Thursday, November 30, 2006

Dua Wajah [Bab 3]


BAB 3


"INI gambar-gambarnya cik?. Saya harap cik puas hati dengan gambar-gambar yang saya dapat ni.” Kata Hassan sambil menghulurkan sekeping sampul surat berisi gambar-gambar Haznida dan Shahril berpelukan di kelab malam, malam tadi. Terpampang gambar-gambar itu di hadapan Jazmin.
Jazmin meneliti setiap keping gambar yang di ambil oleh Hassan. Satu persatu dia menyelaknya. Menyirap hati Jazmin apabila melihat gambar-gambar buah hatinya Shahril berpoya-poya dengan perempuan lain.
Di teliti setiap gambar. Diteliti dari segala sudut untuk memastikan gambar itu tidak berbohong pada dirinya. Sayup hati wanitanya melihat teman lelakinya berlaku curang di belakangnya. Mula terdetik rasa dendam di hatinya pada Haznida.
“Bagus. Kerja kau memang teliti dan baik. Seperti yang di janjikan ini upahnya” kata Jazmin sambil menghulurkan sekeping sampul sirat berisi wang tunai sebanyak lima ratus ringgit.
“Kalau aku nak kau siasat tetang budak perempuan ni kau sanggup tak?. Aku akan bayar berapa sahaja yang kau nak. Sanggup?.” Jelas Jazmin.
“Cik nak saya siasat tentang budak perempuan ni?.” Sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah gambar Haznida.
“Kalau kau dah dapat berita tentang dia. Kau call aku sepertia biasa. Aku akan bayar kau bila aku cukup puas hati dengan bahan yang kau dapat.”
“Ok saya setuju” Hassan mempersetujui dengan perjanjian yang dibuat oleh Jazmin.

‘KU juga mencintai diri mu… Mengapa sukar ku luahkan…’ berkumandang lagu Ku Juga Mencintai Mu dendangan Saiful Malaysian Idol satu dari telefon bimbit Haznida yang berada di sisi bantalnya.
Haznida mencapainya. Dengan perlahan dia cuba membuka kelopak matanya yang sememangnya berat. Cahaya siang yang memancar masuk dari tingkap biliknya membuatkan dia terpaksa mengecilkan kelopak matanya kerana terlalu silau.
Tertera di screen telefon bimbitnya ‘my sayang”. Selepas melihat nama itu tertera di screen telefon bimbitnya, sepantas kilat dia bangun dan menjawap panggilan itu. ‘My sayang’ adalah nama untuk Shahril di dalam telefon bimbitnya.
“Hai sayang, selamat pagi.” Kedengaran suara Shahril cukup jelas di corong pembesar suara.
Menggelabah Haznida menjawabnya.
“Em… awak, kenapa call saya pagi-pagi ni?”
“Pagi awak kata? Matahari dah terpacak dah kat luar tu”
“Pukul berapa sekarang ni?.” Sambil meraba-raba mencari jam tangannya.
“Dah pukul satu petang la sayang. Baru bangun ke? Macam mana ni? Anak dara bangun lambat? Saya pun dah bangun pagi tadi tau?” sambil bergolek-golek di atas katilnya. Sesungguhnya setiap perkataan yang di katakana itu adalah bohong semuanya. Tapi hakikatnya, dia juga baru bangun seperti Haznida.
“Oklah awak, saya nak mandi ni. Lain kali kita sambung ek?”
Sambil mencapai tualanya.
“Ala, baru nak borak dengan sayang kita ni, dia dah nak mandi. Nak ikut boleh?” kata Shahril manja sambil memeluk erat bantal peluknya.
“Ah, awak jangan nak mengatal pagi-pagi ni ek? Dah pergi mandi sana, jangan nak kelentong saya awak dah bangun awal pagi tadi. Saya tahu awak pun baru bangun kan?”
“Yelah, kalau saya rindu nanti saya call awak lagi ek?”
“Ok bye sayang” Haznida terus menamatkan panggilan dan terus berlalu masuk ke bilik air untuk mandi. Manakala roommate-nya Iza masih membuta di katilnya.

“TAK guna!!” Jazmin menjeit sekuat hati untuk melepaskan perasaan marahnya kepada Shahril yang curang padanya.
Habis semua barang di biliknya di lotarkan. Ribut jadi biliknya. Barang bersepah-sepah. Bertaburan gambar Shahril dan Haznida di atas katilnya.
“Tak guna punya perempuan! Kau rampas Shahril dari aku?!.” Jerit Jazmin lagi sambil mengoyak-ngoyakkan gambar Haznida.
“Selagi aku tak dapat Shahril, tak ada siapa boleh dapat dia!” menjerit sambil merenung tajam gambar Shahril. Air matanya mula berderai dan menitik laju.
“Kalau aku tak dapat Shahril, tak ada siapa boleh dapat dia!” sambung Jazmin lagi.
Habis semua gambar di koyakkannya. Dia bertekat untuk buat apa sahaja untuk meraih cinta Shahril. Dia akan cuba pelbagai cara untuk memilikinya. Dia akan cuba menghapuskan segala pehalang dia untuk memiliki Shahril.

“NUA, kau nak pergi mana?.” Tanya Ridzwan housemate-nya.
“Keluar kejap nak ta paw makanan” sambil menyarung sandle.
“Sorang-sorang je ke?.”
“A’ah, kenapa, kau nampak aku pergi ramai-ramai ke?.” Terus beredar.
Ridzwan hanya mencebikkan mukanya. Anuar terus menuruni anak tangga blok asramanya untuk menuju ke cafeteria. Dalam perjalanan dia ternampak Rudy juga sedang menapak menuju ke Cafeteria lebih kuarang 10 meter di hadapannya.
Anuar cuba mengejarnya. Dia melajukan lanagkahnya. Dia cuba memanggil, namun dia terpaksa membatalkan niatnya itu kerana jarak antara mereka berdua pun tidak sejauh tadi.
Belum sempat Anuar ingin menyapa, tiba-tiba sebuah kereta Perdana V6 berhenti di sisi Rudy. Anuar memberhentikan langkah. Beberapa saat kemuadian Rudy pula masuk kedalam kereta itu, lalau berlalu pergi. Sedikit hampa di hati Anuar bila melihat Rudy menaiki kereta itu.
Dia cukup kenal siapa pemandu kereta Perdana V6 itu. Shahrul budak lelaki yang cukup popular di kolej ini kerana kekayaan dan ketanpanan wajahnya menjadi factor utama dia popular dikalangan pelajar-pelajar perempuan.

“SORANG je ke? Mana kawan-kawan yang lain?.” Shahrul memulakan perbualan.
“Diaorang tak bangun tidur lagi. Malas nak kacau.” Jawab Rudy malu-malu sambil menundukkan wajahnya dan memandang kearah lain setiap kali Shahrul memandangnya.
“Hai, dah petang ni, dia orang tak bangun lagi?.” Agak terkejut dengan jawapan Rudy tadi.
“Malam tadi kita orang keluar. Balik lambat, sebab tu bangun lambat.”
“Kelauar? Pergi mana?.”
Rudy menutup mulut, terlepas kata. Mengelamun seketika mencari jawapan yang sesuai.
“Keluar pergi rumah kawan, kawan lama kat KL. Tak sedar sampai larut malam. Sedar-sedar je dah nak subuh” agak gagap tutur katanya.
“Oo… ingatkan saya, pergi clubbing ke, pub ke, atau disco ?”
“Tak, rumah kawan” cuba berselindung. “mana kawan-kawan awak yang lain?” sambung Rudy lagi.
“Samalah, diaorang pun tak bangun lagi. Saya ni pun sebab lapar je bangun. Kalau tak bantai tidur lagi” jawab Shahrul ringkas.
“0o… biasalah, penat kot dia orang menari malam tadi” lantang rudy berkata.
“Menari?” Shahrul kehairanan. Dia hairan macam mana Rudy boleh tahu, mereka penat menari malam tadi.
Sekali lagi Rudy terlepas kata. “Saya agak je” sambil mengangkat dia keningnya.
“Memang betul pun, kita orang keluar pergi clubbing malam tadi” Shahrul mengiakan jawapan Rudy tadi. Lega Rudy rasa tidak terkata sambil mengusap-usap dadanya.

‘DING dong!” loceng pintu villa Datuk Hamid berbunyi. Mak Kiah segera meluru ke pintu utama untuk membuka pintu dan melihat siapa yang bertandang ke villa Datuk Hamid petang terik begini.
Mak Kiah membuka pintu. Terpampang wajah monyok Jazmin di hadapan pintu.
“Kenapa lambat sangat mak cik? Panas tau kat luar ni!” tengking Jazmin kepada Mak Kiah. Jazmin tak pernah hormat pada orang tua. Dia dengan sesuka hati meningking Mak Kiah yang sudah agak berumur itu.
“Maafkan saya Cik Puan, saya ada kerja kat dapur tadi” gagap Mak Kiah membalas.
“Dahlah tepilah!” tengking Jazmin. “Shahril ada?” sambungnya lagi.
“Ada cik kat atas”
“Apa bising-bising petang-petang ni?” tiba-tiba muncul Datin Rafeah dari ruang tamu.
“Eh, Auntie, tak ada apa-apa. Mak Kiah ni, lambat buka pintu” sambil mencebikkan mulutnya dan memandang sinis kepada Mak Kiah.
“Dahlah Kiah. Awak ke dapur dulu. Buatkan air untuk budak ni” meluru Mak Kiah ke dapur.
“Saya nak jus oren ek Mak Kiah” celah Jazmin.
“Apa hal Jaz datang petang-petang ni? Ada janji dengan Shahril ke?” Datin Rafeah memulakan perbualan.
Jazmin tidak terus menjawab. Dia melabuhkan punggunggnya di sofa di ruang tamu itu sambil melibas-libas tangannya untuk menyejukkan badannya yang agak panas sebelum ini.
“Saya ada janji dengan abang Shahril. Dia kata nak teman saya shopping hari ni”
“Oh ye ke? Shahril tak bangun lagi kot. Dia baru balik subuh tadi”
“Subuh? Dia ke mana auntie?” berpura-pura Jazmin tak tahu.
“Dia bukan pergi dengan Jazmin ke?”
“Tak adalah auntie. Dia tak ajak pun saya kemana-mana malam tadi”
“Oh ye ke? Kata dia, dia keluar dengan Jazmin. Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan dia kot”
Jazmin hanya mendiamkan diri. Sesungguhnya dia memang sudah tahu kemana Shahril pergi malam tadi dan dengan siapa. Dia hanya berpura-pura tidak tahu kerana ingin menjaga kekasih hatinya itu dari di marahi oleh ayah dan mamanya.
“Tak apalah, biar auntie panggil dia kejap ek?”
Jazmin hanya mengiakann sahaja. Wajahnya mula berubah. Wajah yang penuh hasrat dengki mula terpancar di wajahnya kini. Dia betul-betul marah dengan sikap Shahril yang selalu mempergunakan namanya untuk menutup rahsianya.

“AWAK makan kat sini ke bungkus?” tanya Shahrul selepas mematikan injin keretanya yang di parking betul-betul di hadapan cafeteria kolej.
Rudy yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta agak terkejut dengan pertanyaan itu.
“Bungkus kot. Sebab saya sorang kan? Takkan nak makan sorang-sorang kat sini. Tak seronoklah tak ada kawan untuk berbual nanti” jawab Rudy lembut.
“Apakata, awak teman saya makan kat sini? Tak pun kita makan kat sini sama-sama. May be, boleh kita berbual sambil makan nanti, ok tak?” cadang Shahrul yang sengaja mencari helah itu untuk dia boleh mengenali Rudy dengan lebih rapat lagi.
“Emmm…” Rudy mengelamun seketika.
“Kenapa awak tak sudi ke? Yelah saya tahu saya sedar siapa saya ni kan?”
“Bukan macam tu, saya takut ada yang marah je nanti”
“Marah?” tertawa seketika. “Siapa pulak nak marah? Saya ni single lagilah. Jangan-jangan, nanti ada pulak yang marah kat saya sebab makan dengan awak?” sambung Shahrul lagi.
“Eh kita pulak di kenakan balik?” sambil tertawa. “Bukan ke Arniza tu awek awak?”
“Oh, dia ke? Saya dengan dia kawan je. Dah lah jom makan, dah lapar gila ni”
Mereka berdua terus menuju ke cafeteria. Tiba-tiba telefon bimbit Shahrul berderig. Lantas dia menjawab panggilan itu.
“Shahrul, I ni, I nak minta maaf pasal hal malam tadi. Maafkan I ek? I terlalu ikutkan perasaan sangat. Maaf ya?” kedengaran suara manja di corong pembesar suara telefon bimbitnya.
“Dahlah I dah tak fakir pasal tu. Apa hal you call I ni?”
“I laparlah jom makan sama?”
“Sorry-lah, I busy sekarang ni. Lain kali jelah ye?” terus menamatkan panggilan.
“Siapa? Nampak macam marah je?” Rudy menanya.
“Tak ada siapa. Budak-budak tu” jawab Shahrul agak sedikit keras.
Rudy hanya mengiakannya sahaja. Malas dia nak tanya lebih-lbih takut tidak kena semena kena marah pulak dengan Shahrul. Mereka berdua terus mengambil order.

‘TUK! Tuk! tuk!’ pintu bilik Arniza di ketuk. Arniza cuba mengendahkannya. Tetapi bila di ketuk banyak kali, dia mulai fedap lantas terus membuka pintu. Fatin terpancul di depan pintu.
“Ha kau Tin, ada apa?” tanya Arniza lantas kembali ke katilnya.
“Kau kenapa ni? Macam tak bermaya je? Kau dah makan?” tanya Fatin lembut.
“Tak tahulah Tin, aku rasa aku macam nak demam je”
“Aku tahu kau kecewa dengan sikap Shahrul kan?” Fatin mengagak sambil mengusap belakang Arniza untuk menenangkannya.
“Aku tahu, mesti ada orang yang cuba nak rampas dia dari aku” Arniza mula membuat andainnya sendiri.
“Kau pasti ke? Siapa? Setahu aku, kita tak pernah pun terserempak dia dengan perempuan lain, kecuali dia dengan Nasir dengan Izat tu ja”
“Aku tahu, ada orang yang jadi penghalang aku. Aku akan cuba cari orangnya sampai dapat” Tangannya di genggan tanda geram. “Kalau aku dapat orang tu, aku akan hapuskan dia serta merta dari permukaan bumi ni. Itulah janji kau” genggaman semakin kuat. Air mata mula berlinangan.
Fatin agak terkejut dengan tindakkan Arniza itu yang berubah serta merta secara tiba-tiba. Dia tahu sikap kawannya itu kalau berdendam. Tak sedang hidup orang yang dia dendamkannya itu. Dia akan menggunakan pelbagai cara untuk membalas dendamnya itu.
“Kau tahu ke siapa dalangnya?” Fatin ingin kepastian.
Arniza hanya mendiamkan diri dan mengelamun sendiri memikirkan strategi seterusnya untuk mecari siapa dalang dalam hubungan dia dengan Shahrul.
“Lapar lah jom makan” tiba-tiba sahaja Arniza bertukar mood.
Fatin terkejut seketika apabila Arniza tiba-tiba bertukar mood-nya. Hairan dan pelik bermain di wajahnya secara serentak sekarang dan mengikut sahaja kehendak Arniza. Beberapa minit kemudian mereka terus bergerak ke cafeteria kolej.

“SHAHRIL, Jazmin kat bawah tu ha. Dia tengah tunggu kau” kedengaran suara Datin Rafeah di luar pintu bilik Shahril
Shahril yang sedang menyarung boxer-nya terkejut dengan panggilan itu. “Apa ma? Jazmin? Kejap lagi Ril turun ya ma?” jerit Shahril dari dalam.
Datin Rafeah terus kembali keruang tamu.
“Mama Jaz sihat ke?” terkejut Jazmin dengan pertanyaan itu yang tiba-tiba muncul.
“Emm.. mama? Sihat. Dia kirim salam kat auntie” jawab Jazmin selamba. “Mana abang Shahril, auntie?” sambungnya lagi.
“Aril? Kejap lagi dia turunlah tu. Tengah bersiap kot?” jawab Datin Rafeah ringkas.
“Mana uncle, auntie?”
“Biasala dia tu Jaz. Hari-hari minggu macam ni, main golf lah dia dengan kawan-kawannya lah tu”
Jazmin hanya tersenyum dengan jawapan Datin Rafeah itu. Dalam hatinya dia memang tak minat nak bercakap dengan Datin Rafeah, tetapi demi kekasihnya itu dia sanggup menghipokritkan dirinya demi menjaga hati.
“Sorry saya lambat” Shahril muncul secara tiba-tiba dengan berpakaian yang cukup kemas dan segak.
“Abang. Kenapa lambat sangat? Lama Jaz tunggu tau?” jelas Jazmin manja lalu meluru dan berkepit pada Sharil.
“Apasal dengan Jaz hari ni? Gedik semacam je?” Shahril hairan dengan perubahan perangai Jazmin yang agak gedik hari ini.
“Alah, takk kan tergedik-gedik dengan kekasih sendiri tak boleh kot?”
“Kekasih? Dah lah jom gerak. Aril lapar ni, nak pergi makan dulu” terus menuju ke arah Datin Rafeah.
“Ma, kami pergi dulu” Shahril meminta izin ibunya untuk keluar. Di mencium tangan ibunya tanda restu.
“OKlah auntie, kitaorang pergi dulu ek?” dengan menyalam ala kadar dengan Datin Rafeah, Jazmin terus berlalu sambil berkepit di samping Shahril.
“Jangan ingat kau layak jadi menantu aku Jazmin” bisik di hati Datin Rafeah.

“RUDY ambik kos apa kat sini?” Shahrul bertanya sambil menyedut air sirap bandungnya.
“Em.. Civi engineering. Awak?”
“Saya ambil Mecanical Engineering”
Tanpa di sedari, peri laku mereka berdua telah di perhatikan oleh Anuar dari jauh.
“Woi, apa kau pandang ha? Sorang je?” sapa Fahmi dari belakang.
“Ku ada nampak orang lain ke selain aku dan kau kat sini?”
“Tak kenapa?”
“Dah tu kenapa kau tanya lagi?”
Terdiam Fahmi dengan ayat Anuar itu. “Boleh aku join kau?” sambung Fahmi.
“Ok jer. Aku tak kisah pun”
“Apa kau pandang ha dari tadi?” Fahmi mula menanya kerana sedari tadi Anuar asik memandang Rudy dan Shahrul yang berada di meja hujung cafeteria itu.
“Rudy pernah make up ke?” terancul soalan itu dari mulut Shahrul.
Rudy agak terkejut dengan pertanyaan Shahrul itu. Dia mengelamun seketika untuk menjawab pertanyaan itu.
“Kenapa awak tanya soalan tu?” Rudy cuba mencari kepastian apakah motif Shahrul menanya soalan itu.
“Tak jawab pun tak apa. Saya cuma tanya je. May be kalau Rudy make up mesti cantik kan?” Rudy hairan dengan pertanyaan Shahrul itu. “Ok, abaikan ja soalan itu” sambung Shahrul untuk mngelak dari mood Rudy berubah.
“Shahrul, apa yang awak merepek ni? Dah lah makan” Shahrul mengabaikan pertanyaannya tadi lantas terus kembali menyuap makanannya.

“MANALAH Rudy ni pergi. Tak balik-balik. Kena culik ke?” bisik Faizal apabila mendapati Rudy tiada di dalam bilik. Dia melangkah keluar.
“Nik, kau nampak Rudy tak?” tanya Faizal pada Nik Mikail salah seorang housemate-nya.
“Dia keluar cari makan. Kesian dia pergi sorang-sorang.kenapa kau tak temankan dia?”
“Manalah aku tahu. Dia pun keluar tak kejut aku. Tak pelah” lantas terus masuk kebiliknya.
“Faizal, kau nak keluar makan ke?” tiba-tiba Aziq menanya dari dalam biliknya. Faizal terus mengundurkan langkahnya kembali ke bilik Aziq.
“Makan apanya Aziq? Mandi pun tak lagi, kenapa?”
“Tak adalah, ingatkan nak kirim dengan kau bungkuskan makanan untuk aku”
“Wah, kau ingat aku ni apa, orang gji kau?” lantas terus meluru masuk ke biliknya.
“Hai, pondan ni pun satu, bukan nak cakap dia pergi makan. Kalau tak boleh jugak aku kirim. Leceh betullah” bisik Faizal lantas terus mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air.

“ARNIZA, itu bukan Shahrul ke?” Fatin menunjuk ke arah Shahrul yang sedang menjamah makannanya dengan seseorang.
“Mana?” tercari-cari Arniza di situ sambil melangkah perlahan ke arah cafeteria. “Siapa yang dengan dia tu?” tanyanya lagi.
“Entah, nampak macam lelaki” Fatin memberi andaian. Di sebabkan Rudy duduk membelakangi mereka. Mereka tidak dapat mengecamnya dari belakang.
“Kalau tak silap aku itu macam Rudy” sambugnya Fatin lagi.
“Sure ke tu Rudy? Shahrul kenal Rudy ke?” tanya Arniza.
“Kalau dah duduk semeja dan berbual mesra tu, takkanlah diaorang tak kenal” jawab Fatin.
“Tadi masa aku ajak makan dia kata busy, busy dengan Rudy ye? Tak guna punya jantan” Arniza cuba ingin menyerang namun ditahan oleh Fatin.
“Nanti dulu, jangan terburu-buru. Manalah tahu diaorang tengah discus pasal assignment ke? Kalau kau serang, dan kau silap siapa yang malu? Kau kan?” pujuk Fatin supaya Arniza tidak terburu-buru bertindak menyerang Shahrul dan Rudy.
Arniza mengelamun memikirkan sesuatu. Betul juga cakap Fatin itu. Kalau dia terburu-buru menyerang Shahrul dan Rudy dan di dapati mereka berbincang pasal pelajaran, dia juga yang akan mengeruhkan lagi keadaan hubungannya dengan Shahul yang sememangnya sudah goyah.
“Betul jugak kata kau Tin, aku mesti bersikap professional” belum sempat dia ingin menyapa Shahrul dan Rudy, mereka berdua mula berlalu balik ke asrama masing-masing dengan menaiki kereta Perdana V6 Shahrul.
“Kau tengok? Kan diaorang dah balik? Kita lambat. Dahlah naik kereta sama-sama. Geramnya aku, dia buat tak tahu je dengan aku” Arniza geram.
“Sabarlah Arniza, may be dia orang ada urusan kot yang membuat kan dia busy” Fatin cuba menenangkan Arniza.
“Busy apa? Bukannya dia orang sama kos? Kalau aku dapat tahu Rudy tu yang jadi dalang aku dalam hubungan aku degan Shahrul. Mati dia aku kerjakan” geram sungguh Arniza ketika meluahkan kata-kata itu.
“Dahlah, jangan fakir yang bukan-bukan. Kau ingat Shahrul tu orang yang macam tu ke? Dia tak songsanglah. Dahlah jom makan” kata Fatin membidas andaian Arniza yang sememangnya tepat.

