bagaimana? Itulah persoalan yang bermain di fikirannya sekarang.
“HAI, manalah sayang aku ni. Aku dah lapar sangat ni.” Keluh Shahrul sendirian.
“Maaf, saya lambat. Saya ada hal kejap tadi.” Tiba-tiba Rudy muncul berama makanannya.
Rudy terus menyediakan makanan untuk Shahul tanpa berkata apa-apa. Shahrul agak pelik dengan perubahan perangai Rudy itu. Rudy terus membuka makanan yang di belinya tadi dan di hidangkan di atas pinggan tanpa bersuara apa-apa. Mukanya yang masam membuatkan Shahrul mula risau.
“Kenapa ni awak? Macam marah je?” Shahrul mula risau.
Rudy tidak berkata apa-apa. Dia meletakkan pinggan dan segelas air di atas meja.
“Makanlah.” Pelawa Rudy.
“Tangan saya sakit. Minta suap boleh?.” Pinta Shahrul manja.
Tanpa berkata apa-apa, Rudy terus mencapai pinggan itu lalu menyuap sesudu nasi ke mulut Shahru yang sedang duduk di atas katilnya. Rudy terus menyuap tanpa berkata apa-apa. Tiada senyuman pun di ukir di mukanya.
“Kenapa ni? Awak ada masalah ke?.” Pujuk Shahrul agak risau atas oerubahan tingkah laku Rudy.
Rudy berhenti dari menyuap Shahrul. Dia memainkan hujung sudu di dasar pinggan yang di penuhi nasi ketika ini. Di main-mainkan hujung sudu tanpa bersuara. Memikirkan sesuatu di ruang mindanya.
“Kenapa ni? Cuba bagi tahu saya?.” Desak Shahrul lagi.
“Sebenarnya, saya ada satu perkara nak bagi tahu awak tetang kita.” Hati Rudy berbelah bagi sama ada ingin memberi tahu atau tidak tentang perasaannya sayangnya bukan untuknya seratus peratus. Ada insan lain yang bertakhta di hatinya. Dia bingung ketika ini.
“Tentang kita? Berita buruk atau baik?” Tanya Shahrul lagi.
“Saya takut apa yang akan saya bagi tahu ni akan buat awak kecewa” jelas Rudy.
Shahrul menutup mulut Rudy menandakan dia tidak mahu Rudy meneruskan kata-katanya.
“Saya belum bersedia untuk mendengar tetang itu.” Pinta Shahrul.
Rudy akur akan permintaan itu dan terus melayan Shahrul. Hatinya kebingungan ketika itu. Namun dia tetap gagahkan diri dan berpuara-pura ceria di hadapan Shahrul. Di dalam hatinya kerungsingan kerana terpaksa memikirkan dan memilih cinta tiga orang lelaki dalam hatinya.
“CIK, saya minta maaf. Puas saya cuba siasat latar belakang wanita itu, tapi tak dapat.” Hassan agak kesal berbicara.
“Apa ni?! Kerja senang macam ni pun kau tak reti buat ke? Mambazir waktu je aku tunggu hasil kerja kau, ini sahaja yang kau dapat?!.” Tegking Jazmin yang agak kecewa dengan penyiasat upahannya itu.
“Betul cik, apa yang saya tahu, dia belajar di sebuah kolej di Negeri Sembilan. Kami dah siasat di kolej itu dan tanya staf-staf kat sana, tapi tak ada pelajar yang seiras perempuan ini.” Jelas Hassan agak serius.
“Tak ada? Kau pasti ke kau pergi kolej yang betul?.” Tanya Jazmin lagi.
“Saya pasti betul, dah semua kolej yang ada kat Negeri Sembilan tu saya serbu tanya. Tapi tetap tak ada.”
“Tak apa, aku nak kau cari sampai dapat. Tak payah kau nak cari latar belakang dia atau sebagainya. Kau jumpa sahaja dia di mana-mana. Kau bunuh dia.” Jelas Jazmin dengan nada yang penuh perasaan dendam.
Hassan menuruti kehendak Jazmin. Hati Jazmin kini betul-betul tengah meluap-luap kemarahan dan kebencian kepada Shahril kerana, peristiwa dia bulan lalu yang mana Shahril menolak cintanya metah-mentah masih segar dalam ingatannya.
