Thursday, November 30, 2006

Dua Wajah [Bab 1]


BAB 1





"TAK KAN mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian….” Kedengaran lagu Seindah Biasa dendangan artis terkemuka Malaysia Siti Nurhaliza, di corong radio bilik Rudy. Rudy yang sedang bersiap untuk ke kelas asyik berangan di depan ceremin sambil mencalitkan lip balm di bibirnya dan menempek tipis compact powder di mukanya. Faizal rakan sebiliknya, terus membuta. Walaupun bilik itu gamat dengan lagu Siti Nurhaliza, ia sedikit pun tidak mengganggu lenanya.
“Hai, pondan ni. Radio punyalah kuat aku pasang dia tak sedar langsung ke?” rungut Rudy apa bila melihat rakan sebiliknya terus membuta walau pun sudah di kejutkan beberapa kali sebelum ini.
“Faizal aku nak pegi kelas ni, bangun kau tu ada kelas pukul sebelas nanti. Jangan telajak pulak. Bangun!” kali ini Rudy mengejut Faizal agak keras. Begitulah rutin hidupnya setiap hari. Mengejut rakan sebiliknya yang liat untuk bangun pagi. Namun kejutan itu tidak berkesan untuk Faizal. Kadang-kala, Rudy naik bosan dengan rutinnya itu.
Sebelum melangkah keluar, sempat juga dia menyembur perfume di tubuhnya supaya berbau indah pagi itu. Jam di tangan telah pun menunjukan tepat pukul 8.55 pagi. Bergegas Rudy keluar rumah untuk menuju ke dewan kuliah.
Cerah hari ini. Sinaran mentari sudah pun memancar menerangi bangunan dewan kuliah. Silauannya membuatkan Rudy terpaksa melindungi matanya dengan tangannya. Langkahnya terus di lajukan, kerana takut lambat ke kelas. Agak sesak jalan untuk menuju ke dewan kuliah pagi ini. Ramai juga yang terlambat.
Rudy terus melangkah laju tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya, dalam kepala otaknya sekarang, nak cepat ke dewan kuliah. Sedang asyik melangkan, tiba-tiba seseorang menyapanya dari belakang.
“Hai, mencanak nampak berjalan, kena kejar anjing ke?” suara yang cukup sinonim kedengran di corong telinga Rudy. Seperti tindakan reflek, Rudy terus menoleh kebelakang.
“Eh, Adan, ingankan siapa tadi. Sorrylah saya dah lambat ni” Rudy menjawab dalam keadaan sedikit mengah kerana penat berjalan.
“Yelah budak baik kan? Mana boleh datang kelas lambat, betul tak?”
“Bukan macam tulah, saya takut kelas dah mula. Tertinggal pulak pelajaran” jawapan yang cukup bernas dan membuatkan Hamdan terkedu seketika.
“Oklah, saya dah lambat ni, saya jalan dulu ya?” sambung Rudy. Hamdan hanya mampu mengiakannya. Hamdan terus melihat setiap lenggok Rudy berjalan sehingga hilang dari pandangannya.
“Weh kau tengok siapa tu?” Sapa salah seorang kawan Hamdan yang tiba-tiba muncul dari belakang. Hamdan terkejut dengan sapaan itu.
“Woi, kau boleh tak sapa baik-baik? Tekejut aku siot”
“Ala relax la, kau ni dengan kita orang pun kau nak marah. Macamlah kau tak biasa dengan kita orang, betul tak geng?” bidas Afiq.
“A’ah lah Dan, janganlah marah. Tadi aku tengok lain macam je kau tengok si bapok tu, apa hal?” sampuk Hazli salah seorang kawannya di situ.
“Bapok mana ni?” Hamdan blur seketika.
“Alah pondan Rudy tulah. Meyampah aku tengok. Lembik semacam je macam pompuan. Cubalah keras sikit. Dia tu lelaki, buatlah cara lelaki. Bebulu sial aku tengok dia” celah Udin.
“Biarlah dia. Dah dia pilih cara tu nak buat macam mana?. Asalkan dia tak kacau kau sudah” kata Hamdan selamba sambil bejalan menuju ke dewan kuliah.
“Kadang-kadang tu aku tengok dia tu cun jugak siot, hahahaha!” kata Afiq sambil ketawa. Rakan-rakannya yang lain turut ketawa mempersendakan kata-kata Afiq tadi kecuali Hamdan.