DI sebuah restoran di KLCC, Shahril dan Jazmin telah memilih sebuah meja couple yang agak terceruk. Shahril yang telah mmilih hidangan ala barat, sedang enak menyantap makanannya manakala Jazmin hanya memesan segelas jus tembikai.
“Jaz nak tanya sesuatu kat abang boleh?” Jazmin memulakan perbualan.
Shahril yang sedang enak menyantap makanannya, hanya megiakan sahaja permintaan Jazmin itu tanpa berkata apa-apa.
“Kita dah lama kenal kan?” Shahril hanya menganggukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
“Sejak form two lagi” sambung Jazmin. Shahril masih mebisu dan masih menyumbat makanannya kemulutnya.
“Siapa Jazmin dalam hati Abang?” terpancul juga akhirnya soalan itu dari mulut Jazmin
Telah sekian lama dia memendam rasa, akhirnya hari ini dia inginkan kepastian dari Shahril sendiri, sama ada, adakah Shahril juga mempunya perasaan yang sama sepertinya.
Shahril berhenti dari menyuap seketika. Dia memandang tepat ke mata Jazmin yang sayup memancar. “Apa maksud Jaz?.” Shahril mula bersuara.
Jazmin melarikan pandangannya ke arah cawan jus tembikainya. Di kacau perlahan air itu dengan straw dan di sedut sedikit ke mulutnya. Shahril terus menanti jawapan di hadapannya.
“Jaz cuma ingin tahu. Abang anggap Jaz ni siapa selama kita bersama ni?” nada yang agak lembut yang ingin kepastian.
Shahril mula keliru dengan pertanyaan Jazmin itu. Dia meghembus nafas panjang lantas meletakkan garfu dan pisau makannya di hujung pinggan dan mengelap sedikit mulutnya yang agak comot sedikit dengan napkin yang telah di sediakan oleh pihak restaurant.
“Apa maksud Jaz ni? Cuba Jaz terangkan dengan jelas? Abang keliru dengan pertnyaan Jaz tu” Shahril kebingungan untuk menjawab pertanyaan Jazmin itu
“Terus terang Jaz cakap, Jaz cintakan abang” terhenti seketika percakapan. “Apakah abang pun cintakan Jaz?” soalan yang cukup membuatkan Shahril tesentap sekeika.
Shahril mengelamun dan tertawa seketika Jazmin hairan dengan gelagat Shahril. Shahril cuba menyusun ayat di kepalanya untuk menjawab pertanya itu. Jazmin terus menanti jawapan Shahril dengan resah.
“Dah lama ke Jaz berperasaan macam tu pada abang?” agak gembira Jazmin mendengar petanyaan Shahril itu. Namun Jazmin tidak terus menjawab, dia terus bermain-main dengan straw minumannya.
“Sejak kita kat universiti bang” jawab Jazmin lembut.
Shahril tertawa kecil dengan jawapan itu. Dia cuba memikirkan jawapan yang sesuai untuk di berikan pada Jazmin. Di hatinya, dia tidak pernah mengganggap Jazmin itu lebih dari seorang adik. Shahril mula kebingungan.
“Jaz, sebenarnya..” sambil menggenggam erat tangan Jazmin. Tersenyum Jazmin dengan perbuatan Shahril itu ke atasnya.
“Jaz dengar sini baik-baik. Abang tak pernah anggap Jaz lebih dari seorang adik.” Berderau darah Jazmin mendengar kata-kata Shahril itu dan menarik tanganya dari genggaman Shahril.
“Abang tak boleh jatuh cinta dengan orang yang abang anggap adik. Harap Jaz faham dengan perasaan abang ok?.” Berderai hati Jazmin mendengar jawapan Shahril itu.
Air matanya mula terkumpul di kelopak matanya. Dia memandang tepat ke anak mata Shahril. Air matanya terus menitik deras.
“Kenapa abang tak cakap dari dulu?” nada teresak menahan kekecewaan.
“Abang ingat, Jaz pun, cuma anggap abang ni, macam abang Jaz, tak lebih dari itu” hancur lebur hati Jazmin ketika ini. Air matanya terus mengalir deras.
“Kenapa abang buat semua ni pada Jaz abang? Kenapa?” teresak-esak Jazmin tika bekata-kata kerana menahan sedih.
“Jazmin janganlah macam ni. Tak berniat pun abang nak buat Jaz terluka. Tapi, abang memang tak boleh jatuh cinta dengan Jazmin. Sebab abang anggap Jaz ni macam adik sendiri. Harap Jaz faham dengan maksud abang dan kiat boleh terus berkawan macam biasa.” Shahril cuba menenangkan Jazmin yang agak beremosi ketika ini.
“Jaz tahu, mesti perempuan tu kan penyebabnya?.” Jazmin mula beremosi agak tinggi.
“Perempuan mana?” Shahril agak terkejut dengan pertanyaan itu.
Jazmin terus mengeluarkan gambar-gambar Shahril bersama Haznida yang di tangkap secara curi oleh spy upahannya. Bertaburan gambar itu di atas meja. Shahril terkejut lalu meneliti setiap gambar yang di beri oleh Jazmin.
“Perempuan ni kan dalangnya?!.” Jazmin meninggikan suaranya.
Shahril masih kebingungan dan hanya membisu. Semua pelanggan yang berada di restoran itu memandang ke arah mereka berdua. Shahril dan Jazmin mengendahkannya.
“Apa semua ni Jaz?” kata Shahril sambil membelek gambar-gambarnya bersama Haznida.
“Sudahlah abang, jangan nak berpura-pura dengan Jaz lagi. Hari ni abang buat Jaz macam ni. Jaz janji abang kan rasa apa yang abang buat pada Jaz hari ni. Ingat tu?!.” Tengking Jazmin pada Shahril lalau dia beredar dari restorant itu.
Shahril masih dalam kebingungan. “Jaz tunggu…” panggilan Shahril tidak diendahkan. Dia kembali meneliti gambar-gambar itu lagi.
Gambar-gambar mesranya bersama Haznida di teliti sekali lagi. Sekeping demi sekeping gambar terus di teliti. Beberapa minit kemudian, Shahril terus beredar bersama gambar-gambar itu.
Jazmin yang dalam kekecewaan terus membawa diri. Air matanya terus mengalir deras, kerana tidak dapat menahan kesedihan yang melanda di hati. Dia bertekad untuk membalas dendam setiap perbuatan Shahril keatas dirinya.

DI SATU kawasan taman yang indah. Shahrul dan Arniza duduk berdua-duan di sebuah kerusi di tepi tasik yang ada di kawasan itu. Jam di pergelangan tangan telah pun menunjukan tepat pukul enam petang.
“Apa yang you nak tanya kat I tadi?” Shahrul memulakan perbualan selepas 15 minit mereka membisu.
Arniza tidak terus menjawab, lantas terus bangun dari tempat duduknya dan menatap keindahan suasana taman petang itu.
“Cakaplah, dah nak malam ni” Shahrul mendesak.
“I nak you jujur jawab pertanyaan I ni.” Shahrul terus menunggu.
“You pernah sayangkan I?” Arniza mencari kepastian.
“Maksud you?” Shahrul betul-betul tidak memahami perasaan Arniza itu.
“You cintakan I tak?” Arniza memandang tepat ke mata Shahrul.
“Apa yang you merepek ni?.” Sambil tertawa kecil. “I cintakan you? I anggap you ni kawan I jelah. I anggap you sama macam I dengan kawan-kawan I yang lain. Kenapa you tanya I macam tu?.” Sambil tergelak kecil.
Hancur berkecai hati Arniza mendengar jawapan Shahrul itu. Dia tak sangka selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Cintanya di tolak, dia hanya terkapai-kapai mengapai cinta Shahrul yang sememangnya tidak ada untuk dirinya.
Air matanya meniti deras.
“Sampai hati you buat I macam ni? I cintakan you sejak kali prtama you ajak keluar makan. Tak ada sikit ke cinta you pada I?.” tanya Arniza sayu sambil memandang Shahril dengan penuh harapan.
“Sorry-lah Arni, masa saya ajak you keluar makan dulu tu, I Cuma berniat untuk berkawan dengan you je. Tak lebih dari itu. Tak sangka pulak you jadi macam ni, kalau I tahu..” Shahrul tidak menghabiskan kata-katnya.
“Kalau you tahu you nak buat apa? Tak nak layan I?.” Arniza meninggikan suaranya.
“I tahu, mesti ada dalangnya kan untuk semua ni?” Arniza membuat andaian sendiri.
“Dalang apa? Semua ni tak ada kaitan dengan sesiapa lah”
“Rudy, Rudykan dalangnya? Bila I ajak you keluar makan petang tadi you kata busy. Tapi I nampak you dengan Rudy tengah bermesra kat cafeteria kan? Busy konon, rupanya, busy dengan pondan” lantang Arniza melepaskan kata-kata itu dengan nada penuh kebencian.
“Hey, jangan nak libatkan sesiapa dalam hal ni ok? Hal ni tak ada kaitan dengan sesiapa. Kalau ya pun I ada apa-apa dengan Rudy tu, itu hal I. You tak ada hak nak campur. Dahlah malas I nak layan orang sakit jiwa macam you petang-petang ni.” Tengking Shahrul lantas terus beredar meninggalkan Arniza sendirian di kaawasan itu.
Air mata Arniza terus mengalir. Tergambar wajah kebencian di wajahnya. Dia bertekat akan membuat hidup Shahrul menderita seperti apa yang dia rasa sekarang. Dendam mula berputik di hatinya terhadap Shahrul. Dia tidak menyangka ini yang dia dapat setelah hampir lima bulan dia menyayangi Shahrul.

Dua Wajah [Bab 2]


BAB 2



"MANA pondan dua ekor ni, lamanya. Ber-make up ke, pasang susuk?.” Rungut Zila pada Iza yang sedari tadi menunggu Haznida dan Linda yang sedang bersiap di dalam bilik. “Dah cair dah make up ni ha” sambung Zila sambil mencebikkan bibirnya.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik Linda di buka.
“Tuan-tuan dan puan-puan, kini di persilakan Miss Malaysia tahun ini, Tengku Haznida Tengku Danieal.” Sorak Linda sendirian memperkenalkan anak ayamnya Haznida yang baru sahaja siap di solek olehnya.
Haznida melangkan keluar. Dengan mengenakan blouse putih, berambut panjang dan solekan ala-ala Siti Nurhaliza, membuatkan Zila dan Iza terpegun dengan tektik solekan Linda yang sememangnya cukup professional dan berpengalaman.
“Wah, nuk, cantiknya kau malam ni, garenti lakulah kau malam ni.” Kata Iza sambil meneliti penuh teknik solekan Linda yang begitu menawan.
“Dah-dah. Kita dah lambat ni. Nanti lambat pulak jom gerak capat.” Bidas Linda lantas terus menyarung kasut tumit tingginya.
Mereka berempat terus bersiap. Malam ini mereka berempat ingin meng-expose-kan diri mereka di Bangsar untuk memperagakan pakaian dan body mereka untuk mencari jantan. Itulah rutin hidup mereka setiap hujung minggu. Keluar berseronok di disco dan kelab malam untuk melepaskan tekanan selepas penat berkerja dan belajar selama lima hari yang lalu.

“WOI, cepatlah. Kita dah lambat ni. Nanti penuh pulak kelab tu malam ni.” Jerit Nasir pada Izat yang sedang bersiap di biliknya.
“Sabarlah, sikit lagi ni” balas Izat dari dalam bilik.
“Shahrul dah tunggu lama kat bawah tu. Kau ni bersiap mengalahkan pondan. Kau ber-make up ke?.” Perli Nasir yang sedari tadi sudah siap.
“Dah siap dah. Lambat sikit pun tak reti sabar ke? Relax la, awal lagi ni.” Sambil mengerutkan dahinya sambil menyarung kasut kulitnya.
Selepas siap menyarung kedua kasutnya Izat terus meluru turun ke bawah. Kelihatan Shahrul sedang menghebusan asap rokoknya dari mulutnya, tanda sudah kebosanan menunggu Izat dan Nasir yang bersiap terlalu lama.
“Korang ni bersiap ke bersolek?.” Tanya Shahrul selepas Nasir dan Izat masuk ke keretanya.
“Izat ni ha, bersiap lama sangat.” Seloroh Nasir.
“Ala, relax la, nak keluar malam ni kena cantik-cantik sikit. Barulah ramai awek melekat nanti.” Jawab Izat sambil membetulakan rambutnya.
“Mana awek kau? Kau tak ajak dia ke?” celah Nasir.
“Awek? Aku mana ada awek. Tak ada maknanya aku nak bawak perempuan keluar malam. Meyusahkan aku je nanti.” Jawab Shahrul selamba.
Nasir hanya mendiamkan diri selepas mendengar jawapan Shahrul itu. Dia malas nak melawan takut mood Shahrul berubah pula nanti. Shahrul cukup tidak suka bila di tanya soalan yang sama berulang kali.
“Aku nak pergi kedai depan tu kejap ya Shah? Rokok dah habislah” pinta Izat yang sedang menghembus asap rokoknya yang terakhir.

“ITU bukan kereta Shahrul ke?” tanya Fatin kepada Arniza apabila dia terlihat kereta perdana V6 hitam kepunyaan Shahrul meluncur di hadapannya. Mereka yang sedang berjalan kaki menuju ke kedai runcit segera melajukan langkah menuju ke kereta Shahrul yang berhenti seketika di hadapan kedai.
“Sah, memang betul itu kereta Shahrul” kata Arniza sambil melajukan lagi langkahnya. Fatin yang di sebelahnya terkial-kial mengejar langkah Arniza yang semakin laju dan pantas.
Wajah Arniza berubah serta merta apa bila terlihat Nasir, Izat dan Shahrul melangkah keluar dari kereta. Langkahnya semakin di lajukan menuju kearah Shahrul yang sedang bersandar di keretanya sambil menghembuskan asap rokoknya .
Dengan mengenakan kemeja ketat biru, jeans biru tua, berkaca mata dan berambut spiky, memang menanpakan dirinya begitu kacak malam itu. Dihiasi dengan sedikit aksesori rantai dan gelang menambahkan lagi imej macho dan jantan handsome dan di padankan lagi dengan jacket jeans.

SEDANG asyik Shahrul menghembuskan asap rokoknya dari mulutnya dan melayan blues, tiba-tiba sebuah kereta WAJA keemasan meluncur dan berhenti di hadapannya.
“Nuk, kau nak beli apa?.” Tanya Linda yang duduk di kerusi hadapan.
“Nak beli air, hauslah” Jawab Haznida.
Haznida terus melangkah keluar. Selepas membuka pintu dan melangkah keluar, terkejut Haznida apabila tiba-tiba terpancul wajah Shahrul di hadapan mata. Shahrul terkesima apabila melihat Haznida terpancul di hadapannya.
Tidak berkelip mata Shahrul melihat wajah Haznida yang begitu jelita berambut panjang dan berbaju seksi. Tergugat iman Shahrul ketika itu. Haznida terus melangkah masuk ke kedai untuk membeli air minuman. Shahrul terus memerhati Haznida.
Gamat kedai itu dibuatnya. Semua yang berada di sekitar kedai itu tertumpu pada Haznida. Nasir dan Izat yang berada di dalam kedai itu juga terkesima melihat kemunculan Haznida di ruang kedai itu.
Haznida tanpa berlengah terus mencapai sebotol air mineral dari dalan peti sejuk kedai itu lantas terus melangkah ke kaunter pembayaran. Izat dan Nasir tanpa berlengan terus mendekati Haznida.
“Hai, minum air mineral je ke?” Izat menegur.
Haznida tidak menjawab. Dia hanya memberi senyuman sahaja kepada Izat tanpa berkata apa-apa.
“Awak student ke kat sini?.” Nasir pula mengutarakan soalannya untuk mengurat.
Sekali lagi Haznida tidak menjawab. Hanya tersenyum tanpa bersuara. Nasir dan Izat mula hairan dengan kelakuan Haznida itu. Selepas selesai proses pembayaran, Haznida terus beredar menuju ke kereta.
Shahrul masih di sisi keretanya merenung Haznida. Haznida hanya mampu membalas renungannya dengan senyuman sahaja. Shahrul membalas senyuman itu.
“Hai. Sorang je ke?.” Tiba-tiba Haznida bersuara.
Shahrul terkedu seketika apa bila Haznida menegurnya. “Saya? Saya dengan kawan saya” gagap Shahrul menjawab.
“Handsome malam ni?, nak kelaur ke malam ni?” Haznida menanya lagi sambil membuka pintu kereta.
“Kitaorang nak turun Bangsar. Tenangkan fikiran. Nak berseronoklah senang cerita.” Jawab Shahrul macho.
“Tak apalah, kalau macam tu, pandu kereta hati-hati ya? Bye” Haznida terus melangkah masuk kedalam kereta.
Shahrul melambaikan tangannya selepas kereta yang di naiki oleh Haznida meluncur meninggalkan perkarangan kedai itu.
“Shahrul siapa perempuan tu?” Izat tiba-tiba menanya.
“Ntah, aku tak sempat nak tanya nama dia tapi aku rasa macam aku kenal suara dia” jawab Shahrul bersahaja.
“Cantik siot. Geram aku. Kalau aku dapat, garenti aku buat binilah” angkuh Izat berkata.
“Dahlah, merepeklah kau. Dah cepat masuk” tegas Shahrul.
Shahrul menghidupkn enjin keretanya. Sambil rokok di hisap, dia menarik giar undur. Baru sahaja Shahrul nak masuk giar satu, tiba-tiba Arniza terpancul depan kereta lantas menghalang perjalanan kereta Shahrul.
Shahrul memberi isyarat menyuruh Arniza ke tepi, tetapi Arniza tetap berdiam diri. Dia dengan muka agak marah cuba menyampaikan sesuatu. Tetapi tidak dapat di dengari oleh Shahrul kerana semua tingkap kereta tertutup. Arniza menyuruh Shahrul membuka cermin tingkap kereta. Shahrul terus menekan butang membuka cermin kereta. Cermin kereta terbuka dengan perlahan.
“Shahrul you nak pergi mana? You nak keluar ke malam ni? Kenapa tak ajak I? tak kira, I nak ikut jugak.” Arniza terus menyerang tanpa memberi Shahrul berkata apa-apa.
“Yang you tak pasal-pasal nak marah I ni apa hal? You siapa nak ikut I dan kongkong hidup I? kalaulah I tahu perangai you macam ni. Dah lama I tak layan you tau? Tepilah, I nak lalu” tengking Shahrul lalu menekan minyak dan berlalu meninggalkan Arniza.
Arniza terkedu selepas di tengking oleh Shahrul. Ini kali pertama Shahrul menengkingnya sekeras itu. Air matanya mula berlinang. Menangis Arniza disitu. Fatin yang terkesima terus menekati Arniza dan memujuknya. Belum sempat Fatin berkata apa-apa, Arniza terus berlari balik ke asramanya. Fatin mengekorinya dari belakang.

“APA hal kau tengking Niza tadi? Kesian aku tengok dia tadi tau?.” Tegur Nasir yang duduk di sebelah Shahrul yang tengah tension.
“Aku bukan apa, dia tulah lebih-lebih pulak. Dia siapa nak kongkong hidup aku. Kemana aku pergi dia nak tahu, nak ikut. Rimaslah aku” sambil menegerutkan dahinya tanda tensioan.
Izat yang duduk di belakang hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menyampuk takut semakin teruk pula nanti. Tiba-tiba hand phone Shahrul berdering. Tertera nama Arniza di screen hand phone-nya. Shahrul tidak menjawab panggilan itu. Dia hanya membiarkan hand phone-nya terus berdering.

‘TUT tut… tut tut… tut tut…’ panggilan Arniza tidak di jawab oleh Shahrul walaupun sudah banyak kali dia menelifon. Hatinya resah. Dia betul-betul kesal dengan sikapnya tadi. Menyerang tanpa usul periksa.
Dia meletakkan hand phone-nya di sisi katil. Dia membaringkan diri. Terkenang lagi peristiwa tadi di fikirannya. Berkecamuk pemikirannya sekarang. Kata-kata Shahrul masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Terguris hati Arniza mendengar kata-kata Shahrul tadi.
Hati wanitanya sentiasa berlagu pilu bila memikirkannya. Menitik air mata Arniza bila terkenangkannya. Dia betul-betul tidak menyangka sanggup Shahrul melemparkan kata-kata tadi kepadanya.
Sebagai wanita, dia terasa akan kata-kata kasar itu. Dia merasakan seolah-olah dia yang terhegeh-hegeh meniti cinta yang tiada pada Shahrul. Persoalannya sekarang, adakah Shahrul mempunyai perasaan yang sama apa yang dia rasakan?
Persoalan itu sentiasa bermain-main di fikiranya sekarang. Pedih luka dapat di ubati, tetapi pedih bercinta sukar di ubati. Dia meneliti syiling biliknya. Tergambar wajah Shahrul di hadapanya. Tersenyum menyambut cintanya.
Pandangan di alihkan ke arah gambar Shahrul yang di bingkaikan di meja belajarnya. Di tatap gambar itu sepuasnya. Di belai dan di usap gambar itu tanda sayang di hatinya. Air matanya terus berlinangan.
Dia mecapai hand phone-nya kembali, membuka lembaran mesej dan menaip sesuatu untuk Shahrul. Ketika menaip, air matanya terus berlinangan. Sukar untuk berhenti dari terus menitik. Hati wanitanya betul-betul terguris malam itu.
Selesai menaip mesej, dia cuba melelapkan matanya untuk tidur. Wajah Shahrul terus muncul di hadapannya. Kenangan manis ketika bersama Shahrul tertayang kembali. Beberapa minit kemudian, Arniza terus di buai mimpi tanpa di sedari.

“NUK, apa kau bual kan dengan student mak tadi tu?.” Tanya Linda pada Haznida.
Haznida yang sedang asyik melayan perasaan terkejut dengan soalan itu. “Oh, budak tu? Tak ada apa-apa. Cuma tanya dia je, nak kemana cantik-cantik tu? Dia pun nak turun Bangsar” jawab Haznida.
“Ye ke? Harus kita expose kat sana malam ni. Manalah tahu dapat jumpa dia kat sana. Tak pasal-pasal keluar statement, student ada skandal dengan lecturer” sambil tergelak besar.
Satu kereta berdekah. Haznida tersenyum sendiri apabila teringat kembali Shahrul yang terkejut bila dia menegurnya tadi. Di matanya, Shahrul adalah seorang yang handsome dan begitu maskulin.

SUASANA bangsar malam ini begitu sesak dengan manusia. Maklumlah malam minggu, masing-masing keluar malam mencari keseronokan dunia. Masing-masing bersama pasangan masing-masing.
Pelbagai pakaian di gayakan, beginilah cara hidup orang Bandar, mencari keseronokan di kelab-kelab malam dan disko-disko mencari kepuasan dunia. Perlbagai budaya dan agama menjadi satu membelah kesunyian kota.
Maksiat bersepah-sepah di hadapan mata. Masing-masing tidak berbuat apa-apa. Hanya mampu merelakannya kerana mereka semua mempunyai tujuan yang sama iaitu demi keseronokan dunia.
“Peh, ramai siot malam ni?” kata Nasir sambil melihat keluar cermin kereta sambil Shahrul mencari parking kereta.
“Biasalah, malam ni kan malam minggu. Sesaklah kota bangsar ni” celah Izat di belakang.
“Ok cantik, depan tu parking baik punya masuk situ.” Arah Nasir.
Shahrul terus masuk ke lorong parking itu.
“Eh Rul, itu bukan minah yang kita jumpa tadi kat kedai tu kan?” kata Nasir sabbil terbeliak mata melihat Haznida, Linda, Zila dan Iza meng-expose di kawasan itu.
“A’ahlah, di bawa kawan, cun siot. Tinggi-tinggi tu” sampuk izat.
Shahrul di depan hanya memandang tepat ke arah Haznida. Dia meneliti dan menenung setiap pergerakkan Haznida.

“HAI nuk, ramainya yan memandang kau malam ni. Yelah orang cantik kan?.” Zila berkata.
“Mana ada, korang lagi cantik malam ni. Ala-ala superstar gitu.” Jawab Haznida merendah diri.
“Ke mana kita ni?.” Tanya Iza.
“Alah tempat biasalah, kelab IF tu lah mana lagi?. Tapi sebelum tu, kita expose dulu ek.” Sampuk Linda.
Mereka berempat terus berjalan mempersembahkan pakai masing-masing. Suitan bersahut-sahutan, setiap langkah mereka mesti ada yang bersiul tanda mengurat. Mereka berlima sudah lali dengan bunyian sebegitu.
Nampaknya malam itu bukan mereka sahaja yang meng-expose. Ada lagi beberapa kumpulan yang sama meng-expose juga di kawasan itu. Ada juga yang sibuk layan jantan dan menyundal di situ untuk mencari duit lebih.
Apa yang pasti, tujuan utama mereka berempat ke tempat itu adalah untuk berhibur semata-mata dan bukan kerana untuk menyundal atau mencari jantan. Walaupun ramai jejaka-jejaka handsome cuba mendekati mereka, namun mereka tidak mengendahkannya.

“EH mana jelitawan-jelitawan tadi?.” Tanya Izat.
“Eh, kau ni apa hal pulak?. Takkan dah jatuh cinta kat bunga tadi tu kot?.” Kata Nasir sambil memandang Shahrul tanda menyindir Izat. Izat mengendahkan kata-kata itu.
Suasana malam semakin sibuk dan sesak dengan manusia. Semakin lewat semakin ramai Bangsar malam ini. Inilah kehidupan di Bangsar. Kawasan yang cukup meriah di waktu malam. Lebih-lebih lagi jumaat malam dan malam minggu, pasti sesak.
“Kita nak kelab mana malam ni?.” Tanya Nasir.
“Tak apa, korang ikut je aku. Malam ni aku belanja. Tapi jangan banyak complain dah lah ek?.” Jawab Shahrul.

JAM di atas meja telah pun menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Anuar yang sedari tadi sudah membaringkan diri terkelip-kelip mata sambil memandang ke arah syiling biliknya.
Sudah hampir setengah jam dia cuba melelap kan mata, namun matanya tetap membulat. Ntah kenapa malam ini matanya sukar untuk di lelapkan. Biasanya, pada waktu-waktu begini, memang sudah lama dia di buai mimpi. Namun malam ini susah pula dia ingin tidur.
Fikirannya merewang-rewang. Tiba-tiba wajah Rudy terbayang di hadapan mata. Terbayang kembali detik makan tegah hari bersamanya semalam. Bila teringat kembali senyuman dan gelak ketawa Rudy, membuatkan dirinya senang hati dan tersenyum sendiri.
Telefon bimbitnya yang berada di sisi bantalnya di capai. Memcari nombor telefon Rudy. Dia meneliti nama dan nombor telefonn Rudy di screen telefonnya. Hatinya berbelah bahagi untuk menghubunginya.
Dia beranggapan, mesti ketika ini, Rudy sedang enak di buai mimpi. Dia meletakka kembali telefon bimbitnya di sisi batalnya. Dia terus mencapai selimutnya dan terus menyelubungi tubuhnya. Lalu dia cuba untuk melelapkan mata.

“SHAHRUL kau kata abang kau pun nak join kita kan malam ni?” tanya Nasir.
“Tulah pasal, tak sampai-sampai lagi” sambil meneguk secawan coke.
“kau janji dengan dia nak jumpa dekat mana?”
“kat sini lah. Mungkin lambat kot. Nanti sampailah tu” sambil mengoyangkan kepala mengikut rentak disco di kelab malam IF itu.
Masing-masing yang berada di dalam keleb malam itu terkinja-kinja menari sesuka hati. Ada yang menari tarian eksotik dan macam-macam lagi mengikut naluri masing-masing. Yang penting hati mereka terhibur malam itu.
Lampu nion yang berwarna warni menyerika lagi keleb malam itu. Lagu silih berganti. Masing-masing terus menari mengikut alunan muzik. Muzik disco terus berkumandang memenuhi ruang kelab malam itu.

“SHAHRIL kita nak ke kelab mana malam ni?.” Tanya Wati yang duduk di belakang bersama teman lelakinya.
“A’ah lah Shahril, kita nak pergi mana malam ni?.” Sampuk Rizal kekasih Wati.
“Alah kau orang ikut jelah, aku nak jumpa adik aku kejap kat kelab IF tu.” Jawab Shahril sambil mencari parking.
“Eh adik kau Shahrul ke?.” Sampuk Tina yang duduk di sebelahnya.
Shahril menganggukkan kepalanya.
“Wow, adik kau yang bawah kau tu kan? Handsome tu” sambung Tina sambil memandang ke arah Wati sambil ketawa. “tak sabar nak jumpa dia” sambungnya lagi.

“HAMDAN kau ada kawan yang ambik kos civil enginnering tak? Maksud aku senior kitalah?” tanya Afiq.
Hamdan mengelamun seketika. “Ada, kenapa?”
“Aku nak pinjam nota tetantang brick lah, lecterur aku tu, dahlah nota tak bagi, suruh minta kat senior pulak. Mana aku nak cari?.” Sambil mengaru kepalanya.
Hamdan mengelamun lagi.
“Ha, kalau tak silap Rudy, dia ambik civil jugak. Cubalah kau mintak dia?”
“Eh, bapok tu?. Tak ada budak lain ke?” sambil mencebikan bibirnya.
“Kau nak ke tak nak?” tegas Hamdan.
Afiq mengelamun seketika memikirkan sesuatu. “Em… boleh kau pinjamkan untuk aku tak?” nada kasihan.
“Eh, kau yang nak pinjam kenapa aku yang perlu meminjam?.” Nada pelik
“Kau kan tahu, aku tak biasa dengan bebudak macam tu?”
“Dalam keadaan terdesak macm ni pun kau masih fakir macam tu?”
Afiq terdiam dan membuat muka kasihan.
“Aku cuma kenal dia je yang ambik civil, lain aku tak kenal. Sorry, kalau kau nak pinjam apa-apa dari dia, kau mintak sendiri. Fiq, Rudy tu baik orangnya. Sungguh pun macam tu, dia tak pernah buat hal macam kawan dia tu, sapa nama budak tu Ku Reza? Dia tu gedik sikit”
“Bukan sama je ke? Sama-sama sotong” sambil ketawa.
“Perwatakan memanglah sama, tapi perangai lain-lain. Kau pernah dengar cerita Rudy tu tergedik-gedik dengan jantan ke? Tak ada kan?” lantang Hamdan berkata.
“Eh, yang kau beria bela si Rudy tu kenapa? Kau minat kat dia ke?” tersentap Hamdan dengan pertanyaan Afiq itu.
“Suka hati kau lah kau nak fakir apa Fiq malas lah aku nak layan. Nanti aku layan makin parah pulak nanti. Bukannya aku tak tahu, kau tu asik nak menang jer bila bercakap”
“So, macam mana? Boleh lah kau pinjamkan untuk aku ye?” rayu Afiq.
“Sorry aku sibuk sekarang ni. Kalau kau nak pinjam aku boleh bagi nombor dia kat kau. Kau pandai-pandailah mintak sendri ek?”
Afiq hanya mendiamkan diri selepas mendengar jawapan Hamdan itu. Malas dia nak memaksa kawannya itu lagi. Semua orang tahu perangai Hamdan. Dia takkan lakukan perkara yang dia tak nak lakukan walaupun di paksa bagaimana cara pun.

“NUK, mana pakwe kau ni? Dia datang tak? Ke kau kena tipu bulat-bulat je?” tanya Iza sambil mengibas-ngibaskan tangannya menyejukan dirinya yang agak panas.
“A’ah lah, aku dah panas ni” celah Zila.
“Ala kejap lagik dia sampailah, dia call tadi. Kata dia dia tengah on the way ke sini. Kejap ek?” jawab Haznida. “Ha, tu pun dia” sambil menunjuk ke arah Shahril.
Linda, Zila dan Iza, terkesima melihat teman lelaki Haznida. Memakai jaket jeans biru, berseluar jeans biru tua, berkasut kulit dan bercermin mata menampakkan Shahril bergitu ranggi malam itu. Shahril menjadi tumpuan semua wanita di kawasan itu.
“Hai sayang, dah lama tunggu? Sorry-lah I lambat sikit ada hal” Shahril berkata sambil menggenggan erat tangan Haznida lantas mencium tangan Haznida.
Linda, Iza dan Zila tersentuh dengan perilaku Shahril yang begitu romantic melayan kekasihnya Haznida. Timbul sedikit rasa cemburu di hati masing-masing. Teringin juga mereka ada kekasih se-handsome dan seromantik Shahril. Kaya pula tu. Inilah ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita dan insan seperti mereka.
“Kenapa lambat sangat? Lama I tunggu tau? Dah berpeluh dah ni” jawab Haznida manja.
“I minta maaf ye sayang? Ada hal tadi. I janji lepas ni I tak buat lagi ya sayang? Jangan lah merajuk. I cium nanti” kata Shahril sambil mencubit manja dagu Haznida.
Haznida kembali tersenyun. “ Macam tu lah sayang I. Senyum, baru manis”. Mereka terus menuju ke kelab malam IF seperti yang telah di rancangkan.

“MANA abang kau Shahrul? Dia jadi datang ke?” tanya Izat.
“Jadi, dia tengah on the way ke sini” sambil menari.
Sesampai Shahril, Haznida dan rakan-rakannya, di kelab malam tiba-tiba Haznida meminta diri untuk ke tandas.
“Shah, I nak ke tandas kejaplah, jumpa kat dalam nanti ek?”
“Jangan lama-lama tau? Kalau lambat sangat I terjah je masuk, boleh?” sambil mencubit manja hidung Haznida.
“Eh, gatal” terus menuju ke tandas
Sesampai di ruang dalam kelab malam itu, mereka semua terus menuju ke sebuah meja kosong di salah satu sudut kelab malam itu.
“Ok, korang semua order je nak minum apa, aku belanja malam ni. Kawan-kawan Haznida pun termasuk sekali ye? Jangan malu-malu order je ok?” Shahril begitu gembira sekali malam ni.
“Gembira semacam je kau malam ni kenapa?” tanya Rizal sambil ketawa.
“Biasalah, dapat jumpa awek kan malam ni. Gembiralah dia” jawab Wati sambil ketawa berdekah-dekah.
“Geng, kejap ek? Aku nak cari adik aku kejaplah. Tunggu tau?”
Di sudut lain.
“Shahrul abang kau kan tu?” tanya Nasir sambil menunjuk ke arah Shahril yang sedang menuju ke arah mereka bertiga.
“Hey, what up? Bertiga jer ke korang?” tanya Shahril
“Ini je yang ada bang, nak buat macam mana?”
“Jomlah join kita orang kat meja sana, ramai tu. Ada tiga orang awek tengah solo tu kat sana. Jomlah?” ajak Shahril.
“Ok jugak, bosanlah asik kita bertiga je. Jomlah join abang kau ni” sampuk Izat.
Shahril mengiakan kata-kata Izat itu.
“Kalau macam tu oklah, aku join korang”
“Macam tulah adik aku”
Mereka berempat terus menuju ke meja tadi.
“Ha, geng, nilah adik aku” Shahril memperkenalkan adiknya kepada rakan-rakannya. Tersentap Linda, Zila dan Iza bila melihat Shahrul di depan mata. Tak sangka Shahrul adalah adik kepada Shahril.
“Alamak, budak kolej kitalah” bisik Zila pada Linda.
“Jangan Risau, bukannya dia kenal kita pun”
“Tapi dia kenal Nida. Macam mana?”
“Buat tak tau je”
“Nilah tiga orang awek yang solo malam ni” usik Shahril lantas memperkenalkan mereka bertiga kepada Shahrul dan kawan-kawannya.
“Mana awek aku ni, tak balik lagi ke dari tandas? Berak batu ke?” tanya Shahril.
“Kau ade awek ke bang?” tanya Shahrul.
“Tengok orang sikit lah dik. Kau tak ada awek ke?” seloroh Shahril.
“Em.. on the way” sambil tergelak.
“Hai, nak carik awek pun susah ke? Hai adik aku ni harap je handsome tapi tak reti nak mengayat awek” sambil ketawa. “Ha, kat sini pun ada tiga orang solo ni, pilih je” Sambung Shahril. Merah padam muka Linda, Iza dan Zila.
“Sorry, I lambat”
“Sampai pun awek aku ni. Ke mana tadi, lambat sangat?” kata Shahril sambil memeluk pinggang Haznida.
“Kenalkan, inilah awek abang, Haznida” Shahril memperkenalkan Haznida kepada adiknya Shahrul. Haznida menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Shahrul.
“Kenalkan adik I, Shahrul”
Terkesima dan tergamam Shahrul apa bila melihat Haznida di depan mata. Dia tidak menyangka, si jelita yang dia jumpa di kedai tadi kini berada di depan mata sekali lagi. Haznida terasa janggal bila di tenung oleh Shahrul agak lama.
“Hai, I Haznida. Panggil je Nida. Rasa macam pernah jumpa je tadi kan?” tanya Haznida lembut.
“Em.. may be kot?. I Shahrul.” Agak gagap Shahrul menjawab.
Shahrul betul-betul terkejut bila melihat Haznida kini di depan mata. Bertambah terkejut lagi apabila abangnya sendiri memperkenalkan padanya yang Haznida itu kekasihnya. Dia tidak menyangka, si jelita yang dia mula minati tadi kini sudah di miliki oleh abangnya sendiri.
Beberapa minit kemudian.
“Dah lama ke abang kenal awek abang tu?” bisik Shahrul di telinga abangnya.
“Lamalah jugak, bulan ni dah masuk bulan ke empat. Kenapa?.”
“Mana abang kenal dia?”
“Kat sinilah”
“Dia budak mana? Berapa umur dia?” mula mencungkil rahsia untuk mencari kepastian.
“Dia sebaya dengan kau. Student lagi. Tapi tak tau dia study kat mana. Abang pun malas nak tanya. Yang penting abang sayang dia, dan di sayang abang”
“Sejak bila abang minat golongan macam tu?”
“Dari form 4 lagi dik, diam-diam tau? Kalau mama dgn papa tahu nahas abang. Tapi kawan-kawan abang dah tahu. Kenapa kau pun sama ke?”
“Baru nak mencuba” berdekah dua beradik itu di situ.
“Nak cuba boleh, tapi jangan kacau abang punya sudah. Susah tu nak dapat dia. Dua bulan baru dapat” sambil ketawa kecil.
Mereka terus meneruskan tarian. Masing-masing menghayunkan kepala mengoyangkan badan menari mengikut rentak muzik. Shahrul sedari tadi tidak habis-habis merenug Haznida. Haznida mula menyedari dirinya di tenung. Setiap kali bertentangan mata, Haznida hanya mampu melontarkan senyuman yang paling manis kepada Shahrul.
“NUK, adik pak we kau tu jantan yang kita jumpa kat kedai tadi tu kan?.” Tanya Iza.
“May be kot. Tak tau pulak dia tu adik laki aku” terkejut.
“Dari tadi dia asik tenung kau je. Aku rasa dia minat kat kau kot?”
“Ntah, aku pun perasan jugak. Lantaklah, yang penting laki aku tetap aku sayang”
“Kalau dia syok kat kau jugak susahlah nuk. Dahlah kau hari-hari jumpa kat kolej. Kalau dia cam kau kat kolej macam mana?”
“Tak kot. Aku rasa dia tak cam. Dahlah, kau jangan nak buat spikulasi andaian yang macam-macam kat sini. Buat aku takut je. Kau cubalah usha dia, manalah tahu dapat”
“Nuk, dah penat aku tergedik-gedik kat depan dia. Pandang pun tidak, asik tengok kau je dari tadi. Yelah orang cantik kan? Aku ni buruk je” nada merendah diri.
“Dah jangan kau nak mengarut. Kita datang sini nak menari riangkan hati, bukan nak spoil-kan mood sendiri. Dah jom menari!” sambil menarik tangan Iza ke gelanggang tarian.
Beseronok mereka semua malam itu sehingga ke awal pagi. Menghilangan tension berkerja dan study sepanjang minnggu lepas. Masing-masing bersama teman masing-masing, Cuma Shahrul sahaja yang kseorangan yang sedari tadi tidak henti-henti merenung Haznida dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Dua Wajah [Bab 1]


BAB 1





"TAK KAN mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian….” Kedengaran lagu Seindah Biasa dendangan artis terkemuka Malaysia Siti Nurhaliza, di corong radio bilik Rudy. Rudy yang sedang bersiap untuk ke kelas asyik berangan di depan ceremin sambil mencalitkan lip balm di bibirnya dan menempek tipis compact powder di mukanya. Faizal rakan sebiliknya, terus membuta. Walaupun bilik itu gamat dengan lagu Siti Nurhaliza, ia sedikit pun tidak mengganggu lenanya.
“Hai, pondan ni. Radio punyalah kuat aku pasang dia tak sedar langsung ke?” rungut Rudy apa bila melihat rakan sebiliknya terus membuta walau pun sudah di kejutkan beberapa kali sebelum ini.
“Faizal aku nak pegi kelas ni, bangun kau tu ada kelas pukul sebelas nanti. Jangan telajak pulak. Bangun!” kali ini Rudy mengejut Faizal agak keras. Begitulah rutin hidupnya setiap hari. Mengejut rakan sebiliknya yang liat untuk bangun pagi. Namun kejutan itu tidak berkesan untuk Faizal. Kadang-kala, Rudy naik bosan dengan rutinnya itu.
Sebelum melangkah keluar, sempat juga dia menyembur perfume di tubuhnya supaya berbau indah pagi itu. Jam di tangan telah pun menunjukan tepat pukul 8.55 pagi. Bergegas Rudy keluar rumah untuk menuju ke dewan kuliah.
Cerah hari ini. Sinaran mentari sudah pun memancar menerangi bangunan dewan kuliah. Silauannya membuatkan Rudy terpaksa melindungi matanya dengan tangannya. Langkahnya terus di lajukan, kerana takut lambat ke kelas. Agak sesak jalan untuk menuju ke dewan kuliah pagi ini. Ramai juga yang terlambat.
Rudy terus melangkah laju tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya, dalam kepala otaknya sekarang, nak cepat ke dewan kuliah. Sedang asyik melangkan, tiba-tiba seseorang menyapanya dari belakang.
“Hai, mencanak nampak berjalan, kena kejar anjing ke?” suara yang cukup sinonim kedengran di corong telinga Rudy. Seperti tindakan reflek, Rudy terus menoleh kebelakang.
“Eh, Adan, ingankan siapa tadi. Sorrylah saya dah lambat ni” Rudy menjawab dalam keadaan sedikit mengah kerana penat berjalan.
“Yelah budak baik kan? Mana boleh datang kelas lambat, betul tak?”
“Bukan macam tulah, saya takut kelas dah mula. Tertinggal pulak pelajaran” jawapan yang cukup bernas dan membuatkan Hamdan terkedu seketika.
“Oklah, saya dah lambat ni, saya jalan dulu ya?” sambung Rudy. Hamdan hanya mampu mengiakannya. Hamdan terus melihat setiap lenggok Rudy berjalan sehingga hilang dari pandangannya.
“Weh kau tengok siapa tu?” Sapa salah seorang kawan Hamdan yang tiba-tiba muncul dari belakang. Hamdan terkejut dengan sapaan itu.
“Woi, kau boleh tak sapa baik-baik? Tekejut aku siot”
“Ala relax la, kau ni dengan kita orang pun kau nak marah. Macamlah kau tak biasa dengan kita orang, betul tak geng?” bidas Afiq.
“A’ah lah Dan, janganlah marah. Tadi aku tengok lain macam je kau tengok si bapok tu, apa hal?” sampuk Hazli salah seorang kawannya di situ.
“Bapok mana ni?” Hamdan blur seketika.
“Alah pondan Rudy tulah. Meyampah aku tengok. Lembik semacam je macam pompuan. Cubalah keras sikit. Dia tu lelaki, buatlah cara lelaki. Bebulu sial aku tengok dia” celah Udin.
“Biarlah dia. Dah dia pilih cara tu nak buat macam mana?. Asalkan dia tak kacau kau sudah” kata Hamdan selamba sambil bejalan menuju ke dewan kuliah.
“Kadang-kadang tu aku tengok dia tu cun jugak siot, hahahaha!” kata Afiq sambil ketawa. Rakan-rakannya yang lain turut ketawa mempersendakan kata-kata Afiq tadi kecuali Hamdan.

RUDY terus melangkah laju menuju ke dewan kuliah yang berada di tingkat dua. Sedang asyik Rudy menaiki anak tangga satu persatu, tiba-tiba, rakan sebloknya menyapa dari belakang,
“Hai Rudy, menonong nampak. Sombongnya?” sapa Amirul dari belakang. Rudy terus menoleh kebelakang sambil memberi senyuman manis kepada Amirul tanpa berkata apa-apa. Apa bila Rudy menoleh ke depan sahaja, tiba-tiba Rudy telah melanggar seorang lelaki.
Bertaburan buku dan fail Rudy di tangga. Mereka yang melalui tangga itu semuanya tertumpu pada Rudy.
“Sorry saya tak sengaja” Rudy memohon maaf kepada Anuar, lelaki yang di langgarnya tadi.
“Tak apa bukan salah awak, masing-masing tak tengok depan” kata Anuar sambil menolong Rudy mengutip fail dan buku-bukunya yang bertaburan tadi.
“Sorry tau” Rudy memohon maaf sekali lagi.
“Tak apa, nama saya….” Tak sempat lagi Anuar ingin bersalaman tanda perkenalan, Rudy terus beredar meninggalkannya. Anuar terus meneruskan perjalannannya untuk ke cafeteria kolej.

“MANA ni, lambatnya” Arniza merungut.
“Kau janji dengan dia pukul berapa Niza?” Tanya rakannya Fatin.
“Aku janji dengan dia pukul 9 pagi. Sekarang dah sembilan setengah tak sampai lagi ni. Takkan tidur mati kot” Arniza mulai risau. Kelasnya sudah pun bermula setengah jam yang lalu. Namun teman lelakinya Shahrul tidak memunculkan dirinya lagi untuk menghantarnya ke dewan kuliah. Tiba-tiba handphone Arniza berbunyi lantas di jawab panggilan itu.
“Ha call pun. Awak kat mana ni? Apsal awak tak ambik I lagi? Dah lambat ni. I nak pergi kelas ni” meluru Arniza menanyakan soalan.
“Sorry, I ada hal. I kat Seremban ni, hantar membe kejap. You pegilah dulu ya? I lambat lagi ni” berdesing telinga Arniza mendengar kata-kata Shahrul itu.
“Shah, saya dah lambat ni…” belum sempat Arniza menghabiskan kata-katanya, Shahrul terus menamatkan panggilan.
“Dia end call, e… geramnya. Kalau ya pun tak dapat ambik inform lah awal-awal, menyusahakan orang je. Tak guna betullah ada pakwe macam ni, buat sakit hati je. Malas lah aku nak pegi kelas” bentak Arniza kerana kebengangan.
Fatin yang berada di sebelahnya terdiam apabila melihat kawannya itu mulai marah. “So sekarang macam mana? Nak pegi kelas ke? Dah lambat ni” kata Fatin. Ini bukan kali pertama dia melihat kawannya marah, sudah banyak kali Arniza marah kerana teman lelakinya Shahrul yang kadang kala bersikap sambil lewa terhadap kekasihnya itu.
“Sorrylah Tin, aku tension lah sekarang. Kau kalau nak pegi kelas pegilah. Aku dah tak ada mood lah” jawab Arniza lantas terus balik blok asramanya. Manakala Fatin, blur seketika. Jam di pergelangan tangan dah pun menunjukan pukul 9.50 pagi, dah 50 minit masa kuliah berlalu. Alang-alang dah lambat, Fatin juga mengikut langkan Arniza balik ke bloknya. Mereka berdua tidak menghadiri kelas Madam Normaiza pagi itu.

“OK class, that’s all for today. Jangan lupa beli nota saya untuk hari ini di kedai fotostat depan cafeteria tu ya?. Bukan apa, saya takut awak ambil lambat dah habis pula. So, pastikan note awak setiasa di up great kan ok? Mana yang dapat menyalin tadi baguslah, saya rasa awak lebih faham apa yang saya ajar hari ini berbanding mereka yang ‘makan suap’ je betul tak? Oklah kamu semua boleh beredar sekarang” pesan Madam Normaiza kepada students nya.
“Rudy, kau nak pegi mana lepas ni?” Tanya Norma salah seorang rakan baiknya di kelas itu.
“Korang nak pegi mana lepas ni” Rudy menjawab dengan pertanyaan balik.
“Cafeteria, nak bungkus je. Malas nak makan kat situ. Banyak sangat lalat” jawab Norma yang kurang suka makan di cafeteria kerana ada sesetengah pelajar lelaki yang suka duduk melepak di situ sambil mengacau pelajar-pelajar perempuan yang lalu di situ.
“Kalau macam tu, aku teman kan korang jelah ek? Aku tak makan, awal lagilah” Norma bersetuju dengan jawapan Rudy itu. Tiga lagi rakannya, Syifa, Rafiza dan Dayah pun bersetuju dengan cadangan Norma itu.
“Kalau macam tu, jomlah kita gerak. Tak pasal-pasal ada juga yang mati kebuluran kat sini” gurau Rudy.
“Engkau mulut, celupar hek?” Celah Rafiza.
“Rudy, kau dah siap ke assignment CECA?” Tanya Dayah sekali gus menukar topic perbualan.
“Belum, tengah dalam proseslah ni” jawab Rudy. Mereka terus berborak kosong sambil menuju ke cafeteria.

“WOI, mana Shahrul ni, apsal lambat hari ni?” Tanya Nasir kepada rakan-rakannya yang lain. Cafeteria kolej ketika itu agak sesak. Masing-masing sedang sibuk mengisi perut. Beberapa minit kemudian, sebuah kereta Perdana V6 hitam meluncur laju menuju ke cafeteria itu.
“Ha, panjang pun umur dia” kata Izat apabila terlihat kereta Shahrul mula menyusur menuju ke cafeteria itu.
Injin kereta di matikan. Shahrul mencapai cermin mata hitamnya yang berada di poket bajunya lalu dipakainya menutupi matanya. Dengan cermin mata hitam itu dia melindungi matanya dari silauan terik cahaya matahari. Shahrul membuka pintu keretanya lantas melangkah keluar.
Hampir semua yang berada di cafeteria itu tertumpu kepada Shahrul. Dengan mengenakan kemeja ketat hitam dan di lipat lengan baju hingga ke siku, berseluar sleek hitam dan berkasut kulit hitam, menarik perhatian wanita yang berada di cafeteria itu. Dengan rambut spiky dan agak keperangan menambahkan lagi kekacakkan wajahnya yang sememangnya kacak sehingga di gilai ramai pelajar perempuan di kolej itu.
“Hai geng sorry lah lambat. Ada hal sikit tadi” sapa Shahrul.
“Eleh, ada hal ke, sibuk layan bini?” celah Izat.
“Wo, tak ada maknanya aku nak berhal dengan awek beb, bukan ada faedah pun. Lagi pun aku ni kan single, mana ada awek” jelas Shahrul.
“Blahlah Rul, tak ada awek konon. Arniza tu siapa? Tak kan tempat lepas-lepas gersang kot?” Tanya Nasir hairan sambil tergelak kecil.
“Niza tu awek aku? Tolong sikit ok? Aku dengan dia biasa-biasa je. Dia yang lebih-lebih. Aku layan je” jelas Shahrul agak tegas.
Tidak sedikit pun ada rasa sayang atau kasih pada Arniza di hati Shahrul. Pada dia Arniza hanya sekadar kawan, kerana dia terlalu baik padanya. Manakala Arniza, disebabkan Shahrul melayan karenahnya, dia beranggapan yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi hakikatnya Shahrul tidak pernah membalas cintanya.
Beberapa minit kemudian, sedang asyik Shahrul dan rakan-rakannya berborak sambil menjamah makanan masing-masing, cafeteria itu di gamatkan lagi dengan kehadiran Rudy yang sedang berjalan menuju ke cafeteria itu. Nasir tak berkelip mata melihat Rudy yang sedang malangkah perlahan menuju ke cafeteria itu bersama, Norma, Syefa, Rafiza dan Dayah.
“Apa kau tengok tu Sir?” Tanya Shahrul apa bila dia melihat Nasir tidak berkelip mata melihat seseorang.
“Cun siot” Jawab Nasir sambil memandang tepat kearah Rudy.
“Siapa?” Shahrul menanya lagi mencari kepastian.
“Tu ha, pondan kolej ni. Nasir tergila-gilakan dia. Punyalah ramai perempuan kat kolej ni, si pondan jugak dia nak” jawab Izat sambil memuncungkan mulut kearah Rudy yang sedang asyik berborak bersama rakan-rakannya.
Shahrul cuba menoleh mencari, berpusing-pusing kepala mencari di manakah pondan yang bernama Rudy itu. “Tu la, yang duduk sebelah perempuan tudung putih tu. Lelaki yang lembut-lembut tu. Itulah Rudy. Cun kan?” Nasir berkata sambil menunjuk kearah Rudy.
Shahrul terus mencari. Matanya sudah memandang tepat kearah Rudy sekarang. Tidak berkelip mata memandang wajah Rudy. Mata Rudy yang cantik, wajah yang manis, berhidung kemik dan berbibir merah bak delima merekah menarik perhatian Shahrul. Ditambah dengan lesung pipit menarik lagi hati Shahrul.

“RUDY, kenapa budak lelaki tu asik pandang kau je?” Tanya Dayah apabila dia menyedari Shahrul merenung lama kearah Rudy. Begitu juga dengan Nasir.
“Mana?” Rudy mencari-cari budak lelaki yang di katakana oleh Dayah tadi. Selepas matanya merayau-rayau mencari lelaki itu, akhirnya jumpa juga. Kini mata bertentang mata di antara mata Rudy dan Shahrul. Pada masa yang sama Nasir juga turut merenung Rudy.
“Aku rasa dia tenung koranglah. Hahaha” kata Rudy sambil tergelak kecil. Shahrul dan Nasir terus merenung Rudy. Rudy memandang kembali kearah dua jejaka itu. Dia mulai hairan kenapa Shahrul dan Nasir asik merenungnya sedari tadi. Rudy membalas renungan tiu dengan senyuman lantas terus berpaling pandangan kepada rakan-rakannya.
“Kau senyum kat diaorang ke? Ko gila ke?” tegur Norma.
“Dah dia tenung aku senyum jelah. Nanti kata aku sombong pulak. Ha kan dia dah tak pandang” jawab Rudy selepas mendapati Shahrul dan Nasir gembira akan senyuman tadi. Mulalah terdetik satu rasa di hatinya. Tapi dia cuba mengabaikannya.

“CANTIKLAH, dia senyum kat aku” riang hati Nasir apa bila dapat senyuman dari Rudy.
“Kau gila ke? Dia tu pondanlah, bukan perempuan. Kau gay ke?” Tanya Izat hairan bila melihat rakannya Nasir begitu gembira apabila Rudy membalas senyumannya.
“Tak adalah, aku saja-saja je. Cun tu, bukan senang nak dapat pondan buat main-main tau?” jawab Nasir selamba.
“Gila kau? Nabi tak mengaku umat beb” tegas Izat.
“Alah, buat dengan perempuan tak dosa ke? Sama je. Pusing-pusing dosa jugak” bidas Nasir. Shahrul hanya mendiamkan diri di situ. Malas nak menyampuk, takut makin teruk pula nanti.
“Kau nak buat main-main Sir? Punyalah cun, body cutting baik punya, ko nak buat main-main je? Kenapa kau tak bela je dia. Senang hidup kau nanti Sir” Izat menambah. Berdekah Shahrul dan Nasir mendengar kata-kata Izat itu.
“Dahlah, jangan nak merepek. Makan cepat. Dah lambat ni nak pegi kelas” celah Shahrul. Jam di tangan telah pun menunjukan tepat pukul 11.25 pagi namun mereka bertiga masih berada di cafeteria sedangkan kelas mereka sudah pun bermula 25 minit yang lalu. Itulah perangai diaorang yang tidak boleh di ubah. Terkenal dengan perangai datang lambat ke kelas.

ARNIZA memandang tepat kewajahnya melalui cermin. Hatinya sedang mengelegak akibat perkara pagi tadi apa bila Shahrul tidak menghantarnya ke kelas. Mengelamun sendiri. Melayan perasaan dan memikirkan hubungannya bersama Shahrul. Dia sering mengelamun memikirkan apakan cintanya berbalas dengan Shahrul.
Apabila di fakir-fikirkan, Shahrul tidak pernah melayan kasar dirinya. Shahrul sentiasa menjaga hatinya, tetapi kadang kala dia seolah-olah terabai apabila Shahrul bersama kawan-kawannya. Shahrul lebih mementingkn rakan-rakannya berbanding dirinya.
Jam meja di atas para-para terus berputar. Arniza terus mengelamun sendirian di hadapan cermin. Memikirkan sesuatu yang sering bermain-main di fikirannya. Walaupun Shahrul tidak pernah melafaz kata cinta, tapi dia tetap menyayanginya sepenuh hati. Kadang kala dia juga takut jika cintanya akan di tolak. Berkerut dahi Arniza memikirkannya. Di hatinya kini hanya Shahrul yang bertakhta. Dia akan kecewa jika dia kehilangan Shahrul.
‘Tuk! Tuk! Tuk!’ pintu biliknya di ketuk. Kedengaran suara Fatin memanggil namanya. Lamunan terhenti, lantas melangkah terus menuju ke pintu. Pintu di buka, tersembul wajah Fatin di depan pintu.
“Dah pukul satu petang ni, kau tak pegi makan ke?” soal Fatin. Apabila melihat wajah Arniza yang suram Fatin mulai risau. “Kenapa ni Niza? Kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku. Manalah tahu aku boleh tolong kau ke?” pujuk Fatin.
Arniza hanya mendiamkan diri lantas mencapai sikat dan meraut rambutnya sedikit demi sedikit. Rambutnya yang lerus di sikat perlahan-lahan. Selesai bersikat dia mencapai tas tangannya lalu mengajak Fatin untuk keluar makan.
“Kau ok ke Niza?” Tanya Fatin lagi.
Arniza hanya mendiamkan diri, tidak menjawab pertanya Fatin tadi. Fatin hanya mengikut sahaja Arniza. Selepas memakai kasut, mereka terus menuruni tangga blok asrama mereka. Fatin tertanya-tanya kemana agaknya arah tujuan mereka.
“Kita nak kemana ni?” Tanya Fatin selepas tidak dapat menahan lagi perasaan kerana bingung kemana arah rujuan mereka agaknya.
“Kata nak pegi makan tadi kan? Nak ke mana lagi” jawab Arniza agak kasar.
Fatin hanya mendiamkan diri, takut jika dia bersuara akan menimbulkan pergaduhan antara mereka berdua. Mereka berdua meneruskan perjalanan ke cafeteria tanpa berkata apa-apa. Dalam perjalanan mereka berdua terserempak dengan Rudy.
“Eh, Rudy kau datang kelas tak pagi tadi?” Tanya Fatin pada Rudy.
“Pegi kenapa?” jawab Rudy lembut. Arniza terus menonong berjalan.
“Tak pelah, saja je tanya. Sorry ek? Bye” Fatin tergesa-gesa mengejar Arniza yang sudah jauh meninggalkannya.
Arniza sengaja berjalan lebih cepat kerana, dia memang tidak suka akan Rudy. Arniza memang tidak suka pada Rudy kerana Rudy adalah seorang lelaki lembut. Dia agak menyampah dengan lelaki ala-ala perempuan.
“Niza, perlahan la sikit, mencanak kau jalan” tegur Fatin dari berlakang sambil tercungap-cungap.
“Ku kan tahu, aku memang tak suka golongan macam tu, kenapa kau gatal sangat tegur dia depan aku?” jawab Arniza marah.
“Aku Cuma nak Tanya je apa Madam Normaiza ajar hari ni. Itu je”
“Kau tak boleh ke tanya orang lain?”
Fatin hanya mediamkan diri selepas mendengar kata-kata Arniza tadi. Dia malas nak menjawab kerana takut hubungan persahabatan mereka akan terputus akibat perkara kecil dan remeh itu. Mereka meneruskan perjalanan mereka tanpa berkata apa-apa.

PADA masa yang sama lebih kurang beberapa meter di belakang Arniza dan Fatin, kelihatan Rudy sedang membelik handphonenya. Dia sedang menaip masej untuk Faizal, belum sempat Rudy menaip habis mesej, tiba-tiba ada panggilan masuk. Tertera nama Faizal di screen handphonenya.
“Weh, ko kat mana ni? Lapar siot, jom makan?” kedengaran suara Faizal mengajak Rudy makan tengah hari.
“Aku tengah on the way ke cafeterialah ni. Jumpa kat café jelah ek? Meja nombor dua seperti biasa. Jangan sesat pulak?” jawab Rudi.
“Tahulah aku. Kau ni” kata Faizal pula.
Panggilan di tamatkan. Rudy meneruskan perjalanan. Terik metahari tengah hari itu sungguh panas. Silauan sinaran mentari membuatkan Rudy terpaksa mengecilkan kelopak matanya. Langkah di lajukan kerana tidak tahan cuaca yang begitu panas.
“Hai sorang je ke?” tiba-tiba sutu suara menyergah dari belakang.
Rudy tercari-cari tuan punya suara. Rudy menoleh ke belakang, Anuar muncul depan mata. Rudy hanya membalas dengan senyuman kerana dia kurang dengar pertanyaan Anuar tadi.
“Sorag je ke? Mana kawan lagi sorang tu?” Anuar bertanya lagi.
“Sorry, saya tak dengar sangat tadi awak tanya apa. Saya nak ke café, nak jumpa dia tulah” jawab Rudy mesra.
“Oh, yeke? Tak ada kelas ke hari ni?” tanya Anuar lagi.
“Ada, pukul empat petang nanti, ni nak pergi makanlah tengah hari dulu”
“Boleh join ke?”
“Suka hatilah, saya tak kisah”
Anuar dengan Rudy meneruskan perjalanan menuju ke cafeteria dengan berbual kosong. Kelihatan dari jauh, begitu ramai manusia di cafeteria ketika itu. Maklumlah, dah masuk waktu lunch. Rudy meninjau-ninjau seleruh cafeteria itu mecari Faizal. Kelihatan Faizal sedang melambai-lambai tangan kearahnya. Lantas Rudy dan Anuar terus menuju kearahnya.
“Sorry lambat” kata Rudy pada Faizal. Lantas dia melabuhkan punggungnya di kerusi kosong di hadapan Faizal, manakala Anuar duduk di sebelahnya.
“Kau ber-make up ke? Lambat sangat” rungut Faizal.
“Taklah, aku kan berjalan bukan naik kapal terbang. Kalau kau sediakan driver lainlah cerita. On time aku boleh sampai tau? Ntah-ntah aku yang sampai dulu” jawab Rudy.
“Dahlah cepat pegi order makanan kau. Aku ada kelas pukul dua jap lagi ni” selepas mendengar kata-kata Faizal tadi, Rudy terus melangkah ke kedai kegemarannya, iaitu kedai nombor dua di cafeteria itu.
Anuar yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, tergelak kecil melihat gelagat dua sekawan tadi. Masing-masing mulut macam murai. Faizal hanya tersenyum setiap kali bertentangan mata dengan Anuar.
“Tak makan ke?” Faizal memulakan perbualan.
“Kejap lagi la. Tengah fakir nak makan apa tengah hari ni” jawab Anuar ringkas.
Beberapa minit kemudian, Rudy pun sampai dengan makanannya. Cafeteria kolej semakin sesak dengan manusia. Masing-masing sedang sibuk membeli makanan dan menyuap makanan masing-masing kemulut. Selepas melabuhkan punggungnya, Rudy terus menyedut dua teguk air, untuk membasahi tekaknya yang sedari tadi kering.
“Tak makan ke?” kali ini Rudy pula bertanya soalah yang sama kepada Anuar.
“Nak makanlah ni. Kejap ek? Saya nak pegi order kejap” jawab Anuar. Lantas di terus melangkah ke salah sebuah kedai makanan unuk membeli makanannya.
“Siapa budak tu? Cute tu, mana kau kenal dia?” risik Faizal beria.
“Budak tu? Ntah aku jumpa dia masa nak ke sini tadi. Tiba-tiba je dia nak ikut aku makan. Aku ajak jelah” jawab Rudi.
“Wah kau sekarang, belagak la? Dengan aku pun kau nak berahsia ke?”
“Berahsia apanye? Betullah aku cakap. Nama dia pun aku tak tahu tau?”
“Kau suka-suka je ajak orang yang kau tak kenal makan?”
“Mana aku tahu, dia yang nak ikut, aku ajak jelah. Lagi pun dia handsome layan jelah!”
“Wah kau sekarang, makin laku aku tengok. Nanti kau kenal-kenalkanlah dia kat aku ek?”
“Yelah” jawab Rudy ringkas.

“MANA Shahrul ni, kata nak nak teman aku makan hari ni” rungut Arniza. Fatin yang duduk di hadapannya terus mencari-cari bayang Shahrul.
Cafeteria kolej semakin sesak. Tempat duduk pun hampir semua sudah di penuhi dengan manusia. Namun batang hidung Shahrul pun tidak kelihatan. Arniza menanti dengan resah sambil mengacau air bandungnya yang semakin suam.
“Kau janji dengan dia pukul berapa Niza?” Fatin bertanya.
“Dia kata pukul satu. Dah pukul satu setengah dah ni ha, tak sampai-sampai pun lagi. Bengang betullah aku” rungut Arniza tertekan.
Beberapa minit kemudia, kelihatan kereta Perdana V6 Shahrul meluncur ke arah cafeteria. Wajah Arniza kembali ceria. Fatin lega apabila melihat perubahan itu. Shahrul melangkah keluar dan terus melangkah menuju kemeja Arniza.

“NAMA siapa?” Rudy bertanya kepada Anuar. Anuar yang sedang mengunyah makanannya meminta sedikit masa untuk menjawab.
“Kau ni Rudy, tanya time dia duk mengunyah. Kesian dia. Tunggulah dia habis makan dulu” celah Faizal. Rudy mencebikkan mukanya apabila mendengar kata-kata Faizal tadi.
“Tak apa, saya tak kisah. Panggil je saya Nua” jawab Anuar.
“Mesti nama betul Anuar kan?” teka Rudy.
“Yup” jawab Anuar ringkas. “Awak Rudy kan? Dan awak Faizal” sambungnya lagi.
“Eh, mana awak tahu ni? Kitaorang tak kenal pun awak siapa. Tapi, awak kenal kitaorang. Tak sangka popular jugak kita ni kan Rudy?” riang Faizal berkata-kata apa bila mendengar kata-kata Anuar tadi yang menyatakan dia mengenali dirinya.
“Saya kenal Rudy dari kawan saya sebenarnya. Kenal Firdaus tak? Ala, budak blok koranglah. Dia sekelas dengan saya. Dari dialah saya kenal Rudy, kemudian Faizal” jawab Anuar panjang. Rudy hanya menaikan keningnya tanda faham.
“Tunggu kejap ek? Nak pergi beli air kejap” Rudy meminta diri untuk membeli air minuman. Manakala Faizal dan Anuar terus berborak kosong sambil menghabiskan sisa-sisa makanannya.

“KENAPA lambat? Lama I tunggu tau?” keluh Arniza manja.
“Saya baru habis kelas, penat ni. Sorry ek? Bukannya saya sengaja” jawab Shahrul selamba. “Dah makan ke?” sambung Shahrul lagi.
“Belum, tunggu you la ni. I dah lapar dah ni. You lambat sangat”
“La, kenapa tak makan lagi? Saya tak makan tengah hari hari ni, sebab ada kelas jap lagi. So, saya tak boleh lama kat sini” berdesing telinga Arniza sekali lagi mendengar kata-kata Shahrul itu. Dah berapi dia menunggu Shahrul di cafeteria itu, akhirnya Shahrul tak tidak mahu menemaninya makan hanya kerana dia ada kelas. Mengelegak hati Arniza. Namun, sayang punya pasal, Arniza tabahkan diri, dan buat seolah-olah tidak marah dengan tindakan Shahrul itu.
“Pergilah Order makanan korang yek? Nanti lapar pulak. I boleh temankan you all sampai pukul dua je” kata Shahrul selamba. Arniza dan Fatin terus melangkah mengambil order.
Sedang asik Shahrul meninjau-ninjau keadaam cafeteria itu, tiba-tiba dia terpandang pada seseorang yang dia mula minati. Pandangannya tertumpu pada budak itu. Lantas melangkah menuju kearah budak itu.

“PAK CIK, air kosong satu” Rudy memesan air kepada pakcik penjaga kedai air di cafeteria itu.
“Pakcik, Teh ais satu” tiba-tiba suara Shahrul muncul dari belakang.
Rudy terkejut dengan suara itu, lalu beransur sedikit ketepi memberi laluan kepada Shahrul. Mereka berdua sama-sama menanti pesanan masing-masing. Rudy selamba menanti, manakala Shahrul tidak henti-henti melihat tubuh Rudy dari atas kebawah. Wangian Rudy menarik lagi perhatain Shahrul.
“Minum air kosong je ke?” tiba-tiba Shahrul bersuara. Rudy terkejut dengan pertanyaan itu.
“Tanya saya ke?” Rudy menanya kehairanan. Dia tidak pernah kenal pun Shahrul. Tiba-tiba menyapa dirinya.
“Yalah, siapa lagi. Kenapa tak boleh ke?” jawab Shahrul.
“Saya kurang minat minum air manislah. Sebab tu saya pesan air kosong je” jawab Rudy sambil menghulurkan duit 20sen kepada pakcik kedai air itu.
“Nama siapa?” Shahrul bertanya lagi.
“Perlu ke nak tahu?” jawab Rudy ringkas.
“Sombongnya. Janganlah macam tu, saya bukan nak main-main, saya serius ni tanya”
“Rudy” jawab Rudy lantas membawa air pesanannya ke mejanya tadi sambil memberi senyuman paling manis kepada Shahrul.
Shahrul hanya mampu memandang gelagat Rudy dan merenung setiap tubuh Rudy yang sedang bergerak ke mejanya tadi.
“Cun pulak pondan ni, geram pulak aku. Senyuman dia, boleh membuatkan aku cair” bisik perlahan di mulut Shahrul. Dalam diam, Shahrul mula memendam perasaan pada Rudy.
Sebelum ini, shahrul pernah ada skandal cinta bersama pondan ketika di sekolah menengah berasrama penuh dulu. Shahrul juga pernah beberapa kali terlanjur dengan kekasih pondannya ketika itu. Selepas tamat tingkatan lima, hubungannya dengan pondan itu terputus dan sehinggalah sekarang dia belum mendapat pengganti.
Pengalamannya bersama pondan di sekolah dulu menyebabkan naluriya kini sonsang. Nalurinya kini hanya kepada lelaki, tidak sedikit pun nalurinya menyukai perempuan. Kemunculan Rudy mengingatkan kembali sejarah silamnya bersama pondan dan membawa sedikit sinar baru dalam hidupnya. Misinya sekarang ingin mendampingi Rudy untuk di jadikan kekasih hati. Apa yang merisaukannya sekarang, dia takut Rudy bukan jenis pondan yang pernah di kenali sebelum ini. Sanggupkah Rudy menerima cintanya jika dia ingin bersamanya? Shahrul membiarkan persoalan itu terus bermain-main di benak permikirannya.

“KENAPA lambat?” Faizal menanya.
“Tak ada apa-apa” jawab Rudy ringkas.
“Kenapa? Mamat handsome tu kacau kau ke? Wah kau sekarang, meletup”
“Merepeklah kau, dah nak pukul dua ni, kau ada kelas kan pukul dua?”
“A’ah, dah lambatlah aku pegi dulu ek?” bergegas Faizal melangkah kedewan kuliah.
“Mamat tadi tu tanya apa?” tiba-tiba Anuar bersuara.
“Tanya nama je. Abaikanlah, dia saja je nak main-main dengan saya” jawab Rudy sambil meneguk air kosongnya tadi. “Dah habis makan dah? Kalau dah jom balik?” sambung Rudy.
“Dah, jomlah” jawab Anuar. Mereka berdua pun mula beransur pulang. Dari jauh Shahrul merenung Rudy yang sedang berjalan keluar dari cafeteria itu.

“YOU tengok siapa?” tanya Arniza apabila dia mula perasan yang Shahrul asik merenuk Rudy sedari tadi.
“Ha? Mana ada siapa? I tak tengok sesiapalah” jawab Shahrul selamba. “Kalau I tengok sesiapa pun apa salahnya” berdesing sekali lagi telinga Arniza mendengar kata-kata Shahrul tadi. Dia hanya mediamkan diri menahan sakit di hati.
“Oklah, dah pukul dua ni, I nak pegi kelas dah ni. Take care bye” Shahrul terus meninggalkan Arniza dan Fatin begitu sahaja.
“Shahrul!” Arniza memanggil Shahrul, tetapi panggilannya tidak di layan. Shahrul terus berlalu pergi.
“Geramnya aku, dahlah datang lambat, dia tinggalkan kita macam tu je?” Arniza betul-betul bengang. Lantas mencampak perlahan sudu dan garfunya ke tepi pinggan menandakan dia sudah tidak berselara lagi untuk makan.
“Oklah Tin, aku dah tak selera nak makan. Aku balik dulu” Arniza berkata kepada Fatin lantas terus beredar meninggalkan cafeteria itu.
Dengan pantas Fatin menyuap makanan dan menyedut air manumannya secepat mungkin lantas terus mengejar Arniza yang tiba-tiba bad mood.

“RUDY kenal ke budak yang tegur Rudy kat cafeteria tadi?” Anuar cuba mencungkil sambil berjalan menuju ke blok asrama masing-masing.
“Budak mana?.” Rudy cuba berselindung dan berpura-pura tidak tahu apa yang di pertanyakan oleh Anuar.
“Ala yang kat kedai air tu.” Terang Anuar.
“Oh budak tu. Ntah, saya layan je. Nanti kalau tak layan nanti orang kata saya sombong pulak. Saya tak suka orang kata saya sombong.” Jelas Rudy lagi.
“Berani ya. Rudy layan orang yang Rudy tak kenal?”
“Kenapa Nua cakap macam tu? Macam Nua kan? Masa Nua tegur saya tadi, saya kenal Nua ke?.” Terkedu Anuar mendengar kata-kata Rudy tadi. Dia terdiam seketika.
“Ingat tak pagi tadi kita bertembung kat tangga DKA 1-1? Itulah saya, saya baru nak kenal-kenal dengan awak, awak dah blah macam tu je?” jelas Anuar lagi.
“Awak, saya dah lambat masa tu, sorrylah saya tak dapat nak layan awak sangat.”
“Saya tak kisah sangat sebenarnya, yang penting saya dah kenal awak dah sekarang oklah”
“Kenapa awak macam excited sangat je dapat kenal saya? Awak tak takut ke kawan dengan saya?.” Sambil mengerutkan dahinya.
“Kenapa perlu saya nak takut?.” Nada serius.
“Yelah, golongan macam saya ni selalu di keji dan hina. Saya takut awak berkawan dengan saya, awak pun akan terkena tempiasnya”
“Pada saya, saya tak kisah orang nak kata apa, yang penting kita berdua je yang tahu macam mana hubungan kita itu dah cukup bagi saya. Biarlah apa orang nak kata.” Penuh ikhlas Anuar meluahkan kata-kata itu.
Terkesima Rudy mendengar kata-kata Anuar tadi. Terharu Rudy mendengar setiap ayat kata-kata Anuar yang sememangnya keluar dari hatinya yang tulus. Tanpa di sedari mereka pun sudah sampai ke blok masing-masing.
“Awak tinggal blok mana?.” Rudy menanya.
“Sebelah blok awak je.” Jawab Anuar ringkas.
“Oklah saya balik dulu.” Rudy terus beredar naik ke blok asramanya. Anuar memerhati Rudy sehingga Rudy hilang dari pandangannya. Terdetik satu perasaan di hati Anuar. Ini kali pertama dia berkawan dengan