PEMANDANGAN kolej menjadi penghias mata Anuar ketika ini. Angin sepoi-sepoi bahasa mengisi penuh ruang biliknya. Sesekali dia tersenyum sendirian di sudut tepi tingkap biliknya. Mengelamun memikirkan dirinya.
Dia betul-betul lega bila dapat melepaskan isi hatinya yang sudah lama di pendam. Dia pun tidak mengetahui sejak bila dia mula terpesong. Hatinya kini masih tertutup untuk perempuan hanya kerana kisah silam yang di laluinya.
Kisah silamnya setahun lalu bersama kekasihnya, Siti Nurfaiza memuatkan dia kecewa pada perempuan dan memilih untuk cuba tidak mendekati dan mencintai insan yang tergolong dalam golongan perempuan.
Kisahnya bermula apa bila, Siti Nurfaiza meminta berpisah kerana dia mencintai orang lain dan tidak ada sedikit pun cintanya untuk dirinya. Di tiggalnya Anuar tanpa belas kasihan dan memikirkan perasaannya.
“Saya nak putus dengan awak.” Pinta Siti Nurfaiza.
Anuar agak terkejut dengan permintaan itu. Setelah dia berkorban segala-galanya untuknya, senang-senang dia ingn memutuskan hubungan yang telah temetri selama hampir setahu lalu. Anuar tidak dapat menerima khabar itu.
“Kenapa ni, saya ada buat salah pada awak ke?.” Rayu Anuar sambil menggenggam erat tangan Siti Nurfaiza.
Dengan pelahan, Siti Nurfaiza melepaskan genggaman tagan Anuar. Anuar agak terkejut dengan tindakan Siti Nurfaiza.
“Saya rasa, saya dah tidak dapat berbohong dengan awak lagi. Selama ini saya hanya berpura-pura mencinti awak.” Jelas Siti Nurfaiza sambil memandang tepat ke mata Anuar.
Anuar agak terkejut dengan penjelasan itu. Dia tidak dapat terima alasan itu. Air matanya mula terkumpul rapi di kelopak bawah matanya menahan kekecewaan.
“Tapi kenapa baru sekarang?.” Tanya Anuar. Air matanya terus berlinangan.
“Saya tak sampai hati sampailah sekarang, saya baru ada keberanian.” Berguguran deras air matanya.
“Awak dah ada pengganti saya?.” Sebak Anuar ketika melepaskan pertanyaan itu.
Siti Nurfaiza menganggukkan kepalanya perlahan. Air matanya terus berderai berguguran. Tidak berniat pun dia ingin mengecewakan dan menghancurkan hati Anuar yang cukup sayang padanya.
“OK, saya dapat terima. Tapi kenapa baru sekarang?.” Tanya Anuar agak kecewa.
Siti Nurfaiza hanya terdiam. Dengan pelahan dia mencapai tangan Anuar dan mengembalikan rantai perak yang telah Anuar berinya ketika ulang tahun hubungan cinta mereka dua bulan lepas.
Siti Nurfaiza terus beredar selepas mengembalikan rantai itu. Dengan perasaan kecewa dan sedih, Anuar terus mencampakkan rantai itu di tasik di hadapannya. Tenggelam rantai itu bersama kenangan-kenangannya.
Mulai dari saat itulah, Anuar mula benci untuk bercinta dengan insan yang bergelar perempuan. Berlinangan air matanya bila dia mengimbas kembali kenangan cintanya bersama Siti Nurfaiza setahun dulu.
“KITA nak makan kat mana ni?.” Tanya Shahril selamba.
Haznida tidak terus menjawab, mengelamun seketika memikirkan tempat yang sesuai. Shahril terus menanti jawapan Haznida penuh sabar. Perutnya yang lapar terus berlagu keroncong sedari tadi.
“Em.. dah lama saya tak makan KFC. Apa kata kita makan kat KFC jom?.” Cadangan Haznida di terima bulat-bulat oleh Shahril.
Mereka berdua terus menuju ke restoran KFC di tingkat paling bawah pusat membeli belah itu. Selesai mengambil pesanan dan makanan, mereka telah memilih meja yang agak terceruk di satu sudut dalam ruang restoran KFC itu.
“Nida, saya nak bagi tahu awak sesuatu ni?.” Tanya Shahril.
Haznida hanya tersenyum manis menanti pertanya itu. Shahril tidak terus meneruskan kata-katanya, sebaliknya terus membiarkan Haznida terus ternanti-nanti. Haznida terus menanti.
“Saya sayang sangat kat awak.” Lahir kata-kata itu tulus dari hati Shahril.
Haznida tergelak kecil dan terus tersenyun. Mulutnya terus mengunyah. Shahril berubah muka, wajah pelik terpapar di wajahnya akibat tingkah laku Haznida itu.
“Kenapa awak gelak?.” Tanya Shahril agak bimbang jika Haznida menolak cintanya.
“Awak, apalah cakap macam tu” selamba Haznida berkata sambil menyuap cebisan ayam kemulutnya.
“Kenapa, awak tak sayang saya ke?.” Tanya Shahil agak cemas.
“Awak ni, tanya saya soalan yang sememangnya awak dah tahu jawapannya.” Sambil tergelak kecil.
Shahril lega mendengar kata-kata itu dan kembali ceria. Risau benar dia jika cintanya dan kasih sayangnya pada Haznida tidak berbalas. Dalam hatinya sekarang, hanya Haznida yang bertakhta.
“Saya dah beli apartment baru, kalau saya nak awak duduk dengan saya boleh tak?.” Haznida agak terkejut dengan permintaan Shahril itu.
“Duduk dengan awak? Awak, saya ni study lagilah. Susah nanti, awak pun kerja kan?.”
“Ala, tak apalah, nanti saya hantar dan ambiklah awak pergi dan balik kelas.”
“Awak, saya tak nak menyusahkan awak lah” Haznida cuba menolak pelawaan itu.
“Oh ya, Nida study kat kolej mana ya? Dah lama saya nak tanya awak.” Terpancul soalan itu.
Haznida gak terkejut dengan soalan itu. Dia tidak terus menjawab. Mengelamun seketika dia memikirkan bagai mana dia ingin menjawab soalan itu. Kalau boleh, dia tidak mahu Shahri tahu di mana dia menuntut sekarang.
“ Sebuah kolej kat Negeri Sembilan, kenapa?”
“Apa nama kolej tempat Nida study tu?” terpinga Haznida ingin menjawab soalan itu.
“Alah, awak ni, boleh tak jangan tanya soalan berkaitan dengan kolej saya? Malaslah nak fakir. Saya dengan awak sekrang. So, saya nak sepenuhnya dengan wak. Tak mahulah fakir pasal kolej lagi, tension-lah.” Pinta Haznida cuba menukar topic perbualan.
“Bukan apa, adik saya Shahrul tu pun study kat salah sebuah kolej kat Negeri Sembilan. Manalah tahu awak dengan dia satu kolej ke?.” Shahril membuat andaian.
“Tak kot, kalau ya, mesti dah kenal kan? Dahlah kita cerita pasal lainlah.” Pinta Haznida. Shahrul hanya menurutinya sahaja.
“WOI, sorang je ke? Mana kawan baik kau ha?.” Tanya Reza yang tiba-tiba muncul.
“Ha kau, apa hal kau datang bilik aku ni?.” Tanya Faizal agak kasar.
“Kau macam tak suka je aku datang ni. Mana budak bilik kau?.” Tanya Reza lagi.
“Yang kau sibuk tanya dia apa hal?.” Tanya Faizal agak pelik.
“Dia tu ada apa-apa ke dengan Shahrul tu? Aku tengok hari-hari dia pergi bilik Shahrul tu. Berkurung pula tu dalam bilik.” Terang Reza yang mula cemburu.
“Bukan ke Shahrul patah tangan. Apa salahnya Rudy datang jenguk dia atau tolong dia apa yag patut?”
“Alah patah tangan je, bukam lumpuh pun. Ntah-ntah dia saja je nak mengedik kat Shahrul tu, nak buat aku cemburu. Apa motif dia buat macam tu? Aku tak cemburulah.” Angkuh Reza berkata-kata.
“Rudy nak buat kau cemburu?.” Tertawa Faizal mendengar ayat Reza itu tadi.
“Kau ingat kau tu siapa Rudy nak buat kau cemburu? Terang-teranglah memang kau cemburu kan dia kan?.” Sinis Faizal berkata-kata.
“Eh tolong sikit ya? Aku tak perlu lah nak terhegeh-hegehlah kalau aku nak? Aku bukan standard murahan macam dia tu?.” Angguh sungguh kata-kata itu Reza luahkan. Meluat Faizal mendengar kata-kata itu.
“Layak ke kau orang nak terhegeh-hegeh kat kau? Nak kata muka handsome jauh sekali. Nak kata cantik lagilah, simpang malaikat 44. Sekurang-kurangnya kita orang tak adalah tergedik-gedik dan sanggup berhabis kerana jantan walaupun kita orang ni macam ni?.” Berdesing telinga Reza mendengar kata-kata pedas Faizal itu.
Terdiam dia seribu bahasa. Cuba di lawan kata-kata itu takut kalah pula. Reza hanya mendiamkan diri dan berpura-pura tidak terasa hati, walhal dalam hatinya, kemarahan dan kebengangan berbaur menjadi satu.
“Malaslah aku nak layan kau?.” Lalu beredar Reza dari bilik itu.
“Datang tak di undang, ada hati aku nak layan kau. Pergi matilah kau.” Rungut Faizal sendirian.
“SAYA ada kejutan untuk awak hari ni.” Gembira Haznida mendengar ayat-ayat itu.
“Kejutan apa?.” Tak sabar Haznida ingin tahu kejutan apa yang Shahril ingin buat.
“Adik saya kejap lagi sampai, dia nak kenl-kenal dengan awak.” Terhenti Haznida dari mengunyah makanannya. Kejutan yang Shahril betul-betul mengejutkannya.
“Kenapa awak tak cakap awal-awal adik awak nak jumpa saya?.” Soal Haznida agak menggelabah.
“Kalau saya bagi tahu awal-awal, bukan kejutanlah namanya, betul tak?.”
“Saya tak bersedialah nak jumpa dia. Jumpa dia lain kali boleh tak?.” Pinta Haznida Agak cemas.
“Kenapa awak menggelabah sangat ni? Relax lah, adik saya tu baik, dia tak makan oranglah.” Pujuk Shahril.
“Bukan ke tangan dia patah?.” Tersasul Haznida menanyakan soalan itu.
“Macam mana awak tahu tangan adik saya patah? Saya ada bagi tahu awak ke?.” Tanya Shahril agak terkejut.
Setahunya, dia tidak pernah memberi tahu Haznida tentang kemalangan yang menimpa Diri adiknya.
“Awak lupa ke? Awak ada bagi tahu saya masa awak call saya dua hari lepas.” Haznida cuba berdalih ingin menutup kesilapan sendiri.
“Oh ye ke? Saya lupalah.” Shahril agak kebingungan.
“Ha, itu pun dia dah sampai.” Tunjuk Shahril pada Shahrul yang sedang dlam perjalanan menuju kearahnya.
Shahrul melambai tangan pada adiknya supaya adiknya itu perasan akan mereka di situ, Haznida hanya terpaku melihat ketibaan Shahrul itu.
“Sorry, saya lambat. Dah lama ke tunggu?.” Tanya Shahrul lembut.
“Tak adalah lama sangat, oklah tu.” Jawab Shahril sambil tertawa.
Shahrul duduk di sebelah Shahril secara tidak langsung mengadap Haznida juga. Haznida hanya mendiamkan diri sejak setibanya Shahrul tadi. Dua beradik it uterus berbual kosong melepaskan kerinduan di hati.
“Kenapa senyap je Nida?.” Tanya Shahril.
Haznida agak terkejut denga pertanyaan itu. Terpinga-pinga seketika. Fikirannya blur ketika itu.
“Em.. saya malas nak kacau kamu bedua.” Jawab Haznida agak gagap.
“Ala, janganlah malu dengan saya, saya sama je macam orang lain.” Shahrul bersuara.
Haznida kembali blur. Dia cuba melarikan anak matanya setiap kali bertentangan mata dengan Shahrul.
“Em.. tak ada apa-apa, kamu berdua teruskanlah berbual ye? Saya nak pergi tandas kejap.” Pinta Haznida agak gagap. Dia tidak menyangka, Shahril mengajak adiknya bertemu dengannya.
Haznida terus beredar ke tandas. Tanpa di sedari dia terlupa membawa tas tangannya.
“Kenapa dengan awek abang tu? Menggelabah semacam je?.” Tanya Shahrul agak pelik.
“Entah, malu dengan kau kot?” tertawa kecil. “Mana buah hati kau yang kat teman kau kat hospital tempoh hari?.” Sambung Shahrul lagi.
“Dia ada hal. Puas saya ajak dia ikut tadi. Tapi dia kata dia ada hal. Kalau tak, boleh jugak saya tunjuk pada abang sekarang.”
“Lain kali, janganlah kau cakap nak bawa jumpa abang, mestilah dia tak mahu.”
“Saya tak cakap pun bang. Tapi dia betl-betul berdegil tak nak ikut nak buat macam mana?”
“Mungkin dia memang ada hal betul-betul kot?” jelas Shahril membuat andaian.
“Kejap ya, saya nak call dia kejap.” Kata Shahrul sambil mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi nombor Rudy.
Tiba-tiba, pada masa yang sama, telefin bimbit Haznida di dalam tas tangannya berdering. Berkumandang lagu Teman Tai Mesra dendangan Ratu, penyanyi bekumpulan wanita yang cukup Popular di Indonesia ketika ini.
Shahrul dan Shahril saling berpandangan. Masing-masing seolah-olah memikirkan sesuatu. Telefon bimbit Haznida terus berbunyi. Shahrul menamatkan panggilan.
Tiba-tiba, telefon bimbit Haznida turut berhenti dari berbunyi. Mereka saling berpandangan, perlbagai andaian dan seribu pertanyaan dalam kepala masing-masing.
“HAI Anuar, sorang je ke?.” Sapa Faizal pada Anuar dari belakang yang berjalan keseorangan ke kedai yang berhampiran dengan Asrama kolej.
“Em.. tak ada siapa nak teman nak buat macam mana?.” Kata Anuar agak kecewa.
“Mana housemte yang lain?.” Tanya Faizal lagi.
“Dia orang semua main bola sepak kat padang.”
“O.., Anuar tak join sekali ke?.”
“Malas, kaki sakit. Tak larat nak main.” Faizal hanya mengiakan sahaja.
“Mana Rudy?.” Sambung Anuar lagi.
“Dia keluar jumpa seseorang. Kenapa?”
“Lelaki atau perempuan?.” Tanya Anuar agak serius.
“Pak we dia kot.” Selamba Faizal melepaskan kata-kata itu.
Anuar terkejut dengan jawapan Faizal itu lalu memandang tepat ke mata Faizal dengan wajah yang penuh serius. Faizal pelik dengan perubahan Anuar, dan menggelabah seketika.
“Taklah, gurau je. Kenapa tiba-tiba serius ni?.” Tanya Faizal agak pelik.
Anuar kembali ceria. Dia agak terkejut mendengar ayat Faizal tadi yang menyatakan Rudy keluar bersama pak we-nya.
“Kenapa, awak suka kat Rudy he?.” Terkesima Anuar mendengar soalan Faizal itu.
Dia mula menggelabah. Dia cuba bersikap professional. Dia hanya mendiamkan diri seribu bahasa. Tidak terus menjawab soalah Faizal itu.
“Saya ni open minded, tak kisah pun kalau kawan saya tu macam mana pun.” Faizal cuba berdalih untuk mencungkil rahsia hati Anuar yang sebenarnya.
Anuar tidak terus menjawab pertanyaan Faizal tadi. Dia hanya mendiamkan diri. Mengelamun seketika sambil berjalan.
Tiba-tiba, Anuar berhenti melangkah. Dia menarik tangan Faizal dan di bawanya ke tepi padang. Mereka duduk berdua-duan di tepi padang.
Faizal agak terkejut dengan tingkah laku Anuar itu dan hanya menurutinya sahaja. Anuar cuba bercerita sesuatu pada Faizal, tetapi agak gagap.
“Kenapa ni Anuar? Awak nak bagi tahu saya sesuatu ke?.” Tanya Faizal agak pelik bila melihat perubahan yang berlaku pada Anuar secara tiba-tiba.
Anuar menyuruh Faizal mengadap dirinya. Faizal menuruti kehendak Anuar itu. Selepas Anuar agak selesa, dia pun mula menceritakan hal sebenarnya kepada Faizal.
Dia menceritakan pengalaman hidupnya daripada menyukai wanita sehinggalah dia terpesong menyukai lelaki sekarang.
Dan apa yang membuatkan Faizal betul-betul terkejut, Anuar juga meluahkan perasaannya pada Faizal yang dia amat suka, cinta, dan sayang pada Rudy.
“Kau dah luahkannya pada Rudy? Apa kata dia?.” Tanya Faizal agak terkejut.
“Aku tak minta dia jawab sekarang, aku bagi masa dia tiga hari untuk fikirkannya.”
“Anuar agak apa jawapannya?.”
Anuar hanya mendiamkan diri dengan muka yang penuh kerisauan dan keresahan. Dia benar-benar takut jika dia kecewa lagi seperti setahun lalu.
“SORRY, saya terlambat.” Haznida memohon maaf kerana terlalu lama ke tandas sebentar tadi.
Shahrul dan Shahril hanya memandang sinis terhadap Haznida. Haznida agak pelik dengan tingkah laku mereka berdua.
Lantas, Shahril terus mencapai tangan Haznida lalu di pimpinnya tanpa berkata apa-apa. Haznida terpinga-pinga. Manakala Shahrul mengekorinya dari belakang.
“Kita nak kemana ni?.” Tanya Haznida agak cemas kerana dengan tiba-tiba, perangai dua beranik ini berubah.
Pertanyaan Haznida tidak di jawab. Dia hanya menuruti sahaja kemana Shahril membawanya. Wajah Shahrul dan Shahril kelihatan sangat serius ketika ini.
Haznida terus mendiamkan diri tanpa besuara. Pelbagai persoalan dan andaian bermain di fikirannya sekarang akibat perubahan Shahrul dan Shahril yang begitu drastic secara tiba-tiba.
“AKU harap, kau tak bagi tahu kat Rudy apa yang aku cerita kat kau tadi?.” Pinta Anuar sambil berjalan menuju ke asramanya selepas pulang dari kedai bersama Faizal.
“Kenapa pula? Apa salahnya kalau aku bagi tahu kat dia?.” Cadang Faizal.
“Aku tak nak dia tertekan sebab aku. Biarlah aku sendiri cerita kat dia bila dia betul-betul dah bersedia nak dengar nanti.” Jelas Anuar.
“Suka hati kaulah Anuar.” Faizal akur.
“Rudy ada cerita apa-apa tak pasal aku kat kau?.” Tanya Anuar lagi.
“Tak ada.” Selamba Faizal menjawab.
Anuar sedikit kecewa bila mendengar jawapan Faizal itu. Mereka meneruskan perjalanan dengan berbual kosong sahaja.
DI SUATU tempat yang sunyi dan tersembunyi. Arniza telah menemui Hassan, pembunuh upahannya untuk menerangan sesuatu berkaitan rancangannya untuk membunuh Rudy. Sekeping gambar Rudy, dan sekeping lagi gambar Haznida.
“Ini gambar terbaru dia.” Kata Arniza sambil menghulurkan dua keping gambar yang berbeza.
Hassan meneliti setiap gambar. Dia mengelamun seketika memikirkan sesuatu. Hairan mula menyelubungi mindanya.
“Cik nak saya hapuskan dua orang ini ke?.” Tanya Hassan agak hairan.
“Ya, kalau kau nampak dua budak ni, kau hapuskan sahaja terus.” Jelas Arniza dengan penuh perasaan dendam di hatinya.
“Baiklah Cik.” Akur Hassan menuruti kehendak Arniza.
“Bayarannya akan aku bayar selepas kau habis buat kerja.” Terang Arniza lagi. Hassan mempersetujui tanpa berkata banyak.
DI TEPI PANTAI Port Dickson yang indah. Shahril dan Shahrul telah membawa Haznida ke situ. Haznida yang sedari tadi tertanya-tanya, terus membisu seribu pertanyaan.
Shahril dan Shahrul berpecah. Shahrul di sebelah kiri Haznida, manakala Shahrul si sebelah kanannya pula.
Hazida terus terpinga-pinga. Dia memandang ke arah Shahrul dan Shahril dengan penuh tanda tanya. Dia tidak memahami apa yang sedang berlaku pada mereka berdua.
Shahril memandang ke arah Shahrul sambil memberi suatu isyarat yang sukar untuk Haznida fahami.
Shahrul mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuat satu panggilan. Tiba-tiba kedengaran lagu Teman Tapi Mesra dendangan penyanyai berkumpulan Indonesia iaitu Ratu.
Haznida mencari telefon bimbitnya. Tercari-cari tangannya di dalam tas tangannya. Tiba-tiba Shahril menunjukkan telefon bimbitnya berada di tangannya.
Shahril menunjukkan nama yang tertera di screen telefon bimbit kepunyaan Haznida itu. Haznida terkejut kerana nama Shahru tertera di screen telefon bimbitnya, lalu memandang terus ke arah Shahrul.
“Apa semua ni Nida?.” Tanya Shahril agak kecewa.
Haznida tidak terus menjawab, dia terpinga-pinga untuk menjawab pertanyaan itu. Dia memandang terus ke arah mata Shahril. Shahril memalingkan mukanya.
“Apa semua ni Rudy?.” Tanya Shahrul pula. Rudy berpaling ke arah Shahrul.
Haznida kebingungan. Air matanya terus berderai laju. Dia tidak menyangka rahsianya telah terbongkar sebelum dia menerangkan perkara yang sebenar pada mereka berdua.
Shahrul dan Shahril tidak dapat menerima, yang mana, Haznida dan Rudy adalah orang yang sama.
“Kenapa awak buat saya macam ni? Saya sayang kat awak. Tapi, apa yang awak buat pada saya?.” Kata Shahril dengn nada yang penuh kekecewaan.
“Awak, saya memang nak bagi tahu awak, tapi saya belum bersedia. Sebab saya takut akan kehilangan awak.” Menitik air mata Haznida ketika meluahkan kata-kata itu.
“Sudahlah.” Tepis Shahril.
“Bagaimana dengan saya? Kenapa awak tak berterus terang pada saya awal-awal Rudy?.” Tanya Shahrul agak kecewa.
Haznida berpaling ke arah Shahrul dan melangkah perlahan menghampirinya.
“Saya dah cuba nak bagi tahu awak, tapi…” terhenti seketika di situ menahan sebak di hatinya. “Setiap kali saya nak bagi tahu awak, awak tak bagi. Awak kata awak belum bersedia nak terima berita buruk dari saya.” Berderai laju air mata Rudy.
“Sekarang, kami mahu, awak buat keputusan.” Haznida terkejut dengan kata-kata Shahril itu lalu memalingkan pandangannya ke arah Shahril.
“Kami mahu, awak pilih antara kami berdua.” Pinta Shahril.
Air mata Haznida terus berlinangan dan di seliti dengan esakkan kecil. Haznida tidak terkata apa-apa, dia hanya terus menangis.
“Tak guna awak menangis sekarang Rudy. Kami beri tempoh seminggu untuk awak fikirkan masak-masak untuk memilih antara kami berdua.” Terang Shahrul agak kecewa lalu beredar meninggalkan mereka berdua di situ dengan perasaan penuh kecewa.
“Shahril.. tolonglah dengar penjelasan saya ni. Saya memang sayang kat awak.” Jelas Haznida teresak.
“Cukuplah Nida, saya nak awak fikirlah masak-masak untuk memilih antara kami mana yang lebih awak sayang.” Terang Shahril lalu beredar meninggalkan Haznida kesorangan di situ.
“Shahril.” Jerit Haznida.
Shahril berhenti dari terus melangkah. Dia berpaling seketika ke arah Haznida.
“Ingat Nida, kami bukan boneka yang boleh awak lakukan semahunya. Fikirlah masak-masak Nida?.” Kata Shahril agak kecewa lalu minggalkan Haznida.
Haznida terduduk di situ menahan kekecewaan. Dia tidak menyangka, perkara itu akan berlaku sebelum dia menerangkan perkara yang sebenar pada mereka berdua.
Pukulan ombak petang itu menjadi penghias bunyi kekecewaan tiga hati. Pasir pantai di situ menjadi saksi hancurnya cinta yang bersemi. Siapakah yang harus di pilih?. Persoalan itu terus bermain di ruang mindanya.