RUDY terus melangkah laju menuju ke dewan kuliah yang berada di tingkat dua. Sedang asyik Rudy menaiki anak tangga satu persatu, tiba-tiba, rakan sebloknya menyapa dari belakang,
“Hai Rudy, menonong nampak. Sombongnya?” sapa Amirul dari belakang. Rudy terus menoleh kebelakang sambil memberi senyuman manis kepada Amirul tanpa berkata apa-apa. Apa bila Rudy menoleh ke depan sahaja, tiba-tiba Rudy telah melanggar seorang lelaki.
Bertaburan buku dan fail Rudy di tangga. Mereka yang melalui tangga itu semuanya tertumpu pada Rudy.
“Sorry saya tak sengaja” Rudy memohon maaf kepada Anuar, lelaki yang di langgarnya tadi.
“Tak apa bukan salah awak, masing-masing tak tengok depan” kata Anuar sambil menolong Rudy mengutip fail dan buku-bukunya yang bertaburan tadi.
“Sorry tau” Rudy memohon maaf sekali lagi.
“Tak apa, nama saya….” Tak sempat lagi Anuar ingin bersalaman tanda perkenalan, Rudy terus beredar meninggalkannya. Anuar terus meneruskan perjalannannya untuk ke cafeteria kolej.

“MANA ni, lambatnya” Arniza merungut.
“Kau janji dengan dia pukul berapa Niza?” Tanya rakannya Fatin.
“Aku janji dengan dia pukul 9 pagi. Sekarang dah sembilan setengah tak sampai lagi ni. Takkan tidur mati kot” Arniza mulai risau. Kelasnya sudah pun bermula setengah jam yang lalu. Namun teman lelakinya Shahrul tidak memunculkan dirinya lagi untuk menghantarnya ke dewan kuliah. Tiba-tiba handphone Arniza berbunyi lantas di jawab panggilan itu.
“Ha call pun. Awak kat mana ni? Apsal awak tak ambik I lagi? Dah lambat ni. I nak pergi kelas ni” meluru Arniza menanyakan soalan.
“Sorry, I ada hal. I kat Seremban ni, hantar membe kejap. You pegilah dulu ya? I lambat lagi ni” berdesing telinga Arniza mendengar kata-kata Shahrul itu.
“Shah, saya dah lambat ni…” belum sempat Arniza menghabiskan kata-katanya, Shahrul terus menamatkan panggilan.
“Dia end call, e… geramnya. Kalau ya pun tak dapat ambik inform lah awal-awal, menyusahakan orang je. Tak guna betullah ada pakwe macam ni, buat sakit hati je. Malas lah aku nak pegi kelas” bentak Arniza kerana kebengangan.
Fatin yang berada di sebelahnya terdiam apabila melihat kawannya itu mulai marah. “So sekarang macam mana? Nak pegi kelas ke? Dah lambat ni” kata Fatin. Ini bukan kali pertama dia melihat kawannya marah, sudah banyak kali Arniza marah kerana teman lelakinya Shahrul yang kadang kala bersikap sambil lewa terhadap kekasihnya itu.
“Sorrylah Tin, aku tension lah sekarang. Kau kalau nak pegi kelas pegilah. Aku dah tak ada mood lah” jawab Arniza lantas terus balik blok asramanya. Manakala Fatin, blur seketika. Jam di pergelangan tangan dah pun menunjukan pukul 9.50 pagi, dah 50 minit masa kuliah berlalu. Alang-alang dah lambat, Fatin juga mengikut langkan Arniza balik ke bloknya. Mereka berdua tidak menghadiri kelas Madam Normaiza pagi itu.

“OK class, that’s all for today. Jangan lupa beli nota saya untuk hari ini di kedai fotostat depan cafeteria tu ya?. Bukan apa, saya takut awak ambil lambat dah habis pula. So, pastikan note awak setiasa di up great kan ok? Mana yang dapat menyalin tadi baguslah, saya rasa awak lebih faham apa yang saya ajar hari ini berbanding mereka yang ‘makan suap’ je betul tak? Oklah kamu semua boleh beredar sekarang” pesan Madam Normaiza kepada students nya.
“Rudy, kau nak pegi mana lepas ni?” Tanya Norma salah seorang rakan baiknya di kelas itu.
“Korang nak pegi mana lepas ni” Rudy menjawab dengan pertanyaan balik.
“Cafeteria, nak bungkus je. Malas nak makan kat situ. Banyak sangat lalat” jawab Norma yang kurang suka makan di cafeteria kerana ada sesetengah pelajar lelaki yang suka duduk melepak di situ sambil mengacau pelajar-pelajar perempuan yang lalu di situ.
“Kalau macam tu, aku teman kan korang jelah ek? Aku tak makan, awal lagilah” Norma bersetuju dengan jawapan Rudy itu. Tiga lagi rakannya, Syifa, Rafiza dan Dayah pun bersetuju dengan cadangan Norma itu.
“Kalau macam tu, jomlah kita gerak. Tak pasal-pasal ada juga yang mati kebuluran kat sini” gurau Rudy.
“Engkau mulut, celupar hek?” Celah Rafiza.
“Rudy, kau dah siap ke assignment CECA?” Tanya Dayah sekali gus menukar topic perbualan.
“Belum, tengah dalam proseslah ni” jawab Rudy. Mereka terus berborak kosong sambil menuju ke cafeteria.

“WOI, mana Shahrul ni, apsal lambat hari ni?” Tanya Nasir kepada rakan-rakannya yang lain. Cafeteria kolej ketika itu agak sesak. Masing-masing sedang sibuk mengisi perut. Beberapa minit kemudian, sebuah kereta Perdana V6 hitam meluncur laju menuju ke cafeteria itu.
“Ha, panjang pun umur dia” kata Izat apabila terlihat kereta Shahrul mula menyusur menuju ke cafeteria itu.
Injin kereta di matikan. Shahrul mencapai cermin mata hitamnya yang berada di poket bajunya lalu dipakainya menutupi matanya. Dengan cermin mata hitam itu dia melindungi matanya dari silauan terik cahaya matahari. Shahrul membuka pintu keretanya lantas melangkah keluar.
Hampir semua yang berada di cafeteria itu tertumpu kepada Shahrul. Dengan mengenakan kemeja ketat hitam dan di lipat lengan baju hingga ke siku, berseluar sleek hitam dan berkasut kulit hitam, menarik perhatian wanita yang berada di cafeteria itu. Dengan rambut spiky dan agak keperangan menambahkan lagi kekacakkan wajahnya yang sememangnya kacak sehingga di gilai ramai pelajar perempuan di kolej itu.
“Hai geng sorry lah lambat. Ada hal sikit tadi” sapa Shahrul.
“Eleh, ada hal ke, sibuk layan bini?” celah Izat.
“Wo, tak ada maknanya aku nak berhal dengan awek beb, bukan ada faedah pun. Lagi pun aku ni kan single, mana ada awek” jelas Shahrul.
“Blahlah Rul, tak ada awek konon. Arniza tu siapa? Tak kan tempat lepas-lepas gersang kot?” Tanya Nasir hairan sambil tergelak kecil.
“Niza tu awek aku? Tolong sikit ok? Aku dengan dia biasa-biasa je. Dia yang lebih-lebih. Aku layan je” jelas Shahrul agak tegas.
Tidak sedikit pun ada rasa sayang atau kasih pada Arniza di hati Shahrul. Pada dia Arniza hanya sekadar kawan, kerana dia terlalu baik padanya. Manakala Arniza, disebabkan Shahrul melayan karenahnya, dia beranggapan yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi hakikatnya Shahrul tidak pernah membalas cintanya.
Beberapa minit kemudian, sedang asyik Shahrul dan rakan-rakannya berborak sambil menjamah makanan masing-masing, cafeteria itu di gamatkan lagi dengan kehadiran Rudy yang sedang berjalan menuju ke cafeteria itu. Nasir tak berkelip mata melihat Rudy yang sedang malangkah perlahan menuju ke cafeteria itu bersama, Norma, Syefa, Rafiza dan Dayah.
“Apa kau tengok tu Sir?” Tanya Shahrul apa bila dia melihat Nasir tidak berkelip mata melihat seseorang.
“Cun siot” Jawab Nasir sambil memandang tepat kearah Rudy.
“Siapa?” Shahrul menanya lagi mencari kepastian.
“Tu ha, pondan kolej ni. Nasir tergila-gilakan dia. Punyalah ramai perempuan kat kolej ni, si pondan jugak dia nak” jawab Izat sambil memuncungkan mulut kearah Rudy yang sedang asyik berborak bersama rakan-rakannya.
Shahrul cuba menoleh mencari, berpusing-pusing kepala mencari di manakah pondan yang bernama Rudy itu. “Tu la, yang duduk sebelah perempuan tudung putih tu. Lelaki yang lembut-lembut tu. Itulah Rudy. Cun kan?” Nasir berkata sambil menunjuk kearah Rudy.
Shahrul terus mencari. Matanya sudah memandang tepat kearah Rudy sekarang. Tidak berkelip mata memandang wajah Rudy. Mata Rudy yang cantik, wajah yang manis, berhidung kemik dan berbibir merah bak delima merekah menarik perhatian Shahrul. Ditambah dengan lesung pipit menarik lagi hati Shahrul.

“RUDY, kenapa budak lelaki tu asik pandang kau je?” Tanya Dayah apabila dia menyedari Shahrul merenung lama kearah Rudy. Begitu juga dengan Nasir.
“Mana?” Rudy mencari-cari budak lelaki yang di katakana oleh Dayah tadi. Selepas matanya merayau-rayau mencari lelaki itu, akhirnya jumpa juga. Kini mata bertentang mata di antara mata Rudy dan Shahrul. Pada masa yang sama Nasir juga turut merenung Rudy.
“Aku rasa dia tenung koranglah. Hahaha” kata Rudy sambil tergelak kecil. Shahrul dan Nasir terus merenung Rudy. Rudy memandang kembali kearah dua jejaka itu. Dia mulai hairan kenapa Shahrul dan Nasir asik merenungnya sedari tadi. Rudy membalas renungan tiu dengan senyuman lantas terus berpaling pandangan kepada rakan-rakannya.
“Kau senyum kat diaorang ke? Ko gila ke?” tegur Norma.
“Dah dia tenung aku senyum jelah. Nanti kata aku sombong pulak. Ha kan dia dah tak pandang” jawab Rudy selepas mendapati Shahrul dan Nasir gembira akan senyuman tadi. Mulalah terdetik satu rasa di hatinya. Tapi dia cuba mengabaikannya.

“CANTIKLAH, dia senyum kat aku” riang hati Nasir apa bila dapat senyuman dari Rudy.
“Kau gila ke? Dia tu pondanlah, bukan perempuan. Kau gay ke?” Tanya Izat hairan bila melihat rakannya Nasir begitu gembira apabila Rudy membalas senyumannya.
“Tak adalah, aku saja-saja je. Cun tu, bukan senang nak dapat pondan buat main-main tau?” jawab Nasir selamba.
“Gila kau? Nabi tak mengaku umat beb” tegas Izat.
“Alah, buat dengan perempuan tak dosa ke? Sama je. Pusing-pusing dosa jugak” bidas Nasir. Shahrul hanya mendiamkan diri di situ. Malas nak menyampuk, takut makin teruk pula nanti.
“Kau nak buat main-main Sir? Punyalah cun, body cutting baik punya, ko nak buat main-main je? Kenapa kau tak bela je dia. Senang hidup kau nanti Sir” Izat menambah. Berdekah Shahrul dan Nasir mendengar kata-kata Izat itu.
“Dahlah, jangan nak merepek. Makan cepat. Dah lambat ni nak pegi kelas” celah Shahrul. Jam di tangan telah pun menunjukan tepat pukul 11.25 pagi namun mereka bertiga masih berada di cafeteria sedangkan kelas mereka sudah pun bermula 25 minit yang lalu. Itulah perangai diaorang yang tidak boleh di ubah. Terkenal dengan perangai datang lambat ke kelas.

ARNIZA memandang tepat kewajahnya melalui cermin. Hatinya sedang mengelegak akibat perkara pagi tadi apa bila Shahrul tidak menghantarnya ke kelas. Mengelamun sendiri. Melayan perasaan dan memikirkan hubungannya bersama Shahrul. Dia sering mengelamun memikirkan apakan cintanya berbalas dengan Shahrul.
Apabila di fakir-fikirkan, Shahrul tidak pernah melayan kasar dirinya. Shahrul sentiasa menjaga hatinya, tetapi kadang kala dia seolah-olah terabai apabila Shahrul bersama kawan-kawannya. Shahrul lebih mementingkn rakan-rakannya berbanding dirinya.
Jam meja di atas para-para terus berputar. Arniza terus mengelamun sendirian di hadapan cermin. Memikirkan sesuatu yang sering bermain-main di fikirannya. Walaupun Shahrul tidak pernah melafaz kata cinta, tapi dia tetap menyayanginya sepenuh hati. Kadang kala dia juga takut jika cintanya akan di tolak. Berkerut dahi Arniza memikirkannya. Di hatinya kini hanya Shahrul yang bertakhta. Dia akan kecewa jika dia kehilangan Shahrul.
‘Tuk! Tuk! Tuk!’ pintu biliknya di ketuk. Kedengaran suara Fatin memanggil namanya. Lamunan terhenti, lantas melangkah terus menuju ke pintu. Pintu di buka, tersembul wajah Fatin di depan pintu.
“Dah pukul satu petang ni, kau tak pegi makan ke?” soal Fatin. Apabila melihat wajah Arniza yang suram Fatin mulai risau. “Kenapa ni Niza? Kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku. Manalah tahu aku boleh tolong kau ke?” pujuk Fatin.
Arniza hanya mendiamkan diri lantas mencapai sikat dan meraut rambutnya sedikit demi sedikit. Rambutnya yang lerus di sikat perlahan-lahan. Selesai bersikat dia mencapai tas tangannya lalu mengajak Fatin untuk keluar makan.
“Kau ok ke Niza?” Tanya Fatin lagi.
Arniza hanya mendiamkan diri, tidak menjawab pertanya Fatin tadi. Fatin hanya mengikut sahaja Arniza. Selepas memakai kasut, mereka terus menuruni tangga blok asrama mereka. Fatin tertanya-tanya kemana agaknya arah tujuan mereka.
“Kita nak kemana ni?” Tanya Fatin selepas tidak dapat menahan lagi perasaan kerana bingung kemana arah rujuan mereka agaknya.
“Kata nak pegi makan tadi kan? Nak ke mana lagi” jawab Arniza agak kasar.
Fatin hanya mendiamkan diri, takut jika dia bersuara akan menimbulkan pergaduhan antara mereka berdua. Mereka berdua meneruskan perjalanan ke cafeteria tanpa berkata apa-apa. Dalam perjalanan mereka berdua terserempak dengan Rudy.
“Eh, Rudy kau datang kelas tak pagi tadi?” Tanya Fatin pada Rudy.
“Pegi kenapa?” jawab Rudy lembut. Arniza terus menonong berjalan.
“Tak pelah, saja je tanya. Sorry ek? Bye” Fatin tergesa-gesa mengejar Arniza yang sudah jauh meninggalkannya.
Arniza sengaja berjalan lebih cepat kerana, dia memang tidak suka akan Rudy. Arniza memang tidak suka pada Rudy kerana Rudy adalah seorang lelaki lembut. Dia agak menyampah dengan lelaki ala-ala perempuan.
“Niza, perlahan la sikit, mencanak kau jalan” tegur Fatin dari berlakang sambil tercungap-cungap.
“Ku kan tahu, aku memang tak suka golongan macam tu, kenapa kau gatal sangat tegur dia depan aku?” jawab Arniza marah.
“Aku Cuma nak Tanya je apa Madam Normaiza ajar hari ni. Itu je”
“Kau tak boleh ke tanya orang lain?”
Fatin hanya mediamkan diri selepas mendengar kata-kata Arniza tadi. Dia malas nak menjawab kerana takut hubungan persahabatan mereka akan terputus akibat perkara kecil dan remeh itu. Mereka meneruskan perjalanan mereka tanpa berkata apa-apa.

PADA masa yang sama lebih kurang beberapa meter di belakang Arniza dan Fatin, kelihatan Rudy sedang membelik handphonenya. Dia sedang menaip masej untuk Faizal, belum sempat Rudy menaip habis mesej, tiba-tiba ada panggilan masuk. Tertera nama Faizal di screen handphonenya.
“Weh, ko kat mana ni? Lapar siot, jom makan?” kedengaran suara Faizal mengajak Rudy makan tengah hari.
“Aku tengah on the way ke cafeterialah ni. Jumpa kat café jelah ek? Meja nombor dua seperti biasa. Jangan sesat pulak?” jawab Rudi.
“Tahulah aku. Kau ni” kata Faizal pula.
Panggilan di tamatkan. Rudy meneruskan perjalanan. Terik metahari tengah hari itu sungguh panas. Silauan sinaran mentari membuatkan Rudy terpaksa mengecilkan kelopak matanya. Langkah di lajukan kerana tidak tahan cuaca yang begitu panas.
“Hai sorang je ke?” tiba-tiba sutu suara menyergah dari belakang.
Rudy tercari-cari tuan punya suara. Rudy menoleh ke belakang, Anuar muncul depan mata. Rudy hanya membalas dengan senyuman kerana dia kurang dengar pertanyaan Anuar tadi.
“Sorag je ke? Mana kawan lagi sorang tu?” Anuar bertanya lagi.
“Sorry, saya tak dengar sangat tadi awak tanya apa. Saya nak ke café, nak jumpa dia tulah” jawab Rudy mesra.
“Oh, yeke? Tak ada kelas ke hari ni?” tanya Anuar lagi.
“Ada, pukul empat petang nanti, ni nak pergi makanlah tengah hari dulu”
“Boleh join ke?”
“Suka hatilah, saya tak kisah”
Anuar dengan Rudy meneruskan perjalanan menuju ke cafeteria dengan berbual kosong. Kelihatan dari jauh, begitu ramai manusia di cafeteria ketika itu. Maklumlah, dah masuk waktu lunch. Rudy meninjau-ninjau seleruh cafeteria itu mecari Faizal. Kelihatan Faizal sedang melambai-lambai tangan kearahnya. Lantas Rudy dan Anuar terus menuju kearahnya.
“Sorry lambat” kata Rudy pada Faizal. Lantas dia melabuhkan punggungnya di kerusi kosong di hadapan Faizal, manakala Anuar duduk di sebelahnya.
“Kau ber-make up ke? Lambat sangat” rungut Faizal.
“Taklah, aku kan berjalan bukan naik kapal terbang. Kalau kau sediakan driver lainlah cerita. On time aku boleh sampai tau? Ntah-ntah aku yang sampai dulu” jawab Rudy.
“Dahlah cepat pegi order makanan kau. Aku ada kelas pukul dua jap lagi ni” selepas mendengar kata-kata Faizal tadi, Rudy terus melangkah ke kedai kegemarannya, iaitu kedai nombor dua di cafeteria itu.
Anuar yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, tergelak kecil melihat gelagat dua sekawan tadi. Masing-masing mulut macam murai. Faizal hanya tersenyum setiap kali bertentangan mata dengan Anuar.
“Tak makan ke?” Faizal memulakan perbualan.
“Kejap lagi la. Tengah fakir nak makan apa tengah hari ni” jawab Anuar ringkas.
Beberapa minit kemudian, Rudy pun sampai dengan makanannya. Cafeteria kolej semakin sesak dengan manusia. Masing-masing sedang sibuk membeli makanan dan menyuap makanan masing-masing kemulut. Selepas melabuhkan punggungnya, Rudy terus menyedut dua teguk air, untuk membasahi tekaknya yang sedari tadi kering.
“Tak makan ke?” kali ini Rudy pula bertanya soalah yang sama kepada Anuar.
“Nak makanlah ni. Kejap ek? Saya nak pegi order kejap” jawab Anuar. Lantas di terus melangkah ke salah sebuah kedai makanan unuk membeli makanannya.
“Siapa budak tu? Cute tu, mana kau kenal dia?” risik Faizal beria.
“Budak tu? Ntah aku jumpa dia masa nak ke sini tadi. Tiba-tiba je dia nak ikut aku makan. Aku ajak jelah” jawab Rudi.
“Wah kau sekarang, belagak la? Dengan aku pun kau nak berahsia ke?”
“Berahsia apanye? Betullah aku cakap. Nama dia pun aku tak tahu tau?”
“Kau suka-suka je ajak orang yang kau tak kenal makan?”
“Mana aku tahu, dia yang nak ikut, aku ajak jelah. Lagi pun dia handsome layan jelah!”
“Wah kau sekarang, makin laku aku tengok. Nanti kau kenal-kenalkanlah dia kat aku ek?”
“Yelah” jawab Rudy ringkas.

“MANA Shahrul ni, kata nak nak teman aku makan hari ni” rungut Arniza. Fatin yang duduk di hadapannya terus mencari-cari bayang Shahrul.
Cafeteria kolej semakin sesak. Tempat duduk pun hampir semua sudah di penuhi dengan manusia. Namun batang hidung Shahrul pun tidak kelihatan. Arniza menanti dengan resah sambil mengacau air bandungnya yang semakin suam.
“Kau janji dengan dia pukul berapa Niza?” Fatin bertanya.
“Dia kata pukul satu. Dah pukul satu setengah dah ni ha, tak sampai-sampai pun lagi. Bengang betullah aku” rungut Arniza tertekan.
Beberapa minit kemudia, kelihatan kereta Perdana V6 Shahrul meluncur ke arah cafeteria. Wajah Arniza kembali ceria. Fatin lega apabila melihat perubahan itu. Shahrul melangkah keluar dan terus melangkah menuju kemeja Arniza.

“NAMA siapa?” Rudy bertanya kepada Anuar. Anuar yang sedang mengunyah makanannya meminta sedikit masa untuk menjawab.
“Kau ni Rudy, tanya time dia duk mengunyah. Kesian dia. Tunggulah dia habis makan dulu” celah Faizal. Rudy mencebikkan mukanya apabila mendengar kata-kata Faizal tadi.
“Tak apa, saya tak kisah. Panggil je saya Nua” jawab Anuar.
“Mesti nama betul Anuar kan?” teka Rudy.
“Yup” jawab Anuar ringkas. “Awak Rudy kan? Dan awak Faizal” sambungnya lagi.
“Eh, mana awak tahu ni? Kitaorang tak kenal pun awak siapa. Tapi, awak kenal kitaorang. Tak sangka popular jugak kita ni kan Rudy?” riang Faizal berkata-kata apa bila mendengar kata-kata Anuar tadi yang menyatakan dia mengenali dirinya.
“Saya kenal Rudy dari kawan saya sebenarnya. Kenal Firdaus tak? Ala, budak blok koranglah. Dia sekelas dengan saya. Dari dialah saya kenal Rudy, kemudian Faizal” jawab Anuar panjang. Rudy hanya menaikan keningnya tanda faham.
“Tunggu kejap ek? Nak pergi beli air kejap” Rudy meminta diri untuk membeli air minuman. Manakala Faizal dan Anuar terus berborak kosong sambil menghabiskan sisa-sisa makanannya.

“KENAPA lambat? Lama I tunggu tau?” keluh Arniza manja.
“Saya baru habis kelas, penat ni. Sorry ek? Bukannya saya sengaja” jawab Shahrul selamba. “Dah makan ke?” sambung Shahrul lagi.
“Belum, tunggu you la ni. I dah lapar dah ni. You lambat sangat”
“La, kenapa tak makan lagi? Saya tak makan tengah hari hari ni, sebab ada kelas jap lagi. So, saya tak boleh lama kat sini” berdesing telinga Arniza sekali lagi mendengar kata-kata Shahrul itu. Dah berapi dia menunggu Shahrul di cafeteria itu, akhirnya Shahrul tak tidak mahu menemaninya makan hanya kerana dia ada kelas. Mengelegak hati Arniza. Namun, sayang punya pasal, Arniza tabahkan diri, dan buat seolah-olah tidak marah dengan tindakan Shahrul itu.
“Pergilah Order makanan korang yek? Nanti lapar pulak. I boleh temankan you all sampai pukul dua je” kata Shahrul selamba. Arniza dan Fatin terus melangkah mengambil order.
Sedang asik Shahrul meninjau-ninjau keadaam cafeteria itu, tiba-tiba dia terpandang pada seseorang yang dia mula minati. Pandangannya tertumpu pada budak itu. Lantas melangkah menuju kearah budak itu.

“PAK CIK, air kosong satu” Rudy memesan air kepada pakcik penjaga kedai air di cafeteria itu.
“Pakcik, Teh ais satu” tiba-tiba suara Shahrul muncul dari belakang.
Rudy terkejut dengan suara itu, lalu beransur sedikit ketepi memberi laluan kepada Shahrul. Mereka berdua sama-sama menanti pesanan masing-masing. Rudy selamba menanti, manakala Shahrul tidak henti-henti melihat tubuh Rudy dari atas kebawah. Wangian Rudy menarik lagi perhatain Shahrul.
“Minum air kosong je ke?” tiba-tiba Shahrul bersuara. Rudy terkejut dengan pertanyaan itu.
“Tanya saya ke?” Rudy menanya kehairanan. Dia tidak pernah kenal pun Shahrul. Tiba-tiba menyapa dirinya.
“Yalah, siapa lagi. Kenapa tak boleh ke?” jawab Shahrul.
“Saya kurang minat minum air manislah. Sebab tu saya pesan air kosong je” jawab Rudy sambil menghulurkan duit 20sen kepada pakcik kedai air itu.
“Nama siapa?” Shahrul bertanya lagi.
“Perlu ke nak tahu?” jawab Rudy ringkas.
“Sombongnya. Janganlah macam tu, saya bukan nak main-main, saya serius ni tanya”
“Rudy” jawab Rudy lantas membawa air pesanannya ke mejanya tadi sambil memberi senyuman paling manis kepada Shahrul.
Shahrul hanya mampu memandang gelagat Rudy dan merenung setiap tubuh Rudy yang sedang bergerak ke mejanya tadi.
“Cun pulak pondan ni, geram pulak aku. Senyuman dia, boleh membuatkan aku cair” bisik perlahan di mulut Shahrul. Dalam diam, Shahrul mula memendam perasaan pada Rudy.
Sebelum ini, shahrul pernah ada skandal cinta bersama pondan ketika di sekolah menengah berasrama penuh dulu. Shahrul juga pernah beberapa kali terlanjur dengan kekasih pondannya ketika itu. Selepas tamat tingkatan lima, hubungannya dengan pondan itu terputus dan sehinggalah sekarang dia belum mendapat pengganti.
Pengalamannya bersama pondan di sekolah dulu menyebabkan naluriya kini sonsang. Nalurinya kini hanya kepada lelaki, tidak sedikit pun nalurinya menyukai perempuan. Kemunculan Rudy mengingatkan kembali sejarah silamnya bersama pondan dan membawa sedikit sinar baru dalam hidupnya. Misinya sekarang ingin mendampingi Rudy untuk di jadikan kekasih hati. Apa yang merisaukannya sekarang, dia takut Rudy bukan jenis pondan yang pernah di kenali sebelum ini. Sanggupkah Rudy menerima cintanya jika dia ingin bersamanya? Shahrul membiarkan persoalan itu terus bermain-main di benak permikirannya.

“KENAPA lambat?” Faizal menanya.
“Tak ada apa-apa” jawab Rudy ringkas.
“Kenapa? Mamat handsome tu kacau kau ke? Wah kau sekarang, meletup”
“Merepeklah kau, dah nak pukul dua ni, kau ada kelas kan pukul dua?”
“A’ah, dah lambatlah aku pegi dulu ek?” bergegas Faizal melangkah kedewan kuliah.
“Mamat tadi tu tanya apa?” tiba-tiba Anuar bersuara.
“Tanya nama je. Abaikanlah, dia saja je nak main-main dengan saya” jawab Rudy sambil meneguk air kosongnya tadi. “Dah habis makan dah? Kalau dah jom balik?” sambung Rudy.
“Dah, jomlah” jawab Anuar. Mereka berdua pun mula beransur pulang. Dari jauh Shahrul merenung Rudy yang sedang berjalan keluar dari cafeteria itu.

“YOU tengok siapa?” tanya Arniza apabila dia mula perasan yang Shahrul asik merenuk Rudy sedari tadi.
“Ha? Mana ada siapa? I tak tengok sesiapalah” jawab Shahrul selamba. “Kalau I tengok sesiapa pun apa salahnya” berdesing sekali lagi telinga Arniza mendengar kata-kata Shahrul tadi. Dia hanya mediamkan diri menahan sakit di hati.
“Oklah, dah pukul dua ni, I nak pegi kelas dah ni. Take care bye” Shahrul terus meninggalkan Arniza dan Fatin begitu sahaja.
“Shahrul!” Arniza memanggil Shahrul, tetapi panggilannya tidak di layan. Shahrul terus berlalu pergi.
“Geramnya aku, dahlah datang lambat, dia tinggalkan kita macam tu je?” Arniza betul-betul bengang. Lantas mencampak perlahan sudu dan garfunya ke tepi pinggan menandakan dia sudah tidak berselara lagi untuk makan.
“Oklah Tin, aku dah tak selera nak makan. Aku balik dulu” Arniza berkata kepada Fatin lantas terus beredar meninggalkan cafeteria itu.
Dengan pantas Fatin menyuap makanan dan menyedut air manumannya secepat mungkin lantas terus mengejar Arniza yang tiba-tiba bad mood.

“RUDY kenal ke budak yang tegur Rudy kat cafeteria tadi?” Anuar cuba mencungkil sambil berjalan menuju ke blok asrama masing-masing.
“Budak mana?.” Rudy cuba berselindung dan berpura-pura tidak tahu apa yang di pertanyakan oleh Anuar.
“Ala yang kat kedai air tu.” Terang Anuar.
“Oh budak tu. Ntah, saya layan je. Nanti kalau tak layan nanti orang kata saya sombong pulak. Saya tak suka orang kata saya sombong.” Jelas Rudy lagi.
“Berani ya. Rudy layan orang yang Rudy tak kenal?”
“Kenapa Nua cakap macam tu? Macam Nua kan? Masa Nua tegur saya tadi, saya kenal Nua ke?.” Terkedu Anuar mendengar kata-kata Rudy tadi. Dia terdiam seketika.
“Ingat tak pagi tadi kita bertembung kat tangga DKA 1-1? Itulah saya, saya baru nak kenal-kenal dengan awak, awak dah blah macam tu je?” jelas Anuar lagi.
“Awak, saya dah lambat masa tu, sorrylah saya tak dapat nak layan awak sangat.”
“Saya tak kisah sangat sebenarnya, yang penting saya dah kenal awak dah sekarang oklah”
“Kenapa awak macam excited sangat je dapat kenal saya? Awak tak takut ke kawan dengan saya?.” Sambil mengerutkan dahinya.
“Kenapa perlu saya nak takut?.” Nada serius.
“Yelah, golongan macam saya ni selalu di keji dan hina. Saya takut awak berkawan dengan saya, awak pun akan terkena tempiasnya”
“Pada saya, saya tak kisah orang nak kata apa, yang penting kita berdua je yang tahu macam mana hubungan kita itu dah cukup bagi saya. Biarlah apa orang nak kata.” Penuh ikhlas Anuar meluahkan kata-kata itu.
Terkesima Rudy mendengar kata-kata Anuar tadi. Terharu Rudy mendengar setiap ayat kata-kata Anuar yang sememangnya keluar dari hatinya yang tulus. Tanpa di sedari mereka pun sudah sampai ke blok masing-masing.
“Awak tinggal blok mana?.” Rudy menanya.
“Sebelah blok awak je.” Jawab Anuar ringkas.
“Oklah saya balik dulu.” Rudy terus beredar naik ke blok asramanya. Anuar memerhati Rudy sehingga Rudy hilang dari pandangannya. Terdetik satu perasaan di hati Anuar. Ini kali pertama dia berkawan dengan

No comments: