Thursday, November 30, 2006

Dua Wajah [Bab 3]


BAB 3


"INI gambar-gambarnya cik?. Saya harap cik puas hati dengan gambar-gambar yang saya dapat ni.” Kata Hassan sambil menghulurkan sekeping sampul surat berisi gambar-gambar Haznida dan Shahril berpelukan di kelab malam, malam tadi. Terpampang gambar-gambar itu di hadapan Jazmin.
Jazmin meneliti setiap keping gambar yang di ambil oleh Hassan. Satu persatu dia menyelaknya. Menyirap hati Jazmin apabila melihat gambar-gambar buah hatinya Shahril berpoya-poya dengan perempuan lain.
Di teliti setiap gambar. Diteliti dari segala sudut untuk memastikan gambar itu tidak berbohong pada dirinya. Sayup hati wanitanya melihat teman lelakinya berlaku curang di belakangnya. Mula terdetik rasa dendam di hatinya pada Haznida.
“Bagus. Kerja kau memang teliti dan baik. Seperti yang di janjikan ini upahnya” kata Jazmin sambil menghulurkan sekeping sampul sirat berisi wang tunai sebanyak lima ratus ringgit.
“Kalau aku nak kau siasat tetang budak perempuan ni kau sanggup tak?. Aku akan bayar berapa sahaja yang kau nak. Sanggup?.” Jelas Jazmin.
“Cik nak saya siasat tentang budak perempuan ni?.” Sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah gambar Haznida.
“Kalau kau dah dapat berita tentang dia. Kau call aku sepertia biasa. Aku akan bayar kau bila aku cukup puas hati dengan bahan yang kau dapat.”
“Ok saya setuju” Hassan mempersetujui dengan perjanjian yang dibuat oleh Jazmin.

‘KU juga mencintai diri mu… Mengapa sukar ku luahkan…’ berkumandang lagu Ku Juga Mencintai Mu dendangan Saiful Malaysian Idol satu dari telefon bimbit Haznida yang berada di sisi bantalnya.
Haznida mencapainya. Dengan perlahan dia cuba membuka kelopak matanya yang sememangnya berat. Cahaya siang yang memancar masuk dari tingkap biliknya membuatkan dia terpaksa mengecilkan kelopak matanya kerana terlalu silau.
Tertera di screen telefon bimbitnya ‘my sayang”. Selepas melihat nama itu tertera di screen telefon bimbitnya, sepantas kilat dia bangun dan menjawap panggilan itu. ‘My sayang’ adalah nama untuk Shahril di dalam telefon bimbitnya.
“Hai sayang, selamat pagi.” Kedengaran suara Shahril cukup jelas di corong pembesar suara.
Menggelabah Haznida menjawabnya.
“Em… awak, kenapa call saya pagi-pagi ni?”
“Pagi awak kata? Matahari dah terpacak dah kat luar tu”
“Pukul berapa sekarang ni?.” Sambil meraba-raba mencari jam tangannya.
“Dah pukul satu petang la sayang. Baru bangun ke? Macam mana ni? Anak dara bangun lambat? Saya pun dah bangun pagi tadi tau?” sambil bergolek-golek di atas katilnya. Sesungguhnya setiap perkataan yang di katakana itu adalah bohong semuanya. Tapi hakikatnya, dia juga baru bangun seperti Haznida.
“Oklah awak, saya nak mandi ni. Lain kali kita sambung ek?”
Sambil mencapai tualanya.
“Ala, baru nak borak dengan sayang kita ni, dia dah nak mandi. Nak ikut boleh?” kata Shahril manja sambil memeluk erat bantal peluknya.
“Ah, awak jangan nak mengatal pagi-pagi ni ek? Dah pergi mandi sana, jangan nak kelentong saya awak dah bangun awal pagi tadi. Saya tahu awak pun baru bangun kan?”
“Yelah, kalau saya rindu nanti saya call awak lagi ek?”
“Ok bye sayang” Haznida terus menamatkan panggilan dan terus berlalu masuk ke bilik air untuk mandi. Manakala roommate-nya Iza masih membuta di katilnya.

“TAK guna!!” Jazmin menjeit sekuat hati untuk melepaskan perasaan marahnya kepada Shahril yang curang padanya.
Habis semua barang di biliknya di lotarkan. Ribut jadi biliknya. Barang bersepah-sepah. Bertaburan gambar Shahril dan Haznida di atas katilnya.
“Tak guna punya perempuan! Kau rampas Shahril dari aku?!.” Jerit Jazmin lagi sambil mengoyak-ngoyakkan gambar Haznida.
“Selagi aku tak dapat Shahril, tak ada siapa boleh dapat dia!” menjerit sambil merenung tajam gambar Shahril. Air matanya mula berderai dan menitik laju.
“Kalau aku tak dapat Shahril, tak ada siapa boleh dapat dia!” sambung Jazmin lagi.
Habis semua gambar di koyakkannya. Dia bertekat untuk buat apa sahaja untuk meraih cinta Shahril. Dia akan cuba pelbagai cara untuk memilikinya. Dia akan cuba menghapuskan segala pehalang dia untuk memiliki Shahril.

“NUA, kau nak pergi mana?.” Tanya Ridzwan housemate-nya.
“Keluar kejap nak ta paw makanan” sambil menyarung sandle.
“Sorang-sorang je ke?.”
“A’ah, kenapa, kau nampak aku pergi ramai-ramai ke?.” Terus beredar.
Ridzwan hanya mencebikkan mukanya. Anuar terus menuruni anak tangga blok asramanya untuk menuju ke cafeteria. Dalam perjalanan dia ternampak Rudy juga sedang menapak menuju ke Cafeteria lebih kuarang 10 meter di hadapannya.
Anuar cuba mengejarnya. Dia melajukan lanagkahnya. Dia cuba memanggil, namun dia terpaksa membatalkan niatnya itu kerana jarak antara mereka berdua pun tidak sejauh tadi.
Belum sempat Anuar ingin menyapa, tiba-tiba sebuah kereta Perdana V6 berhenti di sisi Rudy. Anuar memberhentikan langkah. Beberapa saat kemuadian Rudy pula masuk kedalam kereta itu, lalau berlalu pergi. Sedikit hampa di hati Anuar bila melihat Rudy menaiki kereta itu.
Dia cukup kenal siapa pemandu kereta Perdana V6 itu. Shahrul budak lelaki yang cukup popular di kolej ini kerana kekayaan dan ketanpanan wajahnya menjadi factor utama dia popular dikalangan pelajar-pelajar perempuan.

“SORANG je ke? Mana kawan-kawan yang lain?.” Shahrul memulakan perbualan.
“Diaorang tak bangun tidur lagi. Malas nak kacau.” Jawab Rudy malu-malu sambil menundukkan wajahnya dan memandang kearah lain setiap kali Shahrul memandangnya.
“Hai, dah petang ni, dia orang tak bangun lagi?.” Agak terkejut dengan jawapan Rudy tadi.
“Malam tadi kita orang keluar. Balik lambat, sebab tu bangun lambat.”
“Kelauar? Pergi mana?.”
Rudy menutup mulut, terlepas kata. Mengelamun seketika mencari jawapan yang sesuai.
“Keluar pergi rumah kawan, kawan lama kat KL. Tak sedar sampai larut malam. Sedar-sedar je dah nak subuh” agak gagap tutur katanya.
“Oo… ingatkan saya, pergi clubbing ke, pub ke, atau disco ?”
“Tak, rumah kawan” cuba berselindung. “mana kawan-kawan awak yang lain?” sambung Rudy lagi.
“Samalah, diaorang pun tak bangun lagi. Saya ni pun sebab lapar je bangun. Kalau tak bantai tidur lagi” jawab Shahrul ringkas.
“0o… biasalah, penat kot dia orang menari malam tadi” lantang rudy berkata.
“Menari?” Shahrul kehairanan. Dia hairan macam mana Rudy boleh tahu, mereka penat menari malam tadi.
Sekali lagi Rudy terlepas kata. “Saya agak je” sambil mengangkat dia keningnya.
“Memang betul pun, kita orang keluar pergi clubbing malam tadi” Shahrul mengiakan jawapan Rudy tadi. Lega Rudy rasa tidak terkata sambil mengusap-usap dadanya.

‘DING dong!” loceng pintu villa Datuk Hamid berbunyi. Mak Kiah segera meluru ke pintu utama untuk membuka pintu dan melihat siapa yang bertandang ke villa Datuk Hamid petang terik begini.
Mak Kiah membuka pintu. Terpampang wajah monyok Jazmin di hadapan pintu.
“Kenapa lambat sangat mak cik? Panas tau kat luar ni!” tengking Jazmin kepada Mak Kiah. Jazmin tak pernah hormat pada orang tua. Dia dengan sesuka hati meningking Mak Kiah yang sudah agak berumur itu.
“Maafkan saya Cik Puan, saya ada kerja kat dapur tadi” gagap Mak Kiah membalas.
“Dahlah tepilah!” tengking Jazmin. “Shahril ada?” sambungnya lagi.
“Ada cik kat atas”
“Apa bising-bising petang-petang ni?” tiba-tiba muncul Datin Rafeah dari ruang tamu.
“Eh, Auntie, tak ada apa-apa. Mak Kiah ni, lambat buka pintu” sambil mencebikkan mulutnya dan memandang sinis kepada Mak Kiah.
“Dahlah Kiah. Awak ke dapur dulu. Buatkan air untuk budak ni” meluru Mak Kiah ke dapur.
“Saya nak jus oren ek Mak Kiah” celah Jazmin.
“Apa hal Jaz datang petang-petang ni? Ada janji dengan Shahril ke?” Datin Rafeah memulakan perbualan.
Jazmin tidak terus menjawab. Dia melabuhkan punggunggnya di sofa di ruang tamu itu sambil melibas-libas tangannya untuk menyejukkan badannya yang agak panas sebelum ini.
“Saya ada janji dengan abang Shahril. Dia kata nak teman saya shopping hari ni”
“Oh ye ke? Shahril tak bangun lagi kot. Dia baru balik subuh tadi”
“Subuh? Dia ke mana auntie?” berpura-pura Jazmin tak tahu.
“Dia bukan pergi dengan Jazmin ke?”
“Tak adalah auntie. Dia tak ajak pun saya kemana-mana malam tadi”
“Oh ye ke? Kata dia, dia keluar dengan Jazmin. Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan dia kot”
Jazmin hanya mendiamkan diri. Sesungguhnya dia memang sudah tahu kemana Shahril pergi malam tadi dan dengan siapa. Dia hanya berpura-pura tidak tahu kerana ingin menjaga kekasih hatinya itu dari di marahi oleh ayah dan mamanya.
“Tak apalah, biar auntie panggil dia kejap ek?”
Jazmin hanya mengiakann sahaja. Wajahnya mula berubah. Wajah yang penuh hasrat dengki mula terpancar di wajahnya kini. Dia betul-betul marah dengan sikap Shahril yang selalu mempergunakan namanya untuk menutup rahsianya.

“AWAK makan kat sini ke bungkus?” tanya Shahrul selepas mematikan injin keretanya yang di parking betul-betul di hadapan cafeteria kolej.
Rudy yang baru sahaja ingin membuka pintu kereta agak terkejut dengan pertanyaan itu.
“Bungkus kot. Sebab saya sorang kan? Takkan nak makan sorang-sorang kat sini. Tak seronoklah tak ada kawan untuk berbual nanti” jawab Rudy lembut.
“Apakata, awak teman saya makan kat sini? Tak pun kita makan kat sini sama-sama. May be, boleh kita berbual sambil makan nanti, ok tak?” cadang Shahrul yang sengaja mencari helah itu untuk dia boleh mengenali Rudy dengan lebih rapat lagi.
“Emmm…” Rudy mengelamun seketika.
“Kenapa awak tak sudi ke? Yelah saya tahu saya sedar siapa saya ni kan?”
“Bukan macam tu, saya takut ada yang marah je nanti”
“Marah?” tertawa seketika. “Siapa pulak nak marah? Saya ni single lagilah. Jangan-jangan, nanti ada pulak yang marah kat saya sebab makan dengan awak?” sambung Shahrul lagi.
“Eh kita pulak di kenakan balik?” sambil tertawa. “Bukan ke Arniza tu awek awak?”
“Oh, dia ke? Saya dengan dia kawan je. Dah lah jom makan, dah lapar gila ni”
Mereka berdua terus menuju ke cafeteria. Tiba-tiba telefon bimbit Shahrul berderig. Lantas dia menjawab panggilan itu.
“Shahrul, I ni, I nak minta maaf pasal hal malam tadi. Maafkan I ek? I terlalu ikutkan perasaan sangat. Maaf ya?” kedengaran suara manja di corong pembesar suara telefon bimbitnya.
“Dahlah I dah tak fakir pasal tu. Apa hal you call I ni?”
“I laparlah jom makan sama?”
“Sorry-lah, I busy sekarang ni. Lain kali jelah ye?” terus menamatkan panggilan.
“Siapa? Nampak macam marah je?” Rudy menanya.
“Tak ada siapa. Budak-budak tu” jawab Shahrul agak sedikit keras.
Rudy hanya mengiakannya sahaja. Malas dia nak tanya lebih-lbih takut tidak kena semena kena marah pulak dengan Shahrul. Mereka berdua terus mengambil order.

‘TUK! Tuk! tuk!’ pintu bilik Arniza di ketuk. Arniza cuba mengendahkannya. Tetapi bila di ketuk banyak kali, dia mulai fedap lantas terus membuka pintu. Fatin terpancul di depan pintu.
“Ha kau Tin, ada apa?” tanya Arniza lantas kembali ke katilnya.
“Kau kenapa ni? Macam tak bermaya je? Kau dah makan?” tanya Fatin lembut.
“Tak tahulah Tin, aku rasa aku macam nak demam je”
“Aku tahu kau kecewa dengan sikap Shahrul kan?” Fatin mengagak sambil mengusap belakang Arniza untuk menenangkannya.
“Aku tahu, mesti ada orang yang cuba nak rampas dia dari aku” Arniza mula membuat andainnya sendiri.
“Kau pasti ke? Siapa? Setahu aku, kita tak pernah pun terserempak dia dengan perempuan lain, kecuali dia dengan Nasir dengan Izat tu ja”
“Aku tahu, ada orang yang jadi penghalang aku. Aku akan cuba cari orangnya sampai dapat” Tangannya di genggan tanda geram. “Kalau aku dapat orang tu, aku akan hapuskan dia serta merta dari permukaan bumi ni. Itulah janji kau” genggaman semakin kuat. Air mata mula berlinangan.
Fatin agak terkejut dengan tindakkan Arniza itu yang berubah serta merta secara tiba-tiba. Dia tahu sikap kawannya itu kalau berdendam. Tak sedang hidup orang yang dia dendamkannya itu. Dia akan menggunakan pelbagai cara untuk membalas dendamnya itu.
“Kau tahu ke siapa dalangnya?” Fatin ingin kepastian.
Arniza hanya mendiamkan diri dan mengelamun sendiri memikirkan strategi seterusnya untuk mecari siapa dalang dalam hubungan dia dengan Shahrul.
“Lapar lah jom makan” tiba-tiba sahaja Arniza bertukar mood.
Fatin terkejut seketika apabila Arniza tiba-tiba bertukar mood-nya. Hairan dan pelik bermain di wajahnya secara serentak sekarang dan mengikut sahaja kehendak Arniza. Beberapa minit kemudian mereka terus bergerak ke cafeteria kolej.

“SHAHRIL, Jazmin kat bawah tu ha. Dia tengah tunggu kau” kedengaran suara Datin Rafeah di luar pintu bilik Shahril
Shahril yang sedang menyarung boxer-nya terkejut dengan panggilan itu. “Apa ma? Jazmin? Kejap lagi Ril turun ya ma?” jerit Shahril dari dalam.
Datin Rafeah terus kembali keruang tamu.
“Mama Jaz sihat ke?” terkejut Jazmin dengan pertanyaan itu yang tiba-tiba muncul.
“Emm.. mama? Sihat. Dia kirim salam kat auntie” jawab Jazmin selamba. “Mana abang Shahril, auntie?” sambungnya lagi.
“Aril? Kejap lagi dia turunlah tu. Tengah bersiap kot?” jawab Datin Rafeah ringkas.
“Mana uncle, auntie?”
“Biasala dia tu Jaz. Hari-hari minggu macam ni, main golf lah dia dengan kawan-kawannya lah tu”
Jazmin hanya tersenyum dengan jawapan Datin Rafeah itu. Dalam hatinya dia memang tak minat nak bercakap dengan Datin Rafeah, tetapi demi kekasihnya itu dia sanggup menghipokritkan dirinya demi menjaga hati.
“Sorry saya lambat” Shahril muncul secara tiba-tiba dengan berpakaian yang cukup kemas dan segak.
“Abang. Kenapa lambat sangat? Lama Jaz tunggu tau?” jelas Jazmin manja lalu meluru dan berkepit pada Sharil.
“Apasal dengan Jaz hari ni? Gedik semacam je?” Shahril hairan dengan perubahan perangai Jazmin yang agak gedik hari ini.
“Alah, takk kan tergedik-gedik dengan kekasih sendiri tak boleh kot?”
“Kekasih? Dah lah jom gerak. Aril lapar ni, nak pergi makan dulu” terus menuju ke arah Datin Rafeah.
“Ma, kami pergi dulu” Shahril meminta izin ibunya untuk keluar. Di mencium tangan ibunya tanda restu.
“OKlah auntie, kitaorang pergi dulu ek?” dengan menyalam ala kadar dengan Datin Rafeah, Jazmin terus berlalu sambil berkepit di samping Shahril.
“Jangan ingat kau layak jadi menantu aku Jazmin” bisik di hati Datin Rafeah.

“RUDY ambik kos apa kat sini?” Shahrul bertanya sambil menyedut air sirap bandungnya.
“Em.. Civi engineering. Awak?”
“Saya ambil Mecanical Engineering”
Tanpa di sedari, peri laku mereka berdua telah di perhatikan oleh Anuar dari jauh.
“Woi, apa kau pandang ha? Sorang je?” sapa Fahmi dari belakang.
“Ku ada nampak orang lain ke selain aku dan kau kat sini?”
“Tak kenapa?”
“Dah tu kenapa kau tanya lagi?”
Terdiam Fahmi dengan ayat Anuar itu. “Boleh aku join kau?” sambung Fahmi.
“Ok jer. Aku tak kisah pun”
“Apa kau pandang ha dari tadi?” Fahmi mula menanya kerana sedari tadi Anuar asik memandang Rudy dan Shahrul yang berada di meja hujung cafeteria itu.
“Rudy pernah make up ke?” terancul soalan itu dari mulut Shahrul.
Rudy agak terkejut dengan pertanyaan Shahrul itu. Dia mengelamun seketika untuk menjawab pertanyaan itu.
“Kenapa awak tanya soalan tu?” Rudy cuba mencari kepastian apakah motif Shahrul menanya soalan itu.
“Tak jawab pun tak apa. Saya cuma tanya je. May be kalau Rudy make up mesti cantik kan?” Rudy hairan dengan pertanyaan Shahrul itu. “Ok, abaikan ja soalan itu” sambung Shahrul untuk mngelak dari mood Rudy berubah.
“Shahrul, apa yang awak merepek ni? Dah lah makan” Shahrul mengabaikan pertanyaannya tadi lantas terus kembali menyuap makanannya.

“MANALAH Rudy ni pergi. Tak balik-balik. Kena culik ke?” bisik Faizal apabila mendapati Rudy tiada di dalam bilik. Dia melangkah keluar.
“Nik, kau nampak Rudy tak?” tanya Faizal pada Nik Mikail salah seorang housemate-nya.
“Dia keluar cari makan. Kesian dia pergi sorang-sorang.kenapa kau tak temankan dia?”
“Manalah aku tahu. Dia pun keluar tak kejut aku. Tak pelah” lantas terus masuk kebiliknya.
“Faizal, kau nak keluar makan ke?” tiba-tiba Aziq menanya dari dalam biliknya. Faizal terus mengundurkan langkahnya kembali ke bilik Aziq.
“Makan apanya Aziq? Mandi pun tak lagi, kenapa?”
“Tak adalah, ingatkan nak kirim dengan kau bungkuskan makanan untuk aku”
“Wah, kau ingat aku ni apa, orang gji kau?” lantas terus meluru masuk ke biliknya.
“Hai, pondan ni pun satu, bukan nak cakap dia pergi makan. Kalau tak boleh jugak aku kirim. Leceh betullah” bisik Faizal lantas terus mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air.

“ARNIZA, itu bukan Shahrul ke?” Fatin menunjuk ke arah Shahrul yang sedang menjamah makannanya dengan seseorang.
“Mana?” tercari-cari Arniza di situ sambil melangkah perlahan ke arah cafeteria. “Siapa yang dengan dia tu?” tanyanya lagi.
“Entah, nampak macam lelaki” Fatin memberi andaian. Di sebabkan Rudy duduk membelakangi mereka. Mereka tidak dapat mengecamnya dari belakang.
“Kalau tak silap aku itu macam Rudy” sambugnya Fatin lagi.
“Sure ke tu Rudy? Shahrul kenal Rudy ke?” tanya Arniza.
“Kalau dah duduk semeja dan berbual mesra tu, takkanlah diaorang tak kenal” jawab Fatin.
“Tadi masa aku ajak makan dia kata busy, busy dengan Rudy ye? Tak guna punya jantan” Arniza cuba ingin menyerang namun ditahan oleh Fatin.
“Nanti dulu, jangan terburu-buru. Manalah tahu diaorang tengah discus pasal assignment ke? Kalau kau serang, dan kau silap siapa yang malu? Kau kan?” pujuk Fatin supaya Arniza tidak terburu-buru bertindak menyerang Shahrul dan Rudy.
Arniza mengelamun memikirkan sesuatu. Betul juga cakap Fatin itu. Kalau dia terburu-buru menyerang Shahrul dan Rudy dan di dapati mereka berbincang pasal pelajaran, dia juga yang akan mengeruhkan lagi keadaan hubungannya dengan Shahul yang sememangnya sudah goyah.
“Betul jugak kata kau Tin, aku mesti bersikap professional” belum sempat dia ingin menyapa Shahrul dan Rudy, mereka berdua mula berlalu balik ke asrama masing-masing dengan menaiki kereta Perdana V6 Shahrul.
“Kau tengok? Kan diaorang dah balik? Kita lambat. Dahlah naik kereta sama-sama. Geramnya aku, dia buat tak tahu je dengan aku” Arniza geram.
“Sabarlah Arniza, may be dia orang ada urusan kot yang membuat kan dia busy” Fatin cuba menenangkan Arniza.
“Busy apa? Bukannya dia orang sama kos? Kalau aku dapat tahu Rudy tu yang jadi dalang aku dalam hubungan aku degan Shahrul. Mati dia aku kerjakan” geram sungguh Arniza ketika meluahkan kata-kata itu.
“Dahlah, jangan fakir yang bukan-bukan. Kau ingat Shahrul tu orang yang macam tu ke? Dia tak songsanglah. Dahlah jom makan” kata Fatin membidas andaian Arniza yang sememangnya tepat.

DI sebuah restoran di KLCC, Shahril dan Jazmin telah memilih sebuah meja couple yang agak terceruk. Shahril yang telah mmilih hidangan ala barat, sedang enak menyantap makanannya manakala Jazmin hanya memesan segelas jus tembikai.
“Jaz nak tanya sesuatu kat abang boleh?” Jazmin memulakan perbualan.
Shahril yang sedang enak menyantap makanannya, hanya megiakan sahaja permintaan Jazmin itu tanpa berkata apa-apa.
“Kita dah lama kenal kan?” Shahril hanya menganggukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
“Sejak form two lagi” sambung Jazmin. Shahril masih mebisu dan masih menyumbat makanannya kemulutnya.
“Siapa Jazmin dalam hati Abang?” terpancul juga akhirnya soalan itu dari mulut Jazmin
Telah sekian lama dia memendam rasa, akhirnya hari ini dia inginkan kepastian dari Shahril sendiri, sama ada, adakah Shahril juga mempunya perasaan yang sama sepertinya.
Shahril berhenti dari menyuap seketika. Dia memandang tepat ke mata Jazmin yang sayup memancar. “Apa maksud Jaz?.” Shahril mula bersuara.
Jazmin melarikan pandangannya ke arah cawan jus tembikainya. Di kacau perlahan air itu dengan straw dan di sedut sedikit ke mulutnya. Shahril terus menanti jawapan di hadapannya.
“Jaz cuma ingin tahu. Abang anggap Jaz ni siapa selama kita bersama ni?” nada yang agak lembut yang ingin kepastian.
Shahril mula keliru dengan pertanyaan Jazmin itu. Dia meghembus nafas panjang lantas meletakkan garfu dan pisau makannya di hujung pinggan dan mengelap sedikit mulutnya yang agak comot sedikit dengan napkin yang telah di sediakan oleh pihak restaurant.
“Apa maksud Jaz ni? Cuba Jaz terangkan dengan jelas? Abang keliru dengan pertnyaan Jaz tu” Shahril kebingungan untuk menjawab pertanyaan Jazmin itu
“Terus terang Jaz cakap, Jaz cintakan abang” terhenti seketika percakapan. “Apakah abang pun cintakan Jaz?” soalan yang cukup membuatkan Shahril tesentap sekeika.
Shahril mengelamun dan tertawa seketika Jazmin hairan dengan gelagat Shahril. Shahril cuba menyusun ayat di kepalanya untuk menjawab pertanya itu. Jazmin terus menanti jawapan Shahril dengan resah.
“Dah lama ke Jaz berperasaan macam tu pada abang?” agak gembira Jazmin mendengar petanyaan Shahril itu. Namun Jazmin tidak terus menjawab, dia terus bermain-main dengan straw minumannya.
“Sejak kita kat universiti bang” jawab Jazmin lembut.
Shahril tertawa kecil dengan jawapan itu. Dia cuba memikirkan jawapan yang sesuai untuk di berikan pada Jazmin. Di hatinya, dia tidak pernah mengganggap Jazmin itu lebih dari seorang adik. Shahril mula kebingungan.
“Jaz, sebenarnya..” sambil menggenggam erat tangan Jazmin. Tersenyum Jazmin dengan perbuatan Shahril itu ke atasnya.
“Jaz dengar sini baik-baik. Abang tak pernah anggap Jaz lebih dari seorang adik.” Berderau darah Jazmin mendengar kata-kata Shahril itu dan menarik tanganya dari genggaman Shahril.
“Abang tak boleh jatuh cinta dengan orang yang abang anggap adik. Harap Jaz faham dengan perasaan abang ok?.” Berderai hati Jazmin mendengar jawapan Shahril itu.
Air matanya mula terkumpul di kelopak matanya. Dia memandang tepat ke anak mata Shahril. Air matanya terus menitik deras.
“Kenapa abang tak cakap dari dulu?” nada teresak menahan kekecewaan.
“Abang ingat, Jaz pun, cuma anggap abang ni, macam abang Jaz, tak lebih dari itu” hancur lebur hati Jazmin ketika ini. Air matanya terus mengalir deras.
“Kenapa abang buat semua ni pada Jaz abang? Kenapa?” teresak-esak Jazmin tika bekata-kata kerana menahan sedih.
“Jazmin janganlah macam ni. Tak berniat pun abang nak buat Jaz terluka. Tapi, abang memang tak boleh jatuh cinta dengan Jazmin. Sebab abang anggap Jaz ni macam adik sendiri. Harap Jaz faham dengan maksud abang dan kiat boleh terus berkawan macam biasa.” Shahril cuba menenangkan Jazmin yang agak beremosi ketika ini.
“Jaz tahu, mesti perempuan tu kan penyebabnya?.” Jazmin mula beremosi agak tinggi.
“Perempuan mana?” Shahril agak terkejut dengan pertanyaan itu.
Jazmin terus mengeluarkan gambar-gambar Shahril bersama Haznida yang di tangkap secara curi oleh spy upahannya. Bertaburan gambar itu di atas meja. Shahril terkejut lalu meneliti setiap gambar yang di beri oleh Jazmin.
“Perempuan ni kan dalangnya?!.” Jazmin meninggikan suaranya.
Shahril masih kebingungan dan hanya membisu. Semua pelanggan yang berada di restoran itu memandang ke arah mereka berdua. Shahril dan Jazmin mengendahkannya.
“Apa semua ni Jaz?” kata Shahril sambil membelek gambar-gambarnya bersama Haznida.
“Sudahlah abang, jangan nak berpura-pura dengan Jaz lagi. Hari ni abang buat Jaz macam ni. Jaz janji abang kan rasa apa yang abang buat pada Jaz hari ni. Ingat tu?!.” Tengking Jazmin pada Shahril lalau dia beredar dari restorant itu.
Shahril masih dalam kebingungan. “Jaz tunggu…” panggilan Shahril tidak diendahkan. Dia kembali meneliti gambar-gambar itu lagi.
Gambar-gambar mesranya bersama Haznida di teliti sekali lagi. Sekeping demi sekeping gambar terus di teliti. Beberapa minit kemudian, Shahril terus beredar bersama gambar-gambar itu.
Jazmin yang dalam kekecewaan terus membawa diri. Air matanya terus mengalir deras, kerana tidak dapat menahan kesedihan yang melanda di hati. Dia bertekad untuk membalas dendam setiap perbuatan Shahril keatas dirinya.

DI SATU kawasan taman yang indah. Shahrul dan Arniza duduk berdua-duan di sebuah kerusi di tepi tasik yang ada di kawasan itu. Jam di pergelangan tangan telah pun menunjukan tepat pukul enam petang.
“Apa yang you nak tanya kat I tadi?” Shahrul memulakan perbualan selepas 15 minit mereka membisu.
Arniza tidak terus menjawab, lantas terus bangun dari tempat duduknya dan menatap keindahan suasana taman petang itu.
“Cakaplah, dah nak malam ni” Shahrul mendesak.
“I nak you jujur jawab pertanyaan I ni.” Shahrul terus menunggu.
“You pernah sayangkan I?” Arniza mencari kepastian.
“Maksud you?” Shahrul betul-betul tidak memahami perasaan Arniza itu.
“You cintakan I tak?” Arniza memandang tepat ke mata Shahrul.
“Apa yang you merepek ni?.” Sambil tertawa kecil. “I cintakan you? I anggap you ni kawan I jelah. I anggap you sama macam I dengan kawan-kawan I yang lain. Kenapa you tanya I macam tu?.” Sambil tergelak kecil.
Hancur berkecai hati Arniza mendengar jawapan Shahrul itu. Dia tak sangka selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Cintanya di tolak, dia hanya terkapai-kapai mengapai cinta Shahrul yang sememangnya tidak ada untuk dirinya.
Air matanya meniti deras.
“Sampai hati you buat I macam ni? I cintakan you sejak kali prtama you ajak keluar makan. Tak ada sikit ke cinta you pada I?.” tanya Arniza sayu sambil memandang Shahril dengan penuh harapan.
“Sorry-lah Arni, masa saya ajak you keluar makan dulu tu, I Cuma berniat untuk berkawan dengan you je. Tak lebih dari itu. Tak sangka pulak you jadi macam ni, kalau I tahu..” Shahrul tidak menghabiskan kata-katnya.
“Kalau you tahu you nak buat apa? Tak nak layan I?.” Arniza meninggikan suaranya.
“I tahu, mesti ada dalangnya kan untuk semua ni?” Arniza membuat andaian sendiri.
“Dalang apa? Semua ni tak ada kaitan dengan sesiapa lah”
“Rudy, Rudykan dalangnya? Bila I ajak you keluar makan petang tadi you kata busy. Tapi I nampak you dengan Rudy tengah bermesra kat cafeteria kan? Busy konon, rupanya, busy dengan pondan” lantang Arniza melepaskan kata-kata itu dengan nada penuh kebencian.
“Hey, jangan nak libatkan sesiapa dalam hal ni ok? Hal ni tak ada kaitan dengan sesiapa. Kalau ya pun I ada apa-apa dengan Rudy tu, itu hal I. You tak ada hak nak campur. Dahlah malas I nak layan orang sakit jiwa macam you petang-petang ni.” Tengking Shahrul lantas terus beredar meninggalkan Arniza sendirian di kaawasan itu.
Air mata Arniza terus mengalir. Tergambar wajah kebencian di wajahnya. Dia bertekat akan membuat hidup Shahrul menderita seperti apa yang dia rasa sekarang. Dendam mula berputik di hatinya terhadap Shahrul. Dia tidak menyangka ini yang dia dapat setelah hampir lima bulan dia menyayangi Shahrul.

No comments: