Monday, December 4, 2006

Dua Wajah [Bab 6]


BAB 6


"EH, balik pun kau? Kau tahu tadi Anuar jumpa aku.” Terang Faizal apa bila melihat Rudy masuk ke dalam biliknya.
Rudy tudak terus menjawab. Dia terus mencampakkan bagnya, lalu membaringkan dirinya di atas katil Faizal.
“Anuar sayang gila kat kau. Tadi dia sendiri cakap kat aku.” Sambung Faizal lagi.
Rudy tidak mengendahkan kata-kata Faizal tadi. Air matanya terus menitik deras. Faizal agak terkejut bila melihat, Rudy menangis. Dia mulai risau.
“Kenapa ni Rudy? Kenapa kau nangis?.” Tanya Faizal risau.
Rudy tidak menjawab malah terus menangis sedih. Faizal mula menggelabah akan sikap Rudy itu. Dia cuba memujuk, namun Rudy tetap menangis. Kali ini agak teresak sedikit. Bertambah lagi kerisauan pada Faizal.
“Kenapa ni? Cuba kau cerita kat aku?.” Pujuk Faizal agak lembut.
Rudy memalingkan mukanya pada Faizal. Dia mengesat lembut air matanya. Agak tersedu sedikit. Dia mula mengatur ayat.
“Shahril dengan Shahrul.” Tersekat disitu kerana tersedu.
Faizal terus menanti sambungan ayat itu dengan resah. “Kenapa dengan diaorang?.” Tanya Faizal agak cemas.
“Diaorang dah tahu siapa aku sebenarnya?” jelas Rudy teresak-esak.
“Maksud kau. Shahrul dah tahu kau Haznida dan Shahril dah tahu, kau Rudy?.” Faizal mengagak.
Rudy menganggukkan kepalanya. Faizal agak terkejut dan mula menggelabah memikirkan sesuatu.
“So, sekarang macam mana?.” Tanya Faizal.
Rudi menggelengkan kepalanya. Faizal terus menenangkan Rudy. Rudy telah menceritakan segala-galanya pada Faizal apa yang berlagu petang tadi.
Cintanya pada Shahril mula goyah apabila rahsianya terbongkar akhirnya sebelum sempat dia menerangkan perkara yang sebenar pada mereka berdua.
“Sabar jelah Rudy. Apa yang perlu kau buat. Kau fikirkan masak-masak, siapa kau nak pilih.” Pujuk Faizal selepas selai Rudy menceritakan apa yang berlaku pada dirinya.
“Aku kalau boleh tak nak mengecewakan salah seorang dari mereka.” Terang Rudy agak kecewa.
“Tapi kau terpaksa pilih Rudy. Kau tak boleh pilih kedua-duanya. Dan kau jangan lupa, bukan mereka berdua sahaja yang sedang menunggu jawapan kau?.” Jelas Faizal terang.
“Apa maksud kau?.” tanya Rudy agak pelik bila mendengar ayat-ayat Faizal tadi.
“Kau dah lupa ke? Lusa, kau kena bagi jawapan kau pada Anuar. Sama ada kau terima atau tidak cinta dia?.”
Rudy mengeluh sektika. Dia betul-betul lupa akan Anuar yang sedang menanti jawapan darinya. Dia betul-betul bingung ketika ini. Otaknya sehinggakan tidak dapat berfikir dengan waras bila memikirkan hal Shahril dan Shahrul.
“Kau fikirlah masak-masak Rudy? Pilih yang terbaik untuk diri kau. Aku memang tak dapat tolong kau dalam hal ni. Terlalu complicated hal kau ni.” Nasihat Faizal.
“Oh ya, sebelum terlupa. Aku nak bagi tahu kat kau, Anuar memang sayang gila kat kau. Cinta dia sekarang hanya untuk kau je. Dia betul-betul ikhlas Rudy. Aku harap kau tak lupakan dia dalam hal ni?.” Sambung Faizal lagi.
Rudy terus mengelamun memikirkan hal itu. Naik pening kepalanya. Dia betul-betul menyesal kerana tidak berterus terang awal-awal pada Shahrul dulu. Jika tidak, perkara ini pasti tidak akan berlaku. Semuanya telah terlambat.

DUA hari berlalu. Faizal yang sedang berjalan menuju ke asramanya tiba-tiba terkejut bila di panggil namanya dari belakang. Lalu dia menoleh kebelakang.
“Eh, kau Anuar, kenapa?.” Tanya Faizal.
“Rudy mana? Aku tak nampak pun dia dua hari ni?.” Tanya Anuar agak risau.
“Kenapa? Kau risau pasal di ke?.”
Anuar tidak terus menjawab, dia mengelamun seketika memikirkan sesuatu.
“Aku tahu, hari ni kan? Sepatutnya Rudy bagi jawapan kat kau, betul?.” Sambung Faizal lagi yang sudah dapat mengagak apa tujuan sebenar Anuar menanya tentang Rudy.
“Mana dia?.” Tanya Anuar.
“Aku rasa, dia tak dapat bagi jawapan hari nilah. Dia ada masalah sekarang” kecewa Anuar bila mendengar kata-kata Faizal itu.
“Kalau kau nak juga jawapannya dari dia, datanglah bilik. Kesian dia demam. Dah dua hari terlantar atas katil kat bilik tu ha.” Jelas Faizal.
“Demam? Betul ke?.” Kata Anuar agak cemas. “Kalau macam tu, aku ikut kau balik biliklah ya?.” Pinta Anuar agak risau.

“DUDUKLAH dik.” Pelawa Shahil pada adiknya.
Shahrul melabuhkan punggungnya di kerusi lembut di hadapan meja abangnya. Fail-fail dan dokumen-dokumen prihal syarikat Global Emas syarikat ayahnya, menjadi penghias pejabat Shahril.
“Kau ada jumpa Nida, em.. maksud abang Rudy sejak dua hari lepas?.” Tanya Shahril agak serius.
Shahrul diam membisu, mengelamun seketika. Dia menggelengkan kepalanya. Shahrul agak terkejut.
“Kau tak jumpa dia? Kau tak pergi kelas ke?.” Tanya Shahril agak serius.
“Pergi. Cuma… saya tak nampak dia kat kolej.”
“Maksud kau?.” Tanya Shahril lagi agak cemas.
“Dia yang tak pergi kelas agaknya. Saya tak nampak langsung dia kat kolej.” Terang Shahrul agak jelas.
“Dia sakit ke?.” Tanya Shahril agak gelisah.
Shahrul hanya menaikkan kening dan mecebikkan bibirnya tanda tidak tahu apa yang berlaku pada Rudy.
Shahril kembali tenang. Dia bermain-main dengan pen di hujung jarinya. Mereka berdua saling mengelamun sendirian.
“Kau sayang dia?.” Tanya Shahril serius.
Shahrul tidak terus menjawab. Dia memandang wajah abangnya. Terdiam seketika. Shahril terus menanti jawapan Shahrul.
“Kenapa abang tanya macam tu?.” Shahrul menanya balik.
“Sekarang ni, abang nak jawapan kau. Kau sayang dia atau tidak?.” Tanya shahrul lagi.
Shahrul tidak menjawab. Dia terus mendiamkan diri seribu bahasa. Shahril bengang dengan sikap itu.
“Abang tahu, kau sayang kat dia kan? Kalau macam tu, abang serahkan dia kat kau. Lagi pun, kau lebih dekat dengan dia. Senanglah nak jaga dia.” Jelas Shahil yang agak bengang dengan Shahrul yang hanya mendiamkan diri bila di tanya tadi.
Shahrul agak terkejut dengan ayat-ayat abangnya tadi.
“Apa maksud abang?.” Shahril hanya berdiam diri. “Abang nak serahkan dia kat saya macam tu je? Ingat abang, kita tak tahu siapa yang dia sayang?.” Jelas Shahrul yang agak kecewa dengan sikap abangnya yang cuba bersikap tidak adil pada Rudy atau Haznida.
“Abang tahu, kau sayang kat dia. Jadi jagalah dia baik-baik ya?.” Kata Shahril agak kecewa.
“Abang, dia mengenali abang dulu, kemudian baru saya. Kita tak tahu siapa yang dia sayang abang?.” Jelas Shahrul agak sebak.
“So, takkan kita nak berkongsi dia? Abang tak sanggup berkongsi. Abang lebih rela berpisah dari bekongsi.” Agak tinggi Shahril melontarkan kata-kata itu dengan penuh sebak.
Shahrul agak terkejut dengan nada abangnya itu. Dia terus membisu. Mengelamun seketika memikirkan sesuatu.
“Tidak ada cara lain, kita tunggu sahaja jawapan dia minggu depan. Kita tengok dia pilih siapa” jelas Shahrul.
Shahil akur dengan cadangan adiknya. Di betul-betul kecewa kerana Haznida sanggup menipu dirinya. Dia betul-betul sayangkan Haznida. Begitu juga Shahrul, sangat sayang pada Rudy.

“SHEE… diam, Rudy tengah tidur.” Pinta Faizal pada Anuar.
Mereka berdua memelahankan pergerakkan masing-masing, takut bunyi bising akan membuat Rudy terjaga.
Anuar berdiri di sisi katil. Dia menenung wajah Rudy yang yang layu dan kusam. Tersentuh hatinya melihat keadaan Rudy sebegitu.
Anuar dengan perlahan menghampiri Rudy dan duduk di sisi katil. Di tenungnya wajah Rudy dalam-dalam. Di usap dahi Rudy untuk merasa suhu badan Rudy.
Faizal yang melihat kelakuan Anuar itu agak tersentuh hatinya. Dia dengan perlahan, meninggalkan mereka berdua-duaan di dalam bilik.
Anuar mencapai tangan Rudy. Di genggam erat jemari Rudy. Di usap rambut Rudy. Di tatap sepuasnya wajah Rudy. Tanpa di sedari, air matanya menitik perlahan.
Dia terus mengusap dahi Rudy. Di belai rambaut Rudy. Di cium tangan Rudy semahunya.tanpa di sedari, air matanya meniti di wajah Rudy, dan membuatkan Rudy tersedar dari lenanya.
“Shahril…” nama itu yang terpancul dari mulut Rudy.
Anuar hairan, siapakah Shahril? Persoalan itu mula bermain di fikirannya. Dia terus menatap wajah lau Rudy.
Rudy cuba membukakan kelopak matanya. Kepalanya sungguh berat, seolah-oleh ada batu besar sedang yang menindih di kepalanya.
Silauan cahaya mentari dari tingkap membuatkan dia terpaksa mengecilkan matanya. Anuar terus menatap wajah itu.
Penglihatan Rudy mula kembali terang. Kumunculan wajah Anuar di depan matanya, membuatkan dia terkejut. Anuar sepantas kilat mengesat air matanya.
“Eh Anuar, apa awak buat kat sini?.” Tanya Rudy agak pelik dan lesu.
“Saya datang nak teman awak.” Jelas Anuar agak lembut.
“Mana Faizal?.” Tanya Rudy lagi.
“Dia kat luar. Awak tak ada apa-apa?.”
Rudy menganggukkan kepala tanda faham.
“Awak tak ada apa-apa ke?.” Tanya Anuar lagi.
“Demam sikit je. Awak jangan risau. Apa-apa pun thank sebab satang melawat saya.” Rudy mencuba untuk tersenyum. Kusam senyuman Rudy ketika itu.
“Bersalah saya pada awak.” Kata Anuar sambil membelai jemari Rudy.
“Kenapa ni? Awak tak buat salah pada saya. Kenapa perlu awak rasa bersalah?.” Sayu kata-kata Rudy itu.
“Sebab saya awak jadi macam ni. Maaflah kalau saya memaksa awak untuk memberi jawapan secepat mungkin.” Kata Anuar dengan perasaan penuh bersalah.
Rudy tertawa seketika. “Awak, sakit ni bukannya sebab awak. Dah memang saya di takdirkan sakit nak buat macam mana? Apa yang saya nak minta pada awak ialah…” terhenti di situ kerana Rudy merasakan tekaknya terlalu gatal lalu terbatuk seketika.
“Minta apa?.” Tanya Anuar agak cemas.
“Saya minta, awak bagi saya masa lagi untuk saya beri jawapan pada awak boleh?.” Pinta Rudy lesu.
“Ambiklah seberapa masa awak nak. Saya sanggup tunggu. Dah jangan fakir pasal itu lagi. Saya nak awak fakir pasal kesihatan awak, boleh?.” Pinta Anuar agak serius.
Rudy hanya menganggukkan kepalanya. Dia sudah tidak larat lagi untuk bercakap. Dia tidak menyangka, Anuar memang betul-betul ikhlas dengan dia. Keihlasannya terserlah melalui kata-katanya.

“HEY FAIZAL, banyak beli makanan? Lapar sangat ke?.” Tegur Norma.
“Mana ada banyak, tiga bungkus jelah.” Jawab Faizal selamba.
“Banyaklah tu, kau nak mentedarah semua ke?.” Garau Norma. Syifa yang di sebelahnya tergelak kecil.
“Rudy dah baik demam ke?.” Tanya Syifa.
“Ni aku belikan makanan untuk dialah ni. Tak ada maknanya aku nak balun sorang-sorang semua makanan ni. Korang ingat aku ni apa? Kuat makan?.”
“Teruk ke demam dia?.” Tanya Syifa lagi.
“Tak lah teruk sangat. Tapi panas badan dia tak turun-turun lagi dari kelmarin. Dahlah, layan korang tak habis-habis nanti. Kebulur Rudy nanti. Dahlah dia tak makan lagi dari tengah hari tadi.” Terang Faizal lalu bergegas pulang ke asramanya.
Tanpa di sedari, perbualan mereka telah di dengari oleh Shahrul yang duduk tidak jauh dari tempat mereka berbual tadi.
“Eh Shahrul, kau menungkan apa tu?.” Tanya Nasir.
Shahrul tidak terus menjawab. Dia mengelamun memikirkan sesuatu. Dia terkejut bila mendegar Faizal, Norma dan Syifa menyatakan yang Rudy demam.
“Hey Shahrul, kau ni kenapa? Mengelamun je? Kau sakit ke?.” Tanya Nasir agak risau melihat perubahan Shahrul itu. Shahrul terus membisu.
“Aku dah tak nampak dah sekarang kau berkepit dengan Rudy tu, kenapa? Dah gaduh ke?.” Tanya Izat sambil tergelak.
Shahrul terus mengelamun. Kata-kata kawan-kawannya hanya masuk telinga kiri kelaur telinga kanan sahaja. Tidak di endahkan langsung.
“OK-lah aku blah dulu lah ada hal.” Mohon Shahrul lalu terus beredar meninggalkan Izat dan Nasir berdua.
“Eh, relax la beb.” Kata-kata Izat itu tidak di endahkan langsung lalu terus beredar.

“OK MAKANAN dah sampai. Eh Nua, bila kau sampai? Awalnya?.” Tanya Faizal agak terkejut bila melihat Anuar sudah duduk di sisi katil di mana Rudy berbaring sekarang.
“Dah lama dah Faizal. Tak lama kau keluar pergi beli makanan tu, dia pun sampai.” Kata Rudy sambil tergelak kecil.
“Ee… sayangnya dia pada budak tu ya?.” Perli Faizal pada Anuar.
“Kenapa, kau cemburu ke?. Kalau ya, aku suruh dia layan kau pulak, nak?.” Gurau Rudy.
“Cemburulah juga, tapi nak buat macam mana, tak ada yang sudi dengan aku kan? Aku tak suka orang layan aku kerana terpaksa.” Agak terpaksa juga Faizal meluahkan kata-kata itu sambil memindahkan makanan ke atas pinggan.
“Ala, janganlah cakap macam tu, adalah nanti orang yang akan sayang pada kau. Sabar je dulu.” Kembali bersemangat hati Faizal bila mendengar kata-kata Anuar itu.
“Nah, ini makanan kau.” Sambil menghulurkan sepinggan nasi berlauk kepada Rudy. Faizal kemudiannya ke dapur sebentar.
“Nak saya suap?.” Pelawa Anuar. Rudy hanya mendiamkan diri dan tersenyum tanda setuju.
Anuar menyuap suapan demi suapan ke mulut Rudy dengan pelahan-lahan. Sambil menyuap, Anuar selitakan dengar cerita lawak rekaanya sehinggakan Rudy tidak kering gusi.
“Nga-nga lah mulut tu besar sikit, macam mana saya nak suap kalau buka macam mulut ikan je. Cium nanti baru tahu.” Paksa Anuar sambil gurau.
“Eh, suka hati je kata mulut kita macam mulut ikan. Mulut awak tu macam mulut naga.” Balas Rudy sambil tergelak kecil.
“Eleh, tak apa, saya tak kisah mulut saya macam naga yang penting saya sayang kat awak, itu yang paling penting.” Selamba Anuar melepaskan kata-kata itu.
Rudy terdiam, lalu menundukkan kepalanya tanda malu. Anuar perasan akan perubahan pada diri Rudy itu.
“Saya tersilap cakap ke?.” Tanya Anuar risau.
Rudy menggelengkan kepalanya. Tersenyum manis dia sambil memandang penuh makna pada Anuar. Dia tidak sangka, Anuar seikhlas dan sebaik itu melayan dirinya. Kadang kala dia terharu dengan Anuar yang melayan baik dirinya.
“Kenapa awak layan saya sebaik ini?.” Tanya Rudy sayu.
Anuar meletakkan pinggan di atas meja dan kembali berpandangan pada Rudy. Rudy membalas pandangan itu dengan penuh harapan menunggu jawapan Anuar.
Anuar membelai muka Rudy, di hampirkan mukanya dengan mukanya. Mata mereka saling bertentangan dan berpandangan.
Sinaran mata Anuar yang tulus membuatkan dia lemas dengan renungan itu. Anuar terus menatap penuh wajah Rudy.
“Sebab saya sayang awak.” Bisik Anuar perlahan.
Rudy mendengar kata-kata itu dengan jelas. Hidung mereka bergesel antara satu sama lain. Setiap degusan nafas Anuar, Rudy dapat rasa di wajahnya.
Rudy menutup kelopak matanya di buai perasaan dan terus merasai degusan nafas Anuar. Anuar terus meneliti penuh wajah Rudy. Ingin sahaja dia mencium wajah itu ketika itu.
“Rupanya, ini kerja korang berdua ya?.” Tiba-tiba muncul suara itu dari pintu masuk.
Lamunan Rudy terhenti. Dia terus membuka matanya. Rudy dan Anuar terus memandang ke arah suara itu muncul.
Terkejut Rudy dan Anuar apabila melihat Shahrul sedang terpacak di hadapan mereka dan menyaksikan perbuatan mereka tadi.
“Saya tak sangka, sempat lagi awak bersama jantan lain ya dalam keadaan sekarang?.” Tanya Shahrul agak keras.
Rudy hanya mendiamkan diri melihat gelagat Shahrul itu. Anuar hanya terpaku di sebelah Rudy.
“Sanggup awak permainkan kami berdua? Awak memang tak berhati perut.” Kata Shahrul agak kecewa lalu terus beredar meninggalkan bilik itu.
Air mata Rudy terus menitik deras. Anuar cuba menenangkan Rudy. Faizal agak terkejut bila melihat Shahrul keluar dari biliknya lalu kembali ke biliknya dengan segera.
“Shahrul datang ke?.” Tanya Faizal agak terkejut.
Bila melihat Rudy sedang menangis di sisi Anuar, dia terus ke pangkuan Rudy untuk memujuk Rudy yang sedih kesedihan.
“Apa maksud dia permaiankan kami berdua?.” Tanya Anuar secara tiba-tiba.
Faizal memandang ke arah Anuar dan memberi isyarat sesuatu. Faizal cuba memberi tahu Anuar agar tidak mengulangi soalan itu lagi. Namun Anuar tidak memahaminya.
“Tak apalah, biarlah Dia tahu.” Jelas Rudy.
Malam itu, Rudy telah menceritakan segala-galanya apa yang sebenarnya berlaku pada diri dirinya. Anuar cuba menjadi pendengar yang setia dan mencuba untuk memahami setiap cerita.



http://www.mediafire.com/?2yy2mjtuzuj

No comments: