BAB 4
"AKU nak kau buat seperti yang kita dah rancangkan. Aku tak nak rancangan kita ni gagal” tegas Arniza kepada Jamal, orang suruhannya.
Dia telah merancang untuk membunuh Rudy secara senyap. Selepas dua bulan dia berdendam dengan Shahrul kerana menolak cintanya dua belan lalu kini tiba masanya dia ingin membalas dendam.
Dia telah mengubah Jamal untuk melanggar Rudy dari belakang dan lari. Arniza juga cukup benci dann berdendam dengan Rudy kerana, sejak dua bulan lalu dia asik berkepit dengan Shahrul.
Ada ura-ura juga, Shahrul memang ada hubungan dengan Rudy. Hampir satu kolej tahu Shahrul seorang gay boy apa bila kes mereka berdua tidur bersama dalam keadaan bogel tersebar.
Semenjak kes itu sampai ke telinga Arniza, dia mula berdendam dengan Rudy. Dia memang sudah menyangka, Rudylah punca utama hubungannya dengan Shahrul berkecai, walaupun pada hakikatnya, Shahrul tak pernah sekali pun melafazkan kata cinta pada dirinya.
“Baik cik, segalanya sudah di atur” jawab Jamal angkuh.
“Dah settle kerja baru aku bayar penuh ok?”
“Ok!” perjanjian telah di persetujui.
Sekarang, hanya tunggu masa yang sesuai sahaja untuk Jamal bertindak untuk melanggar lari Rudy. Nyawa Rudy kini terancam.
“RUDY, nota kelas semalam kau ada tak?” tiba-tiba Eddy menanya dari belakang setelah kelas Puan Norma habis sebentar tadi.
“Eh, Eddy. Nota semalam, ada, kenapa?”
“Boleh pinjam tak? Semalam aku tak datang kelas” berkata sambil menunjukkan uka tidak tahu malunya.
“Itulah, ponteng lagi? Sekarang kan susah?” sambil menghulurkan nota kepada Eddy.
“Kau ni baiklah Rudy, aku suka dengan kau” lantang Eddy berkata ayat itu.
Rudy membulatkan mata memandang Eddy kerana agak terkejut mendengar kata-kata Eddy tadi.
“Suke sebagai kawanlah” menggelabah Eddy bila di tenung oleh Rudy tadi.
“Nasib baik. Kau jangan nak buat hal. Gossip aku dengan Shahrul tak reda lagi kau dah nak buat hal baru” terang Rudy yang agak kecewa kerana ada insan yang sanggup menfitnah dirinya tidur bersama Shahrul dalam keadaan bogel. Sesungguhnya gossip itu adalah fitnah semata-mata.
Rudy sangat kecewa bila cerita itu tersebar satu kolej. Ke mana dia pergi ada sahaja orang yang pandang serong. Sebelum gossip itu muncul dia sememangnya sudah lali di keji orang. Bila fitnah itu tersebar, bertambah lagilah dirinya di keji.
Ia melibatkan maruah diri. Bukan maruah dirinya sahaja, malah maruah diri Shahrul turut tercemar dengan fitnah itu. Hanya rakan-rakannya yang terdekat sahaja yang percaya akan fitnah itu adalah rekaan semata-mata.
Rakan sekelasnya, Norma, Rafiza, Syifa dan Dayah juga turut kecewa dengan Rudy akibat fitnah itu. Hampir sekelas memulaukan Rudy ketika ini. Mujurlah, Norma, Rafiza, Syifa dan Dayah dapat menerima dirinya kembali. Sedih Rudy rasakan bila memikirkan hal itu.
“Dahlah Rudy, sabar je. Penat diaorang bercakap, berhentilah nanti. Aku kan ada. Aku percaya pada kau. Walaupun cerita itu betul sekali pun aku tetap boleh terima kau. Percayalah” pujuk Eddy sambil menepuk-nepuk belakang Rudy.
“Terima kasih Eddy.” Berputik kembali senyuman di wajah Rudy apabila mendengar kata-kata Eddy tadi. Dia rasa sangat lega dapat kawan seperti Eddy. Sedang asik mereka berdua berbual berkaitan pelajaran, tiba-tiba Arniza datang menghampiri mereka.
“Rudy aku nak cakap sikit dengan kau kat belakang sekarang” pinta Arniza sinis.
Rudy tanpa berlengah terus mengekorinya. “Eddy, tunggu sekejap ek? Nanti aku datang balik” Eddy menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Sesampai di belakang dewan kuliah.
“Sebenarnya kau nak apa dari Shahrul ha?” tegas Arniza menanya.
“Apa maksud kau?” Rudy terkejut dengan soalan Arniza itu dan agak terpinga-pinga.
“Sudahlah Rudy, kau jangan nak berlakonlah. Kau rapat dengan dia sebab dia kaya kan? Kau nak tumpang kesenangan dia kan? Kau tak tahu malu ke Rudy?” sungguh tajam kata-kata Arniza sehingga membuatkan hati Rudy betul-betul terasa.
Rudy terpinga seketika. Memandang tepat ke mata Arniza dengan pandang penuh tanda tanya. Sekali sekala pandangan sinis juga terpancar di matanya.
“Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan dia kan?” kata Arniza sambil menolak-nolak bahu Rudy dengan jari telunjuknya dan memandang Rudy dengan pandanga yang penuh kebencian.
“Dah lah ke kelas hari-hari berhantar” Arniza pusing mengeliling Rudy dan kembali berdiri di hadapan mata dan memandang tepat ke muka Rudy.
“Asik berkepit je 24 jam. Kau tak malu ke orang sekeliling kata kau ni, pasangan gay? Kau tak malu ke?!” tengking Arniza. Rudy terus membisu dan membiarkan Arniza menghabiskan kata-katanya.
“Dahlah kau kikis harta dia, kau menyusahkan dia, kali ni kau malukan dia pulak dengan buat perkara tak senonoh. Tidur bogel dengan dia. Kau tak malu ke?! Kalau kau tak tahu malu pun, janganlah malukan dia, kesian dia, tak pasal-pasal menanggung malu sebab kau.” sambung Arniza lagi dengan nada yang agak tinggi. Rudy tidak dapat menahan kemarahan lagi bila mendengar kata-kata Arniza tadi.
“Hey perempuan, cakap tu baik-baik sikit ya?” Rudy memandang tepat ke arah mata Arniza. Arniza meperlekehkan pandagan itu.
“Suka hatilah kau nak cakap apa, yang penting benda-benda yang kau cakap tu satu pun tak boleh percaya” berkata dengan penuh perasaan marah.
“Tentang fitnah tu..” tidak sempat Rudy menghabiskan kata-katanya, Arniza menyangkal.
“Fitnah kau kata? Hello?, dah heboh satu kolej kau kata fitnah? Buktinya, gambar-gambar kau tengah bermesra dengan Shahrul dah tersebar kat internet tau?”
“Aku tahu, semuanya mesti ada kaitan dengan kau kan? Ingatlah sikit, orang yang buat fitnah ni dosanya sama macam mambunuh” sangkal Rudy lalu beredar.
“Kalau aku nak buat hal pun aku tak akan cari budak kolej ni. Terima kasih lah atas kata-kata kau tadi ek? Perempuan murahan.” Sambung Rudy lalu beredar dengan perasaan yang cukup marah dan bercampur kecewa.
“Hey, kau tu yang dasar pondan tak guna!!” Arniza cuba menyerang Rudy, tapi sempat di tahan oleh Fatin.
“Sabarlah Arniza, ramai orang ni, nanti kau juga memalukan diri kau sendiri” pujuk Fatin.
“Jaga kau Rudy, kau tak hidup lama lagi!.” Kata Arniza sambil memandang penuh dendam pada Rudy dari jauh.
Fatin agak terkejut dengan kata-kata Arniza itu. “Apa maksud kau Arniza?” Arniza tidak mejawap pertanyaan itu. Fatin mengabaikannya.
“Kenapa Rudy?” Eddy menanya selepas Rudy kembali ke tempat duduknya tadi dengan muka yang agak monyok.
“Tak ada apa-apalah Eddy, aku nak balik. Kalau kau dah abis guna nota aku tu, kau bagi balik kat aku ek? Kalau boleh cepat sikit, aku nak gun lagi nota tu.” Rudy terus berlalu pergi meninggalkan Eddy. Eddy sedikit terpinga dengan perubahan Rudy secara tiba-tiba.
ANUAR membuka tingkap biliknya. Dia memandang pemandangan kawasan persekitaran blok asramanya. Merenung dan memikirkan sesuatu. Wajah penuh kecewa terpancar di wajahnya.
“Hai Nua, monyok je kenapa? Kau sakit ke?” tanya Amir roommate-nya.
“Kau percaya ke cerita Shahrul dengan Rudy tu?.” Anuar menanya Amir untuk mendengar pendapat roommate-nya itu.
“Kau monyok sebab fakir benda ni ke Nua?.” Anuar tersentap dengan pertanyaan Amir itu.
“Em.. aku Cuma nak tahu pendapat kau je Mir.” Jawab Anuar agak gagap kerana ingin menutup kegelisahan di hatinya.
“Em… ntah. Kalau ikutkan gambar-gambar yang kat internet tu macam betul je?” lantang Amir berkata.
Anuar hanya mendiamkan diri dan menerima jawapan Amir itu sebolehnya.
KATA-KATA Arniza tadi masih terngiang-ngiang di kepala Rudy. Dia rasa bersalah pada Shahrul. Dia menganggap dirinya punca utama gossip fitnahnya dengan Shahrul tercipta.
Dia betul-betul tidak menyangka, kemesraan dan keakrapan dia dengan Shahrul ada yang iri hati dengan hubungan itu. Dia membuat keputusan untuk cuba menjauhkan diri dari Shahrul. Mungkin itu jalan terbaik untuk meredakan gossip itu.
Hatinya terus merintih kecewa. Kata-kata Arniza tadi betul-betul membuatkan hatinya terguris. Air matanya mula terkumpul di kelopak matanya. Dan terus menitik tanpa di sedari. Di kesatnya perlahan sambil berjalan menuju ke blok asramanya.
“Rudy tunggu!” jerit Shahrul dari belakang.
Rudy terus melajukan langkahnya cuba melarikan diri dari Shahrul. Shahrul terus berlari anak mengejar Rudy. Rudy pula terus melangkah laju. Dia tidak mahu bersua muka dengan Shahrul lagi.
“Rudy nanti kenapa ni? Kenapa jalan laju sangat, awak tak dengar saya panggil awak ke?.” Shahrul mengejar lalu mencapai tangan Rudy.
Rudy mengibas tangannya supaya Shahrul melepaskan genggaman tangannya. Shahrul terus berdegil tetap memegang tangan Rudy.
“Lepaslah, sakit tau tak?.” Pinta Rudy agak keras. Namun Shahrul tetap berdegil.
“Kenapa dengan Rudy hari ni? Apa salah saya sampai Rudy marah sangat kat saya ni? Cuba cakap?” pujuk Shahrul lembut sambil memegang kedua-dua bahu Rudi dan memandang tepat ke mata Rudy.
Rudy cuba melarikan pandangan.
“Awak, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?” Rudy berkata lembut.
“Apa dia?” tersenyum manis Shahrul menunggu pertanyaan Rudy.
“Mulai hari ni, saya nak awak jangan kacau saya lagi boleh?”
“Tapi kenapa?” Shahrul mengerutkan dahinya dan membulatkan matanya ke arah Rudy kerana agak terkejut dengan permintaan Rudy itu.
“Tapi kenapa? Kenapa ni Rudy?” berderai air mata Rudy menitik bila mendengar kata-kata Shahrul itu.
Rudy terus membisu menahan kesedihan dan kekecewaan dalam satu masa yang sama. Berkecai hatinya bila mengingatkan kembali kata-kata Arniza tadi.
“Saya sayang awak Rudy, saya sayang sangat kat awak.” Terpancul kata-kata itu dari mulut Shahrul. Sungguh ikhlas dia meluahkan ucapan itu.
Rudy terkesima dengan kata-kata Shahrul itu. Dia memandang tepat ke wajah Shahrul. Dia betul-betul tidak menyangka Shahrul sanggup melepaskan kata-kata itu padanya. Dia tidak pernah menaruh perasaan apa-apa pada Shahrul.
“Apa awak cakap ni? Awak gila ke?.”
“Betul awak, saya memang betul-betul sayang ka awak. Dah lama saya nak luahkan pada awak tapi saya takut awak tolak cinta saya?” terkesima sekali lagi Rudy mendengar kata-kata Shahrul itu.
“Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?.” Rudy cuba menyedarkan Shahrul.
“Ya, saya sedar. Mesti awak terkejut kan dengan naluri saya? Saya suka insan seperti awak. Insan pertama yang seperti awak yang saya sayang adalah awak, kalau boleh saya nak awak yang pertama dan terakhir bagi saya”
Sayup hati Rudy mendengar kata-kata Shahrul itu. Tidak pernah seorang pun yang pernah meluahkan perasaan padanya seikhlas Shahrul. Hatinya berbelah bagi untuk memberi jawapan.
“Baiklah, kalau awak sayangkan saya, awak jangan ganggu hidup saya lagi” kata-kata Arniza tadi mendorong dia berkata begitu.
Shahrul terkejut dengan permintaan Rudy itu. Dia tidak dapat menerima. Hatinya mula berderai hancur.
“Kenapa awak buat saya macam ni?” air mata Shahrul mula berlinangan. Mereka yang ada di sekeliling mereka berdua hanya mampu melihat perbuatan mereka tanpa berkata apa-apa.
“Awak sayang saya tak?” Rudy menanya kembali ingin kepastian.
“Sayang, tapi saya tak boleh berpisah dari awak” Rayu Shahrul.
Shahrul menarik tangan Rudy yang cuba melarikan diri darinya.
“Lepaslah, saya beri amaran pada awak ya? Jangan ganggu hidup saya lagi mula dari hari ini dan saat ini!” tengking Rudy memberi amaran.
Shahrul cuba mengejar, tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Iswara putih meluru laju kearah Rudy dari belakang. Shahrul cuba memanggil Rudy, namun Rudy tidak mengendahkan panggilan itu.
Kereta itu semakin menghampiri Rudy. Shahrul terus berlari mengejar Rudy. Belum sempat kereta itu melanggar Rudy, Shahrul terus menerkam Rudy ke tepi jalan. Shahrul sempat menyelamatkan Rudy dari di langgar kereta tadi.
Bergolek Rudy dan Shahrul di tepi jalan. Kereta itu terus beredar terus meninggalkan mereka berdua.
“Tak guna, tak kena” Kata Jamal sambil menghentak staring kereta Proton Iswara putihnya. Dia pasti akan kena marah dengan Arniza kerana tidak melaksanakan kerjanya dengan betul.
“Shahrul, awak tak apa-apa?” risau Rudy sambil memberi pertolongan pada Shahrul yang mengerang kesakitan.
“Tangan, tangan saya” ngerang Shahrul sambil menggerakkan tangan kirinya. Tangan kirinya di rasakan teramat sakit.
Pelajar-pelajar kolej yang lain yang berada di sekitar kawasan itu bergegas menolong mereka berdua.
“Tangan dia patah, cepat bawa dia ke hospital” kata salah seorang pelajar yang menolong Shahrul sambil memimpin Shahrul.
“Saya nak ikut hantar dia ke hospital” pinta Rudy yang agak risau dengan keadaan Shahrul.
Shahrul memandang Rudy yang teresak menangis sambil tersenyum. Sepanjang perjalanan ke hospital, Rudy telah memangku Shahrul. Di sebabkan tulang tangan Shahrul retak agak teruk, dia terpaksa di tahan di wad selama tiga hari.
“KAU nak kemana Reza?.” Tannya Hamdan setelah terserempak dengan Reza ketika dia ingin pulang ke asramanya.
“Balik asramalah, kemana lagi?.” Angguh Reza menjawab. Reza tidak berapa suka dengan Hamdan yang selalu menyebelahi Rudy jika mereka bedua bercakap tentang Rudy.
“Betul ke cerita Rudy dengan Shahrul tu?” Hamdan menanya inginkan kepastian kerana setahunya, Rezalah yang lebih tahu tentang cerita itu kerana sebelum ini, dialah yang mengheboh-hebohkan pada budak-budak kolej yang lain.
Reza memandang sinis pada Hamdan sambil tertawa kecil. Dia tidak terus menjawab soalan itu, dia mengalihkan pandangan kearah lain lalu terus berlalu jalan meninggalkan Hamdan.
“Aku tanya kau ni, betul ke cerita tu?” Hamdan memaksa sambil mengejar Reza di hadapannya.
“Kau tak tengok ke gambar-gambar dia kat internet? Lagi pun aku nampak sendiri dengan mata aku dia orag selalu berdua-duaan dalam bilik. Nak bukti apa lagi?.” Jawab Reza agak keras.
“Tapi aku tengok gambar-gambar tu, macam gambar tampal je? Aku tahu ada yang cuba nak khianat pada mereka berdua kan? Bodoh betul budak yang buat cerita palsu tu kan? Apalah faedahnya buat fitnah kat orang. Cubalah kalau dia belajar rajin-rajin ada jugak faedahnya. Bodoh betul.” Selamba Hamdan melepaskan kata-kata itu untuk mengenakan Reza. Dia mengagak Rezalah dalang dalam kes fitnah itu.
“Hey, cakap tu baik-baik sikit ya? Jangan ikut sedap mulut je?!” tengking Reza.
“Yang kau nak marah apa hal? Kau ke yang buat cerita tu?.” Hamdan cuba membuat Reza mengaku.
“Yelah, gaya kau cakap macam kau nak salahkan aku je. Macam, kau tuduh aku je yang buat fitnah tu” nada agak ketakutan. Reza mula dapat mengagak yang Hamdan telah mengesyaki dia.
“Aku ada sebut nama kau ke? Hanya orang yang bersalah je yang akan mengelabah. Tak apalah, suatu hari nanti, tahu jugak siapa yang buat fitnah tu. Tunggu jelah. Masa tu, dah tak ada gunanya lagi dia nak minta maaf tau?.” Hamdan cuba menakutkan Reza.
“Oklah, aku mengaku, sebenarnya cerita tu tak betul. Gambar tu aku ambik kat internet aku tampal je muka diaorang. Puas hati?.” Mengaku juga akhirnya Reza atas apa yang dia buat ke atas Rudy dan Shahrul.
“Dah agak dah. Apa motif kau buat semua tu Reza?.” Tekaan Hamdan sememangnya tepat.
“Aku geram dengan Rudy tu, ramai yang suka dia. Buat macam mana pun orang puji je dia. Walaupun ada yang keji tapi yang puji dia lebih ramai.” Reza berkata dengan nada yang penuh kecewa.
“Itu masalah kau dengan Rudy, yang kau babitkan Shahrul kenapa? Tak pasal-pasal dia dapat malu tau?.”
“Sebenarnya, aku suka kat Shahrul. Aku cemburu setiap kali tengok mereka selalu bersama.”
“La, pasal tu je kau buat mereka malu? Sedarlah sikit Reza, cinta tak boleh di paksa. Apa yang kau perlu buat sekarang. Kau minta maaflah kat diaorang sebelum terlambat.” Kata Hamdan sambil menepuk bahu Reza dan terus belalu pergi. Reza mengelamun seketika memikirkan sesuatu.
Itulah sikap Reza yang tidak pernah puas hati dengan rakan-rakannya terutama Rudy. Dia cukup cemburu dengan Rudy dan rakan-rakannya. Dia juga betul-betul marah pada Rudy kerana terlalu rapat dengan Shahrul.
Puas dia menggedik dengan Shahrul, namun Rudy juga yang di layan. Tak ramai yang suka perangai Reza yang penuh dengan hasrat dengki dan khianat. Hamdan tidak menyangka, cerita tentang Rudy dan Shahrul adalah rekaannya.
“ARNIZA! Tunggu!.” Jerit Fatin pada Arniza yang sedang menaiki tangga admin untuk ke perpustakaan.
“Kau kenapa ni?” tanya Arniza agak risau melihat kawannya Fatin yang tercungap-cungap memanggil namanya.
“Kau tahu tentang Shahrul?.” Tanya Fatin tercungap-cungap.
“Kenapa dengan Shahrul? Cakaplah?.” Arniza mula cemas bila mendengar nama Shahrul di sebut oleh Fatin.
“Dia excident semalam”
“Excident?! Teruk ke? Kat mana dia sekarang?” Arniza betul-betul cemas dan mula menggelabah.
“Tak tahulah, dengar cerita di masuk hospital, kena tahan kat wad”
“Ye ke? Jom kita pergi hospital” gegas Arniza dan Fatin ke hospital.
Arniza betul-betul cemas dan terkejut dengan berita itu. Walaupun dia ada perasaan benci pada Shahrul pada dirinya, namun dia tetap mangambil berat pasal Shahrul kerana, dihatinya masih ada perasaan sayang pada Shahrul.
“Kenapa dengan Arniza dengan Fatin tu? Kelam kabut je aku tengok?” tanya Anuar pada Shahmi.
“Nak pergi hospital lah tu?” jawab Shahmi.
“Hospital? Buat apa?” terkejut Anuar mendengar jawapan ringkas Shahmi itu.
“Kau tak tahu ke? Semalam Shahrul dengan Rudy excident, sikit je lagi nak kena langgar dengan kereta” terang Shahmi.
“Rudy excident?! Teruk ke dia orang?” Anuar mula mnggelabah.
“Rudy tak ada apa-apa. Cedera ringan je. Shahrul lah yang teruk. Dengar cerita patah tangan”
“Nasib baik” Anuar menarik nafas lega apa bila mendapat tahu Rudy tidak cedera teruk dalam kemalangan itu.
“Kenapa kau risau sangat pasal Rudy ni?” tanya Shahmi yang agak hairan melihat Anuar yang begitu ambil berat tentang Rudy.
“Tak ada apa-apalah” Anuar cuba mengelak dari menjawab soalan itu lalu terus beredar.
SHAHRUL telah di letakkan di wad pesakit luar. Tangan Kirinya kini sudah di simin. Keseorang dia di wad itu tanpa berteman. Termenung sendirian sambil berbaring.
Tiba-tiba Rudy datang menghampirinya dalam keadaan sedih dan berlinangan air mata. Bertambah sedih lagi apabila dia melihat Shahrul yang kini tangan kirinya terpaksa di simin gara-gara untuk menyelamatkan dia dari kemalangan.
Shahrul berpura-pura tidur. Rudy meletakkan sebungkus buah epal di sebuah meja di sisi katil Shahrul. Air matanya terus mengalir deras bila melihat keadaan Shahrul. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi berhampiran dengan katil Shahrul.
Rudy menatap penuh wajah Shahrul yang sedang tidur. Dia mencapai tangan kanan Shahrul. Dia menggenggam erat jari jemari Shahrul. Air matanya terus mengalir deras.
“Maafkan saya awak. Saya tak berniat nak menolak cinta awak. Tapi…” Air matanya terus mengalir deras. Teresak seketika. Tangannya terus menggenggam erat jemari Shahrul.
“Saya tak sanggup nak buat awak malu lagi. Saya tak nak awak malu dan di keji hanya kerana saya. Saya tak nak semua tu berlaku sebab saya” sambungnya lagi. “Saya juga sayang kan awak tapi…” tersekat di situ seketika. Shahrul yang sedang berpura-pura tidur terus menanti kata-kata Rudy itu dengan resah.
“Saya takut, saya akan kecewakan awak” air matanya terus menitik laju. “Maafkan saya awak, sebab saya awak jadi macam ni. Saya tak berniat nak buat awak kecewa. Selepas kajadian ini, baru saya tahu, awak memang betul-betul ikhlas dengan saya. Saya pun sebenarnya sayang kat awak” sambil menggenggam erat jemari Shahrul dan dia menciumnya seketika.
“Saya pun sayang awak Rudy, sayang sangat” tiba-tiba Shahrul bersuara.
Rudy agak terkejut bila mendengar tiba-iba Shahrul bersuara. Dia terus melepaskan genggaman tangannya. Shahrul terus tergelak kecil melihat gelagat Rudy. Rudy segera mengesat air matanya lalu tertawa kecil. Merah padam mukanya menahan malu.
Shahrul terus mencapai tangan Rudy, di genggam dan di cium tangan itu sepuasnya.
“Awak tahu kenapa saya buat semua ini pada awak?.” Tanya Shahrul sambil membelai tangan Rudy. Rudy hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
“Sebab saya sayang kat awak. Saya akan sedaya upaya melindungi awak. Saya tak nak orang yang saya sayang terancam.” Rudy terharu bila mendengar kata-kata Shahrul itu.
Didalam hatinya sentiasa berbelah bagi sama ada ingin menerima atau tidak cinta Shahrul itu yang sememangnya tulus ikhlas dari hatinya. Apa yang pasti, di hati Rudy, ada insan lain yang lebih dia syangi selain Shahrul.
“Nak makan epal boleh?” pinta Shahrul manja secara tiba-tiba.
“Ambiklah sendiri atas meja tu” jawab Rudy.
“Alah, tangan saya kan patah? Macam mana nak makan sendiri?”
“Eleh, mengada-ngada. Oklah saya potongkan untuk awak”
“Janganlah marah. Apa salahnya saya nak bermanja-manja dengan awak, orang yang saya sayang” manja Shahrul berkata-kata. Rudy hanya menuruti sahaja kehendak Shahrul.
Dia lakukan semua itu hanya kerana ingin membalas budi Shahrul yang sanggup membahayakan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan dirinya. Rudy berasa dia terhutang nyawa pada Shahrul.
“APA kau buat ni ha bodoh?! Kerja senang macam tu pun kau tak boleh buat ke? Kata professional?!” tengking Arniza pada Jamal melalui panggilan telefon.
“Maafkan saya cik, semalam saya hampir-hampir nak langgar dia, tiba-tiba ada seorang budak lelaki selamat kan dia” jawab Jamal gagap kerana agak ketakutan.
“Di sebabkan kau tak buat kerja kau dengan betul, bayaran untuk separuh lagi aku tak akan bayar buat masa sekarang, selepas kau habis buat kerja kau dengan betul mengikut apa yang kita rancangkan baru aku bayar, faham?!” tegas Arniza pada Jamal.
“Baik cik” Jamal mempersetujui kata-kata Arniza.
“Aku nak, kau buat lagi sampai dia mati faham?!” tengking Arniza.
“Baik cik” jawab jamal selamba.
Tanpa di sedari, perbualan mereka telah di dengari oleh Fatin di luar bilik Arniza. Fatin terkejut bila mendengar perbincangan Arniza dan Jamal sebentar tadi. Dia betul-betul tidak menyangka, kejadian itu adalah rancangan Arniza.
“Arniza, kau dah siap ke?” sapa Fatin berpura-pura tidak tahu apa-apa.
“Dah, jom pergi” Arniza terus mencapai tas tangannya dan terus berlalu untuk ke hospital untuk melawat Shahrul.
“SEDAP tak?” tanya Rudy sambil menyuap sepotog epal ke mulut Shahrul.
“Nyum.. mestilah sedap.” Jawab Shahrul sambil mengunyah epal yang di suap oleh Rudy tadi.
“Shahrul, kau taka apa-apa ke nak?” tiba-tiba Datin Rafeah dan Datuk Hamid muncul.
Segera Rudy bangun dari tenpat duduknya dan terus berdiri jauh dari katil Shahrul untuk memberi laluan pada keluarga Shahrul sebagai tanda hormat pada mereka ahli keluarga Shahul.
“Tak ada apa-apalah mama, patah tangan sikit je” jawab Shahrul manja.
“Patah tangan Shah kata sikit? Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Datin rafeah agak risau.
Shahrul tidak terus menjawab, dia memndang tepat ke arah Rudy. Rudy cuma menundukkan kepalanya apa bila di pandang oleh Shahrul.
“Shahrul tak toleh kiri kanan masa melintas jalan semalam” jawab Shahrul.
“Tulah, ada mata letak kat lutut, kan dah susah?” tertawa kecil Shahrul bila mendengar kata-kata ibunya itu.
“Lain kali hati-hati sikit. So, macam mana nak ke kelas lepas ni?” sampuk Datuk Hamid.
“Shahrul boleh jalan kaki. Tak kisah. Oh lupa, kenal kan, kawan Shah, Rudy” Shahrul memperkenalkan Rudy pada ahli keluarganya.
Rudy menyalam Datuk Hamid dan Datin Rafeah dengan penuh hormat. Datin Rafeah hanya menjeling sinis sahaja pada Rudy, Rudy perasan akan jelingan itu lalu menundukkan muka tanda hormat pada orang tua.
“Assalamualikum” tiba-tiba Shahril muncul untuk melawat Shahrul.
Rudy agak terkejut dengan kemunculan Shahril secara tiba-tiba. Dia cuba memalingkan muka dari Shahril. Tanpa berlengah dia terus meminta diri untuk pulang.
“Dah nak balik dah, awal lagilah” pinta Shahrul.
“Petang ni saya ada discussion berkaitan dengan assignment saya” terang Rudy yang hanya mereka alasan itu untuk mengelak dari bersua muka dengan Shahril.
“Saya balik dulu dantin, datuk” Rudy meminta diri sambil menhulurkan salaman kepada Datuk Hamid dan Datin Rafeah.
“Kenalkan abang, ini kawan saya Rudy” Shahrul memperkenalkan Rudy pada abangnya Shahril.
Rudy agak terkejut dan menyalam Shahril. “Rudy, saya minta diri dulu ya?” sambung Rudy.
“Shahril” Shahril memperkenalkan dirinya dan menyambut salaman Rudy.
Shahril merenung wajah Rudy, dan menghayati suaranya. Seolah-olah dia pernah mendengar suara Rudy dan pernah melihat wajah itu. Shahrul menjeling sambil tersenyum. Shahril memahami akan tenungan sinis itu.
“Budak tu laki ke perempuan? Lembut semacam je?” tanya Datin Rafeah apa bila mendapati kelakuan Rudy agak lembut.
“Itu tak penting mama, yang penting dia baik. Dialah yang jaga Shah sepanjang malam tadi” Datin Rafeah terus menjeling ke arah Datuk Hamid dengan jelingan yang penuh seribu andaian.
Shahril hanya mampu tersenyum memandang adiknya itu. Dia dah dapat memahami isi hati adiknya itu. Hanya nereka berdua sahaja yang tahu isi hati masing-masing.
Beberapa minit kemudian Datuk Hamid dan Datin Rafeah meminta diri kerana Datuk Hamid terpaksa bertolak ke Singapura kerana ada hal syarikat yang perlu di settle kan.
“Dia ke budaknya?” terpancul soalan itu dari mulut Shahril selepas mama dan papanya beredar dari wad itu.
Shahrul agak terkejut dengan pertanyaan itu. Dia tak terus menjawab. Dia hanya tersenyum sambil mengunyah buah epal di mulutnya.
“Alah, dengan abang pun nak berahsia ke?”
“Apa pendapat abang?”
“Oklah budak tu, kalau kau suruh dia drag, mesti cantik punya. Tapi tak boleh kalahkan awek abanglah” sambil tertawa.
“Kau dah couple dengan dia ke belum?” sambung Shahril lagi.
Tersedak Shahrul mendengar kata-kata Shahril itu. “Dah, baru je tadi dia terima cinta saya pada dia. Sebab excident nilah dia terima. Kalau tak, tak dapatlah sampai sekarang” tertawa lagi.
“O… inilah hikmah excident ni ya? Bagus, macam ni lah adik abang” puji Shahril pada adiknya.
Tanpa di sedari, perbualan mereka telah di dengari oleh Arniza dan Fatin di luar wad. Menyirap dan berbaur kecewa di hatinya. Bungkusan oren di tangannya terlepas kerana terlalu kecewa.
“Tin, aku nak balik” pinta Arniza dan terus meluru lari keluar dari hospital itu dengan perasaan penuh kecewa.
Fatin mengutip oren yang bertaburan di lantai dan terus mengekori Arniza yang yang berlari meninggalkannya.

No comments:
Post a Comment